Sabtu, 8 Oktober 2016

Incense - The Temple




salam geng..

Ni ada kaset terbaru lagi yang baru beberapa hari lepas aku dapat, kaset ni edisi khas punya terhad 30 keping, disertakan poster ngan sijil lagi dan semestinya kasetnya hitam pekat aku suka sangat hahaha... kaset ni belum rasmi lagi rilisnya, ahad ni dekat cambel kl hari bersempena cassette store day akan rilis secara rasmi, aku dapat awal kaset ni sebab hari tu kita orang lepak bersama2 line up band ni. haha

ok sedikit info band, insence ni boleh kata gabungan dua negara SG dan MY dibarisi pemuzik2 yang memang kenal lah sapa yang dalam pergerakan muzik bawahtanah kita ni. dorang menamakan muzik bawaan mereka death metal, old school death metal kot, Death metal ke arah jahat gitu. dalam kaset ni ada 4 trek, lagu2nya pertama kali aku dengarkan aku mencari2 juga irama death metalnya, sebab dalam pendengaran aku ni aku tak dapat merasakan irama death metalnya. tapi disebabkan suara vokalisnya yang mengingatkan aku pada band2 old school death metal yang perna aku dengar... Jeritan vokalisnya memang mengujakan, hinggakan halwa telinga aku ketagihan utk mendengar berulang2 kali.

boleh pra dengar kat utube...


boleh dapatkan esok dekat cassette store day cambel 9/10/2016.

k

11 ulasan:

  1. underground bawahtanah = groundnuts kacangtanah
    heheheh

    BalasPadam
  2. Aku kena keja pulak esok kalo tak bolej jumpa ko,pc kokak ngan faizal skudal kt campbell

    BalasPadam
  3. perghh jahat sungguh sound band ni! mesti dapatkan besok. jumpa besok bro! mai awal huhuhu

    BalasPadam
  4. Nanti buatlah report kaset day tu

    BalasPadam
  5. Untungla dapat bercassette store day...yang duk jauh ni baca report jer la..

    BalasPadam
  6. casseted store day...cm mnarik je

    BalasPadam
  7. gile ler 30 copy aje...pasti rare

    BalasPadam
    Balasan
    1. rilis 200 copy bro, utk edisi aku punya ni terhad 30 pcs.

      Padam
  8. klu dgr band ni pnya pukulan riff...teringat aku dkt band necrocurse...rujukan yg plg hmpr...cuma incense lebih sedikit mood slow doom...

    BalasPadam
  9. fuhhhhh!!! kalau ada versi CD, aku memang sambar. aku takde tape-player. argh!!! dengar kat youtube tu. memang kejam!! bila dengar sound gitar dia, entah mengapa aku teringat As-Sahar huhuhu. Cara nyanyian dia plak aku teringat pada band Exhumation (Indonesia). Fuhhhhhh!!! loceng yg last tu dah macam loceng jual aiskrim plakss hahaha!

    BalasPadam