Lovehunters - Sehari Dalam Hidup CD 2016
Cd yang aku tak rancang nak beli, tak banyak yang aku tahu pasal band ni sebenarnya, cuma ada terlihat dalam posting2 blog kawan2 yang lalu dan paling meninggalkan kesan masa terlihat video klip konsert band ni kat facebook tu, ramai2 orang share video tu, tajuk lagunya pun aku ingat2 lupa haha jap aku nak google hahahaha... ok sudah google tadi, tajuk lagunya sambutlah kasih, dalam video tu dorang buka baju main lagu ni sempoi juga lah dia nye persembahan., bro deaf pun ada cerita rebiu konsert tu. lepas aku cari2 info pasal band ni semalam terjumpa posting tu. aummm...
Mulanya aku ingatkan ada lagu sambutlah kasih dalam cd ni, aku ingatkan lagu sehari dalam hidup tu lah yang dorang bawa dekat video klip tu. sampai rumah play saja tiada lah lagu tu aduhhh.. sedih gaklah napa lagu tu tak ada. kat album mana tu lagu sambutlah kasih. tak apalah kata hati ni, aku layan saja lah album ni. mulanya tak masuk juga mungkin sebab tiada lagu yang aku nak dengar dalam album ni,ditambah lagi baru pertama kali dengar. bila sudah dengar beberapa kali album ni makin lama makin sedap plak.. antara lagu tersedap dalam ni ngam dengan jiwa aku lagu no 9 tu Rindu Masih Membara.. fuhh aku teruja dengar lagu ni, rasanya lagi sedap dari lagu sambutlah kasih.. terus terang lepas dengar beberapa kali cd ni aku makin suka...
OKlah jika aku pergi beli lauk lagi kat giant tu aku nak rembat lagi album yang lain2 kat situ, lain macam tarikannya bila benda depan mata ni. berbeza dengan jual2 kat fb tu kurang mengujakan. macam cd ni., tetiba saja keinginan nak belinya haha.. kat giant tempat aku ni kurang pilihan cd2 rock lama yang dirilis semula ni, ada pun beberapa title saja. itupun kejap ada kejap hilang stok terhad... nak g kl tu rasa malas plak..hehe nanti2 lah aku p memukat sekali gus utk cd rock lama ni. tapi rasanya aku sudah jauh ketinggalan, tak apa aku sudah list kan cd2 rock lama yang terbaik mengujakan utk dijadikan koleksi. ditambah2 lagi dengan ada nya rebiu dari rakan2 blog dan orang2 lama. dengan bantuan sedikit dari utube. senang sikit nak pilih yang terbaik...hehe
kbai itu je.. jumpa lagi di posting akan datang haha
Aku punya masih bebalut plastik lum denga pun lagi..dah banyak sngt cd reissue yh beli.heheh
BalasPadamGandingan Yazid, Saha, Moliano mungkin band melayu terbaik ever. 3 piece tapi power giler.
BalasPadamAku pergi final show dorang di dewan Esplanade Singapore. Mereka main lebih dari 3 jam. Siap abis bukak baju semua cuma Saha je tak.
Kalau ko tengok dvd rasmi konsert tersebut, tiga lagu takde pasal tiga lagu tu Ramli Sarip join in iaitu lagu Bayang-Bayang (lagu Sweet Charity yang cover Foreigners Double Vision, lagu Demi Cinta, dan lastly lagu Blues Untuk Rakyat yang rasanya versi terbaik pernah dimainkan live - ni semua ada aku bootleg show ni ada dalam youtube channel aku).
WHAT A BAND.
lagu 'sambutlah kasihku' itu terdapat dalam album ke-5 lovehunters terbitan tahun 1999 , yang bertajuk 'Kembali'.. itu info yg boleh aku share kat bro d'arsil
BalasPadampower trio!!!
BalasPadamdorang ni kalau lahir kat negara omputeh...lama dah jadi lejen...
sungguh, rasa mcm jatuh cinta
BalasPadam