Jumaat, 17 Julai 2020

kaset pastel lite rilis 2020


holaaa... kali ni nak cerita pasal band duo electro pop tempatan ni.. tak tahu lah selera orang lain.. aku jatuh suka ngan duo pastel lite ni.. buat pertama kalinya mendengar muzik video mereka bertajuk damsel.. saat tu aku terpesona ngan cara penyampaian suara serta gaya nyanyian.. fuh!!!! terus cekidot page band nampaknya mereka baru rilis album pertama berjudul balada. sambar terus versi cd.. 


kita mulakan dengan kaset pertama.. pastel lite - etcetera. sebetulnya aku tak tahu pun ada rilis ep ni. aku ingatkan album baru 2020 sebab aku sudah memiliki dua album mereka dalam bentuk cd dan yang ini tak ada. rupanya ini adalah ep pertama mereka sebelum rilis album pertama.. ada lima lagu dalam ep ni. apakah aku jangka rupanya ep ni lebih sedap dari apa yang aku dengar sebelum aku dengar mereka. memang ngam sangat lah pastel lite rilis semula rilisan mereka dalam versi kaset ni. lagi2 dapat sekali ep ni.. berbaloi aku suka ep ni.. ada aura lain macam..


kaset kedua.  pastel lite - balada. album sulung mereka. ini lah pemula aku kenal mereka dan jatuh suka dengan mereka.. dulu ada rilis juga ni dalam format kaset. cuma aku tak dapat memiliki kaset tu. sebab harga keras lah.. haha kalau nak kenal mereka ni. aku rekemen dengar lagu damsel tengok muzik video mereka. santai dan menghiburkan.. ada 10 lagu dalam album ni. berbaloi dan menghiburkan.. 


kaset ketiga. pastel lite - pop bilik tidur. album ni baru rilis. dilancarkan dekat kedai nya vokalis the times naza. sebelum covid melanda.. alang2 aku balik kerja merempit terus ke sana. sempat lah aku minta sain ngan mereka. rasanya aku ada tampal dalam blog ni cd album ni. yang aku rasa macam boxset gitu cantik isi dalamnya.. rasanya ada perbezaan dalam kaset ni dengan cd. masa intro tu tak ada kot dalam cd. dalam album ni naza the times duet ngan pastel lite satu lagu judul hello sayang. 

Aku harap mereka terus berkarya dan terus majujaya.. dua kali aku berpeluang saksikan mereka live tapi aku tak tengok. mungkin aku akan turun show mereka yang berbayar suatu hari nanti.. 

k itu je. 

2 ulasan: