Rabu, 19 Mac 2014

AL AZAZHIL / OMEN - CONGREGATION OF EVIL

al azazhil / omen
ceta dulu pasal cemana pejalanan deal kaset ni...aaaaaargh!! hampir sebulanan lamanya aku menanti baru sampai,bayangkan saja deal dengan begitu pantas,sampaikan aku sanggup tambah rm5 lagi untuk hantar guna poslaju,disebabkan nak sangat mendengar lagu 2 band ni dalam format analog.. aku cuba bersikap terbuka,bilamana selepas aku bankin duit,aku cuba fikir yang dia akan pos esok macam tu,bila 2 hari berlalu tak sampai juga,aku bukan takut kena ripoff sebab aku percaya ngan distro ni..bila dah seminggu tak mendarat aku pun tanya lah kan,sudah pos ka belum,jawapannya belum..huh,.bila aku pos seseuatu dalam fb yang aku tgh mencari sesuatu,dia pun pm aku katanya dia ada barang tu,dan aku pun bagitau dia ok nanti kasih kompomlah kan bila barang tu ada aku tambah duit lagi dan hantar sekali,namun apa yang aku harapkan tak ada juga...huhu memula tu aku faham lah juga sebab dia dah bagitau masalah teknikal dia hadapi.. tapi jangan lah sampai pembeli supporter ni yang tertanya2..bagi info sikit pun dah memandai ni kita yang kena tanya..apa ceta ni... biar pun duit yang aku laburkan untuk kaset ni tak lah sampai ratusan ringgit namun,harus di ingat lah jika kamu ditempat pembeli dan barang yang kamu harapkan tak dah info sedangkan si pembeli mengharap barangnya akan dipos sepantas mungkin... dan bla bla bla....ohya kaset ni bajetnya rm20 temasuk kos poslaju..harga asal rm15 posdaftar.

okey lah ni ceta pasal kaset ni,kenapa aku teringin sangat nak memilikinya,sebabnya aku nak sangat dengar lagu2 dua band ni dalam format analog macam aku cakap tadi,dua band ni adalah band yang cukup bagus dalam scene underground tanahair,low profil..kalau ditengok dalam metal archive rilisan kedua band ni memang cukup menbanggakan,lagi satu kedua band ni memainkan irama black metal acuan orang kita,aku tak payah susah nak g teroka scene luar negara mencari irama black metal ni..bagi aku dalam negara kita ni pun band2 yang memainkan irama sebegini cukup bagus,dan ada spirit nya sendiri.dan apa yang aku harapkan dalam kaset ni cukup memuaskan halwa telinga ku..memang tepat ramalan ku untuk sound dalam ni,rasanya lagu2 kedua band ni bertambah menghiburkan dalam format analog.

omen band yang berasal dari kelantan,bagi aku ini band yang paling terbaik perna aku dengar dari sana yang memainkan irama macam ni,dalam kaset ni mereka mempersembahkan 8buah lagu satu intro,8 lagu yang cukup mendamaikan hati ini mendengarnya.. irama yang begitu gelap dan pekat..menepati citarasa halwa telinga ku ni aaaaargh!!...ada satu lagu kaver dari langsuyr my oat for thee yang mereka bawa dengan stail muzik mereka sendiri cukup menarik...ada dimention dalam inlay kaset ni yang lagu2 dalam ni diambil dari rilisan mereka hellstorms insurrection..kalau dapat kaset tu pun ok juga.. lepas ni kalau berkesempatan bertemu dengan rilisan mereka ni pasti aku sambar..

al azazhil pula ni band yang berasal dari kuala lipis.. aku cukup suka dengan  stail muzik mereka ni,pertama kali memiliki split cdr band ni pada tahun 2008 kalau tak silap aku,dan ada juga beberapa lagi rilisan mereka yang ada dalam simpanan aku.. bila da ada peluang untuk mendengar lagu dorang dalam format analog ni,apalagi angkat lah..sayangnya hanya 3 lagu saja dalam kaset ni,sedangkan omen 8 lagu,berat sebelah terus,bayangkan saja kalau habis dengar side al azazhil,aku terpaksa rewind kedepan baki tali yang masih separuh penuh kedepan.. kan lagi bagus dorang tak bazirkan ruang kosong tu tambah lagu2 lagi ni 2 lagu saja,apapun biarlah mereka jawap..cacat kaset ni oleh benda tu... 2 lagu dan satu intro dalam kaset ni aku dah dengar satu lagu tu,dah kerap kali,dan aku bleh jangkakan sound dan muzik mereka,..menghiburkan tapi tak puas sebab dua lagu saja....aaaaaaaarghh!!! lepas ni aku nak deal lagi ada satu kaset dorang ni rilis baru2 ni 20 salinan saja,kalau sempat aku beli lah kalau tak berputih mata lagi lah...huhu

kesimpulan kaset ni,memang nostalgikk hampir aku hilang mood dah nak menanti dan aku sendiri pula yang rasa malu sebab asyik bertanya barang dah pos ke 5x!! walau begitu aku akan tetap support distro ni,aku faham lah kenapa kaset ni lambat dipos.. kaset ni pula bukan pro kaset,ianya kaset yang transperat tampa ada nama atau satu pun tulisan kat kavernya,dan kotaknya pula bukan macam kotak kaset biasa yang ni agak kecik,cam kaset promo saja... apapun  aku gembira sebab dah memilikinya sekarang ni. itu sajalah cetanya....

11 ulasan:

  1. Terfikir jugak aku macam mana la diorang buat buat dubbing kaset ni yer? Kalo cd senang la jugak, ada cd burner? Kaset ni kena ada cassette player yg boleh dubbing mcm dulu2 tu...wujud lagi ker? Ermmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku ada dubbing dari cd ke kaset,rasanya cara tu bleh lagi kot guna player biasa skg ni... tapi nak dubbing kaset ke kaset rasanya susah dah nak cari player double kaset ni...

      Padam
  2. 'bertambah menghiburkan dalam format analog'
    i like!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bro..aku ada cdr dua band ni sound untuk tu kurang sikit sengatnya..bila dgr dalam format ni cukup mengancam haha

      Padam
  3. sayangnya radio kaset aku dah rosak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. skg ni ada jual kat giant yang rm50 kaset player je.. hehe

      Padam
  4. Dzul tq review..ak simpan 1 kaset br rilis utk ko..syaf azazhil

    BalasPadam
    Balasan
    1. oraitt bro.. hujung bulan ni aku pm... simpan ya..

      Padam
  5. analog/lp kills mp3 industry..

    BalasPadam