Ahad, 19 Julai 2020

Neftaraka - Unholy Sovereign



neftaraka tak payah lah aku perkenalkan.. rasanya dalam blog ni bersepah aku tampal pasal mereka.. ini antara rilisan terbaru dari mereka.. banyak rilis tahun ni dari baju kaset rilisan semula serta album live. dan unholy sovereign ni istimewa sikit sebab lagu2 baru mereka hidangkan untuk 2020 ni.. aaaarghh gitu sambil tangan buat horn up dua belah haha


memuatkan 4 lagu dan dua lagu adalah lagu saduran dari band bazzah dan satanic warmaster.. awal lagu saja sudah di mulakan dengan intro jeritan ngauman serigala ntah anjing kah. yang pasti lepas seminit gitu barulah muzik yang indah bawaan neftaraka yang begitu asyik alunan membawa diri ini bersama lagu yang dihidangkan.. walaupun kedengaran agak raw bising tapi bagi aku ianya begitu menyenangkan.. keperitan kesakitan jeritan serta melodi lagu yang seperti angin yang datang dan berlalu pergi menghempas halwa jiwa... aaarghhh.. sebab tu apa saja mereka riliskan aku akan support sebab muzik neftaraka ni ngam di jiwa. seperti kamu pasti ada band muzik yang ngam di jiwa kan. neftaraka ni salah satu band tu yang aku suka. 


dan lagi mengujakan... label gedebe records memberikan kabar gembira akan meriliskan versi kaset.. yang bagi aku pengemar neftaraka ni ianya sesuatu yang wajib.. only kaset is real.. tiada penambahan lagu cuma versi kaset. puashati... sekali jalan sebab tampal terus dalam ni. hail BMH legion.. masa entri ni ditulis perkabaran gembira pun sudah ada tersebar katanya album pertama neftaraka bakal dilahirkan semula tahun ni dengan rilis yang istimewa katanya kita tunggu dan lihat tak sabar juga ingin memilikinya... 

walaupun gitu ada kabar duka juga baju pre order neftaraka digital blasphemy nampak suram perkabarannya walaupun di umum akan rilis penghujung bulan 6 sekarang sudah masuk fasa penghujung bulan 7.. harapnya dapat lah keluar sebelum habis bulan ni. kalau tak ada juga apa boleh buat. 

tak kesampaian aku nak pakai balik kampung huhu... 

nota/ tengah pening juga aku fikir nak publish entri sebabnya koleksi baru sudah bercampur aduk ngan lama. harapnya tak lah terpublish rilisan yang pena share sinu dua kali.. haha. k jumpa lagi di halaman seterusnya

Barbalans - Bestial hordes split tape



HELL IS HERE 

jika kalian memang into scene metal tempatan tak payah lah di perkenalkan dua band ni. jika kalian baru saja nak bergelumang dalam scene metal tanahair. kalain patut dengar dua band ni. ini band datang dari kepulauan borneo sana SABAH. Barbalans dari sandakan dan bestial hordes dari kk rasanya lain up barbalans pun ada juga jadi ahli pada band bestial hordes kira kawan2 gitu jugalah scene tak besar mana. 


memuatkan 12 lagu bahagia dua 6 lagu utk satu band.. lagu2 dalam ni bukanlah rilisan baru dari mereka. dia ambil dari rilis terdahulu seperti Ep demo awal mereka. 


side A barbalans menghidangkan lagu dari demo mereka c.u.l.t dan gemersik bisikan keramat.... aaaarghhh!! rasanya aku ada lagu2 dlm ni dalam koleksi aku. menghiburkan dan kejam gitu pure black metal kata2 kufur.. huhu


side B bestial hordes menghidangkan lagu2 dari promo 2008 dan ep  nuclear metal lust.. rasanya lagu2 ni pun ada dlm koleksi aku. hellyeahhh.. bestial hordes ni memang kalau keluar rilisan baru artwork nya penuh ngan kelucahan melampau.. tak bagus untuk tatapan umum memang sakit mata tengok. dan untuk rilisan ni mereka menggunkan logo awal mereka. tak cun gitu huhu.. apapun muzik bawaan mereka tak boleh bawah bincang memang menghiburkan.. aku perna tengok mereka live sangat mengujakan. penuh ngan makian haha.

keseluruhan dari segi rilisan memang puashati.. kaset ni rilis ada pilihan warna kasetnya dan aku memilih stiker putih nampak kemetalan situ haha. no kaset 053/200 terhad utk pencinta mereka. hail 666.. 


