Rabu, 16 September 2020

buku yang sudah habis ku baca semunya karya hamka

hari tu aku ada beli buku dekat shopee.. aku bukanlah pengumpul buku tegar sekadar pembaca suam2 ku..versi yang aku beli ni pun bukan lah versi kolektor. janji aku boleh baca dan miliki tak kisahlah keluaran istimewakah tidak. janji habis ku baca. hehe.. ni ada beberapa nashkah karya hamka yang aku sudah habis baca. ada lagi satu ke dua gitu belum habis. sebab aku sekarang tengah seronok baca anime mangga sampai nampak baca buku pun kadang2 tak sempat.. aku sudah rancang sikit kat dalam lori nanti aku boleh baca buku komik. kat rumah baca novel gitu. tapi rancangan aku tu tak menjadi gitu. aku ingatkan masa kat lori tu boleh lah aku membaca. susah juga banyak masa tu aku rehatkan badan kaki mata aku. kerja tak menentu. kadang sampai ke subuh esok pagi pula mula lagi tugasan baru. berterusan gitu saban hari. syukur lah ahad boleh rehat. tapi aku bersyukur dengan kerjaya aku sekarang.. hehe.. jom baca kat bawah apa yang aku dapat belajar dari buku2 karya hamka yang aku sudah selesai baca.. 

FALSAFAH KETUHANAN 

jika kita masih ragu2 dengan jalan kehidupan yang kita lalui.. kadang penuh kemanisan kadang benda yang kita tak suka pun akan membadai hidup.. kekadang aku sebagai manusia pun tewas juga dan mengeluh kenapa tuhan uji aku dengan ujian yang begini berat.. tapi akhirnya aku menyerah semuanya sudah tertulis dalam takdir hidup..dengan pekerjaan aku sekarang ni yang banyak menguji kesabaran kesukaran harus dilalui hari2.. jika rancangan aku begini kekadang ianya tak seperti aku harapkan. dan aku tabahkan hati ku aku ingatkan semuanya sudah tertulis harus bersyukur dengan apa yang dilalui.. lepas tu malam hari saat manusia lain lena tidur aku masih lagi berjuang membelah lebuh raya sampai kesiang hari melihat mentari mula menyinari pagi.. embun tebal dihadapan sambil melihat keindahan bukit serta ciptaan tuhan.. hati kecil ku pun berkata syukur ya allah atas segalanya. lepas baca buku ni bertambah yakin lagi lah aku menempuhi hari2 ku dengan tenang.. 

TERUSIR - HAMKA

selain novel tenggelamnya kapal van der wick.. banyak lagi karya2 hamka yang boleh buat mata berair menitis bukan sebabkan ayat cinta.. ianya lebih kepada kehidupan banyak mengajar akan pilihan hidup jika salah langkah buruk padahnya. novel terusir ni jika kita perna lihat filemnya tenggelamnya kapal van der wick ada haryati pegang dan baca. ianya mengisahkan seorang wanita yang menjadi korban kerakusan manusia memusnahkan hidupnya. sebagai seorang suami banyak pengajaran yang boleh aku kutip dalam novel terusir ni. laki2 mana yang tak punya ego gitu.. sebelum membuat keputusan seeloknya berfikir lah secara waras.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.. huhu

CINTA TERKALANG

judul aslinya Keadilan ilahi..

jika kita baca karya hamka ni banyak berkait pasal ada yang kuat dalam keluarga. hingga pilihan hidup seseorang pun ditentukan oleh keluarga.. nasib malang yang menimpa gadis dalam cerita ni tragis juga sama macam novel terusir tadi.. cinta saja tak boleh kemana. ada harta pun tak akan boleh membahagiakan hidup.. tapi jika kita adun keduanya dengan baik.. dengan izinNya pasti kita merasa bahagia.

ANGKATAN BARU

melihat kulit bukunya aku ingatkan kisah perjuangan kaum muda. rupanya aku silap selepas membacanya rupanya kisah cinta dua insan. sama juga macam dua novel diatas cuma bezanya kisah ni fokus pada percinta remaja yang berpendidikan tapi hanyut dalam dunia khayalan buku2 cinta yang dibacanya sampai satu masa mahligai yang mereka bina hancur lebur... jangan ingat pernikahan itu hanya cinta dan asmara di ranjang. bacalah kalau mau tau lebih lanjut haha.

TEGURAN SUCI DAN JUJUR TERHADAP MUFTI JOHOR..

dalam mengarang buku2 kisah cinta kehidupan. jangan dilupa buku agama karya hamka. sedangkan kuda pahlawan di medan perang tergelincir kaki kudanya.. gitu lah kehidupan.. sebelun kita menghukum dosa seseorang patut kita renung sejenak akan dosa kita. apatah lagi menghukum mengkafirkan orang.. berat tu. teguran yang lembut dan penuh dengan fakta.. 

nota/ kenapa aku suka baca buku hamka.. suatu hari aku perna terbaca buku hamka di dalam surau tempat aku berjemaah kat kawasan perumahan. bayangkan aku nak habiskan buku tu. saban hari aku magrib disurau tu aku tak balik rumah aku terus duduk membaca buku tu sampai isyak. hari2 aku buat kalau aku solat magrib kat surau tu. sampailah buku tu habis ku baca. dari situ aku mula beli buku2 hamka. baru ja aku habis baca kedai buku tempat aku tutup. nak cari karya hamka payah juga. sekarang ni mudah dan senang semuanya boleh di dapati dalam talian.. 

habis saja buku yang aku beli nanti aku masukkan lagi buku2 untuk dibeli. buat masa sekarang masih ada dua judul belum habis. hehe sekali beli simpan stok. ohya anime tu nanti aku tampal sekali jalan bila sudah habis baca.. huhu. k itu je.. nak tau karya hamka lain boleh cari kat blog ni rasanya aku ada tampal juga..

8 ulasan:

  1. Hebat... aku dah jarang2 beli buku sekarang... ada yang 3,4 tahun lepas pun masih berbungkus tak sempat nak baca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bermusim juga aku rajin baca ni. sebab tu kalau aku beli buku aku terus borong sikit. biar ada stok bila mood membaca aku datang kadang separuh novel tu aku boleh habiskan. apalagi kalau cerpen2 saja sekali jalan saja baca haha

      Padam
  2. Allahyarham Hamka mmg terbaik, pakej die sbagai ulama power siap mnulis novel

    BalasPadam
  3. Terbaik. Penerbit Jejak Tarbiah tu nampak banyak cetak semula karya2 Hamka

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya j3jak tarbiah ni lebih kearah koloktor edisi keluarannya. cantik dan tebal..kat atas tu rasanya falsafah ketuhanan tu versi jejak tarbiah. kira mahal sikit lah banding ngan penerbit lain.

      Padam
  4. mungkin 2020 ni..
    aku akan pilih posting ni sebagai posting blog terbaik 2020. Sangat bermakna dan menyentuh hati.
    Iqrak.

    BalasPadam