Isnin, 3 Mac 2014

MAY - 25th ANNIVERSARY

discography limited edition MAY 25th anniversary..

aku dapat tahu rilisan ni dari blog ku di halaman rindu bila aku terbaca dan terlihat,memang aku terus tertarik,sebabnya jarang2 band rock malaysia yang buat buku cerita sendiri mengenai perjalan band.

nak dijadikan cerita,hari sabtu lepas aku plan nak ke kuala lumpur mencari cd2 cromok dan sewaktu dengannya.masa aku berada di lebuh raya menuju kuala lumpur,aku lihat kereta memang slow dihadapan dan berderet sejauh mata memandang,terpaksa aku ubah haluan dan masuk susur ke bandar shah alam,tak jadi aku nak ke kL huhu.

sampai kat bandar shah alam aku terus masuk alam central,mencari cd2 kat sana,hampa juga tak ada yang menarik perhatian.aku teruskan ke pkns..dekat satu kedai menjual cd ni aku terlihat cd iron maiden a matter of life and death,dah lama juga aku cari cd ni,bila aku terlihat may 25th ni aku terus angkat dan bayar. dalam kepala aku rasanya aku harus beli ni sebab nak tahu juga cerita2 band may ni, lupa aku terus nak beli cd,bajet pun terhad dan aku terus balik selepas beli may 25th.dalam  perjalanan baru aku terfikir gig untuk esoknya..wahahaa... duit trun gig pun dah tepakai untuk ni.hmm tak apalah,lagipun lokasi gig memang susah nak cari,kalau kat area kl senang sikit,aku lupakan nak tengok gig.
harga aku bayar rm89.90 mak aii mahal gila,tak tau lah aku harga sebenarnya sebab aku tak terfikir pun akan membelinya,ianya secara kebetulan saja.lepas ni aku akan search harga untuk may 25th ni. sampai saja aku kat rumah aku terus buka,dan belek2 halaman lihat gambar2,tak baca lagi,aku terus pasang dvd,ohya ianya sesi interview dengan anggota band,menceritakan macam2 jugalah,ada diselitkan 2 video klip. menjadi milikmu dan darah perjuangan,lagu darah perjuangan ni memang heavy soundnya.

ini pula pendapat aku,untuk limited edition ni,ianya memang bagus juga untuk sesebuah band,tapi alangkah indahnya jika klip video lama2 may ni diselitkan sekali,lagi mantap rasanya.. untuk bukunya pula bagi aku tak sampai sejam baca dah habis,kira pengenalan tu agak ringkas dan padat juga. halaman yang banyak cerita pasal rakaman rilisan album dari juara2 rock 1,2,dan 3 hingga lah kealbum pertama dan yang terakhir ni. banyak juga info aku dapat dalam ni,rasanya tiga album awal may ni yang paling bagus,dari segi lagu memang sedap2 belaka. kalau jumpa versi cdnya nanti aku beli tiga album awal mereka ni.hehe.

dalam ni ada satu cd satu dvd satu buku,kira ok juga sebab album dalam ni lagu2 segar2 belaka,aku menyukainya.adakah patut terfikir pula aku nak lelong balik kat toko hahaha..namun aku berubah fikiran baik aku simpan benda ni,mana tahu akan menjadi rare suatu hari nanti boleh lah aku tayang2 dengan penuh riak hahahaahaha...

ok aku ada snap beberapa halaman dalam buku ni boleh lah lihat,banyak juga gambar2 klasik may dalam buku ni..hehe

halaman pertama ada dvd melekat kat siring buku
pembuka kata dari aziz votex from the east,atau wartawan utusan malaysia.
catatan sepanjang perjalanan 1986 - 2011


apa kena dengan pc ni,asyik gambar tunggang tebalik saja,okey ni saja yang dapat dikongsikan huhu...
lepas ni harap ada lah orang yang rilis ceta cromok dalam buku lagi mantap...hehehe

6 ulasan:

  1. Buku ni memang kuar limited dan akan jadi rare..jgn jual bro.aku pun ingat nak beli satu nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang aku tak kan jual lah ni... simpan buat koleksi berharga. aku jumpa satu ni ja kat kedai tu,katanya ni pun org order tapi tak jadi ambil...

      Padam
  2. menarik...aku sampai sekarang tak pernah terjumpa pulak rilisan yang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa bertuah juga terjumpa ni... nanti kalau aku terserempak lagi aku share...

      Padam
  3. this is a treasure, Bukan sahaja sejarah rock melayu, tapi sejarah cara kehidupan orang melayu juga dalam bidang seni. Jangan jual, just simpan.

    Amolad is awesome and very unique, its such an event that Maiden decides to play the whole album live. Other bands play whole album live, but famous albums, tapi Maiden gamble, main live seluruh album baru yang takde orang penah jumpa.
    kalau jumpa yang ada seken disc dvd tunjuk dorang kat studio, tu pun alrite.

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar deaf... simpan buat generasi aku yang akan datang hehe

      Padam