Khamis, 24 September 2020

Crowbar - time heals nothing

 

kalau nak ikutkan hari2 aku nak publish entri baru. tulah kemalasan selalu menang dalam hal ni haha.. okey ni nak cerita pasal band crowbar ni. aku pun tak tau sangat band ni aku main sambar saja. lepas aku pra dengar seminit dua kat youtube sana. mulanya aku ingat main old school death metal gitu. rupanya aku silap lepas aku korek sedikit info dalam google baru lah aku tahu ini band main sluge metal.. aku pun tanjat manja gitu. tak perna pun aku terfikir genre ni. haha.. kiranya genre sluge metal ni gabungan doom ngan hardcore gitu. muzik slow tapi ganas lah macam death metal. band ni pun asal america sana. mengikut info aku baca ni album ketiga mereka rilis tahun1995 gitu. pastu vsp rilis tahun 1997. selalunya kaset2 keluaran vsp memang jarang mengecewakan juga. untuk muzik sluge metal bawaan crowbar ni aku masuklah sebab tu aku sambar. next aku kena korek lagi kaset2 yang bersama dengan crowbar ni yang mendarat itu hari. haha. bersemangat kononnya aku malam ni nak buat blog 10 entri sekalis gusss.. haha k jumpa next entri..

2 ulasan: