ogos sudah berlalu.. ikutkan memang banyak aku nak tampal dalam ni. sebabkan masa sudah tak seperti tahun2 sebelum ni. makanya makin sendu lah blog cikai aku ni..
tak apa ada cerita yang kurang enak sikit untuk entri kali ni. hari tu aku terlihat lah satu kaset ni kat jualan fb sana. menarik aku memang jangka kaset ni dubbing saja dengan harga yang berbaloi untuk dimiliki. rasanya aku tak ada lagi rilisan band ni. selalu kalau dengar memang aku layan kat youtube sajalah. nak juga merasa bunyi dari tape player aku beli lah seketul kaset ni. harapan tu tak lah banyak sangat janji boleh dengar cam kaset dubbing sebelum2 ni yang aku beli walaupun dubbing masih boleh dengar soundnya..
tapi untuk kaset ni rasanya baik orang ni tak jual.. kualiti sound yang keluar mak aiii nak salahkan player tape aku memang tak lah. semua kaset ok saja. tapi kaset ni memang hancur lebur soundnya. aku bagi kuat volume semaksima sama saja bunyinya memang menyakitkan hati. dengan harga rm25 belum masuk wang pos memang kurang asam lah jual benda ni. tapi tak apalah mungkin seller ni rasa kualiti bunyi kaset ni memuaskan.tapi hakikatnya tak boleh jual ni.
ada beberapa demo lagi dia jual nampak mengujakan. tapi tak mungkin lah aku nak beli lagi. kalau yang ni sound nya ok sikit rasanya boleh di pertimbangkan. patut aku tanya d atok je mana tau dia boleh buat kaset ni. huhu..
k itu je nak cari kotak ni.. ada projek anak2 kat sekolah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan