haloha.. lama tak masuk blog ni. haha rindu juga banyak rilisan aku beli tapi tak sempat nak tampal kat blog ni. sebab pertamanya henpon vivo yang aku beli baru tu bila gambar nak masukkan dalam blog gambar tak dapat baca. tu yang rasa malas nak buat blog.. ni gambar aku ambil guna henpon anak aku hantar kat whatsap terus boleh guna.. kedua pula semenjak aku kerja pegang stereng mungkin juga masa2 aku berkurang utk update blog ni. tak mau lah aku sembang merapu bagai. yang pasti blog ni akan hidup selagi aku masih bernafas haha...
ok kita ke topik cd ni.. aku memang tak teruja untuk memiliki pun rilisan ni. sebab memang akan kecewa marah bila beli. disebabkan SPEEDY nak gulung tikar.. aku pergi lah menyelam apa yang patut sebabnya memang ramai kawan2 share betapa promosi gila2nya speedy nak tutup kedai..
aku sampai kedai tu pun tak banyak dah pilihan mungkin sudah banyak orang borong.. masa aku nak bayarkan mainan yang anak aku beli aku nampak lah cd ni. tanya cashier ada promosi juga ke utk cd ni. dia cakap ada 20% gitu.. ngam lah dari pada aku keluar tangan kosong beli lah sekeping cd ni buat kenangan..
dah seminggu lebih baru hari ni aku buka seal cd ni. ya seperti jangkaan aku amat mengecewakan inlay.. adakah patut gambar google pastu band dcromok pun ada terselit. apa punya bangang lah yang luluskan inlay cd ni. patut korang buat lah sedikit ayat2 kah bagi tebal sikit inlay ni. gilababi nye malas punya rilisan.. tiada beza langsung ngan rilisan cromok yang lain. kalau setakat rilis gini baik tak payah rilis. info apa segala pasal lagu pun tak ada... patut lah kedai muzik pun gulung tikar. apa tidaknya kebanyakan yang dibelakang tabir ni bukan peduli pun pasal nilai sesebuah rilisan tu. ingat pembeli ni macam pendengar muzik atas talian.. kiayammm...
k termarah plak hahha..
ok lah dah abis pkp kedai kat kl pun dah buka aku nak hala kesana lama tak cuci mata...
jumpa lagi di halaman seterunya...
hail to the king cromok
sayang tempat aku tak ada speedy, paling dekat pegi miri la~
BalasPadamaku pergi lagi tu hari sempat jeling kat kedai speedy.. sudah tak ada.. tutup sudah sob sob sob
Padam