Ahad, 19 Julai 2020

Neftaraka - Unholy Sovereign



neftaraka tak payah lah aku perkenalkan.. rasanya dalam blog ni bersepah aku tampal pasal mereka.. ini antara rilisan terbaru dari mereka.. banyak rilis tahun ni dari baju kaset rilisan semula serta album live. dan unholy sovereign ni istimewa sikit sebab lagu2 baru mereka hidangkan untuk 2020 ni.. aaaarghh gitu sambil tangan buat horn up dua belah haha


memuatkan 4 lagu dan dua lagu adalah lagu saduran dari band bazzah dan satanic warmaster.. awal lagu saja sudah di mulakan dengan intro jeritan ngauman serigala ntah anjing kah. yang pasti lepas seminit gitu barulah muzik yang indah bawaan neftaraka yang begitu asyik alunan membawa diri ini bersama lagu yang dihidangkan.. walaupun kedengaran agak raw bising tapi bagi aku ianya begitu menyenangkan.. keperitan kesakitan jeritan serta melodi lagu yang seperti angin yang datang dan berlalu pergi menghempas halwa jiwa... aaarghhh.. sebab tu apa saja mereka riliskan aku akan support sebab muzik neftaraka ni ngam di jiwa. seperti kamu pasti ada band muzik yang ngam di jiwa kan. neftaraka ni salah satu band tu yang aku suka. 


dan lagi mengujakan... label gedebe records memberikan kabar gembira akan meriliskan versi kaset.. yang bagi aku pengemar neftaraka ni ianya sesuatu yang wajib.. only kaset is real.. tiada penambahan lagu cuma versi kaset. puashati... sekali jalan sebab tampal terus dalam ni. hail BMH legion.. masa entri ni ditulis perkabaran gembira pun sudah ada tersebar katanya album pertama neftaraka bakal dilahirkan semula tahun ni dengan rilis yang istimewa katanya kita tunggu dan lihat tak sabar juga ingin memilikinya... 

walaupun gitu ada kabar duka juga baju pre order neftaraka digital blasphemy nampak suram perkabarannya walaupun di umum akan rilis penghujung bulan 6 sekarang sudah masuk fasa penghujung bulan 7.. harapnya dapat lah keluar sebelum habis bulan ni. kalau tak ada juga apa boleh buat. 

tak kesampaian aku nak pakai balik kampung huhu... 

nota/ tengah pening juga aku fikir nak publish entri sebabnya koleksi baru sudah bercampur aduk ngan lama. harapnya tak lah terpublish rilisan yang pena share sinu dua kali.. haha. k jumpa lagi di halaman seterusnya

1 ulasan:

  1. Banyak betul rilisan baru tempatan sekarang... Tak terkejar...

    BalasPadam