Jumaat, 17 Julai 2020

kaset pastel lite rilis 2020


holaaa... kali ni nak cerita pasal band duo electro pop tempatan ni.. tak tahu lah selera orang lain.. aku jatuh suka ngan duo pastel lite ni.. buat pertama kalinya mendengar muzik video mereka bertajuk damsel.. saat tu aku terpesona ngan cara penyampaian suara serta gaya nyanyian.. fuh!!!! terus cekidot page band nampaknya mereka baru rilis album pertama berjudul balada. sambar terus versi cd.. 


kita mulakan dengan kaset pertama.. pastel lite - etcetera. sebetulnya aku tak tahu pun ada rilis ep ni. aku ingatkan album baru 2020 sebab aku sudah memiliki dua album mereka dalam bentuk cd dan yang ini tak ada. rupanya ini adalah ep pertama mereka sebelum rilis album pertama.. ada lima lagu dalam ep ni. apakah aku jangka rupanya ep ni lebih sedap dari apa yang aku dengar sebelum aku dengar mereka. memang ngam sangat lah pastel lite rilis semula rilisan mereka dalam versi kaset ni. lagi2 dapat sekali ep ni.. berbaloi aku suka ep ni.. ada aura lain macam..


kaset kedua.  pastel lite - balada. album sulung mereka. ini lah pemula aku kenal mereka dan jatuh suka dengan mereka.. dulu ada rilis juga ni dalam format kaset. cuma aku tak dapat memiliki kaset tu. sebab harga keras lah.. haha kalau nak kenal mereka ni. aku rekemen dengar lagu damsel tengok muzik video mereka. santai dan menghiburkan.. ada 10 lagu dalam album ni. berbaloi dan menghiburkan.. 


kaset ketiga. pastel lite - pop bilik tidur. album ni baru rilis. dilancarkan dekat kedai nya vokalis the times naza. sebelum covid melanda.. alang2 aku balik kerja merempit terus ke sana. sempat lah aku minta sain ngan mereka. rasanya aku ada tampal dalam blog ni cd album ni. yang aku rasa macam boxset gitu cantik isi dalamnya.. rasanya ada perbezaan dalam kaset ni dengan cd. masa intro tu tak ada kot dalam cd. dalam album ni naza the times duet ngan pastel lite satu lagu judul hello sayang. 

Aku harap mereka terus berkarya dan terus majujaya.. dua kali aku berpeluang saksikan mereka live tapi aku tak tengok. mungkin aku akan turun show mereka yang berbayar suatu hari nanti.. 

k itu je. 

Khamis, 16 Julai 2020

Den - semudah itu



holaaa... 

apakah..? haha aku pun tak tau sebenarnya ini adalah album pertama den bisa.. ya rasanya bukan aku seorang saja. sebab den bisa muncul dulu di kampung dikenali dengan lagu2 hit bajau nya. ingatkan dia muncul dari sabah sajalah.. 

rupanya den sudah bertapak dalam industri muzik malaysia sebelum dia meletup di sabah. dengarnya ada dua album dia rilis dengan label universal muzik. aku harap dapat jumpa album tu dlm bentuk kaset. 


okey jumpa kita cerita pasal album ni. memuatkan 12 lagu gitu..lagu2 yang mendayu2 berlirikkan cinta gitu.. huhu.. jika sudah jatuh suka ngan den bisa versi bajau rasanya tak ada masalah hadam album ni. sebab dalam beberapa album den bisa pun dia banyak rojakkan albumnya dengan lagu2 dari perbagai bahasa dalam suku sabah sana.. 

ohya album ni rilis tahun 1997.. aku pun berbagi juga nak beli sebab aku bukannya diehard sangat ngan den bisa ni. ada beberapa lagu bajau nya yang boleh kata masa aku remaja gitu wajib nyanyi lah kalau time melepak ada kenduri tahlil.. jadi lepas aku kira2 gitu beli sajalah.. mana tahu satu hari nanti aku dapat lengkapkan koleksi kaset den bisa... 

okey lah lepas ni aku tampal album dia lain.. kenapa aku cakap nama dia den bisa. sebab memang di kampung orang panggil den bisa...

nota/ aku nampak dr rizal beli cd den bisa kat fb haha nampak macam lagu2 full bajau album tu.. haha nanti kalau tak faham boleh tanya kita.. hehe

k jumpa lagi di halaman seterusnya


Ahad, 12 Julai 2020

langsuyr - the eastern cruelty


siapa tak kenal langsuyr.. mari berdansa...!!! antara laungan keramat.. ini adalah ep yang rilis tahun 1996 yang mengandungi 4 buah lagu. dan pada tahun 2020 ni diriliskan semula dengan format digipack yang sungguh asyik sekali untuk dimiliki. 


4 lagu dalam ep ni betul2 sedap di dengar ngam dengan halwa telinga aku.. terutama sekali lagu my oath for thee 


lirik juga di sertakan...




dengan harga rm35 memang berbaloi untuk di miliki.. disertakan poster dan dua poskad. 

Cromok no 1 double cd


haloha.. lama tak masuk blog ni. haha rindu juga banyak rilisan aku beli tapi tak sempat nak tampal kat blog ni. sebab pertamanya henpon vivo yang aku beli baru tu bila gambar nak masukkan dalam blog gambar tak dapat baca. tu yang rasa malas nak buat blog.. ni gambar aku ambil guna henpon anak aku hantar kat whatsap terus boleh guna.. kedua pula semenjak aku kerja pegang stereng mungkin juga masa2 aku berkurang utk update blog ni. tak mau lah aku sembang merapu bagai. yang pasti blog ni akan hidup selagi aku masih bernafas haha...

ok kita ke topik cd ni.. aku memang tak teruja untuk memiliki pun rilisan ni. sebab memang akan kecewa marah bila beli. disebabkan SPEEDY nak gulung tikar.. aku pergi lah menyelam apa yang patut sebabnya memang ramai kawan2 share betapa promosi gila2nya speedy nak tutup kedai.. 

aku sampai kedai tu pun tak banyak dah pilihan mungkin sudah banyak orang borong.. masa aku nak bayarkan mainan yang anak aku beli aku nampak lah cd ni. tanya cashier ada promosi juga ke utk cd ni. dia cakap ada 20% gitu.. ngam lah dari pada aku keluar tangan kosong beli lah sekeping cd ni buat kenangan.. 

dah seminggu lebih baru hari ni aku buka seal cd ni. ya seperti jangkaan aku amat mengecewakan inlay.. adakah patut gambar google pastu band dcromok pun ada terselit. apa punya bangang lah yang luluskan inlay cd ni. patut korang buat lah sedikit ayat2 kah bagi tebal sikit inlay ni. gilababi nye malas punya rilisan.. tiada beza langsung ngan rilisan cromok yang lain. kalau setakat rilis gini baik tak payah rilis. info apa segala pasal lagu pun tak ada... patut lah kedai muzik pun gulung tikar. apa tidaknya kebanyakan yang dibelakang tabir ni bukan peduli pun pasal nilai sesebuah rilisan tu. ingat pembeli ni macam pendengar muzik atas talian.. kiayammm... 

k termarah plak hahha.. 

ok lah dah abis pkp kedai kat kl pun dah buka aku nak hala kesana lama tak cuci mata... 

jumpa lagi di halaman seterunya...

hail to the king cromok