Isnin, 19 Mei 2014

BLEACH - VOL 1 - 163

bleach boxset 1,2,3,4
BOX 1,2,3,4
kali ni aku nak cerita pasal anime,haha..boleh kata ni kegilaan aku yang terbaru, anime ni bukan lah yang terbaru pun, seingat aku anime bleach ni 1st aku tengok tahun 2007-2008 dalam tahun tu lah tak silap aku, masa tu aku bujang lagi duk kat hostel, anime ni main tengah malam kat tv3, rasanya sampai episod 30 lah main kat tv3 tu, tak tahu pula aku kalau perna ditukar main waktu lain, sebab anime bleach ni ada unsur2 hentai gak hahaha.. sikit2 lah dan jalan ceritanya faham2 lah anime jepun ni memang total, melangkaui kotak pemikiran.
bleach - vol. 1 - 40
hari tu aku ke giant dan sempat singgah kat speedy, tetiba pula aku terlihat harga boxset ni dah turun, kalau memula aku tengok harganya memang tak sangguplah aku nak beli, baik aku beli cd kaset lagu lagi baik, namun  bila aku lihat harganya dah masuk akal, tebeli lah pula box 1, habis saja aku tengok, rasa gian pula nak tahu apa cerita selanjutnya, walaupun box 1 tu ni kira separuh dari pada episodnya, perna aku tengok kat tv3 dulu, rasa membuak2 pula nak beli box 2, dan disusuli box 3 ,4, kesemuanya ada 12 box, tak tahu lah aku sempat kah aku nak beli kesemuanya atau hanya separuh jalan, masa aku beli 4 box ni, aku dah lupa nak order kaset cd yang dah berlambak rilis sekarang ni.
bleach - vol. 41 - 87
kisah bleach ni rasanya adaptasi dari zaman samurai tapi versi moden punya, bermula bila mana kurosaki ichigo, staring dalam anime ni, bertemu kuciki rukia, seoarang shinigami, boleh google maksud nya hahaha.. ichigo ni budak sekolah menengah umo 15 tahun, pada stau hari rukia secara tak sengaja masuk bilik  ichigo, dia ingat ichigo tak boleh nampak, sebab shinigami ni adalah roh, bila ichigo terajang kepala rukia baru lah dia sedar yang budak ichigo ni boleh lihat dia, tiba2 hollow, (sejenis hantu pemakan roh manusia yang dah mati) menyerang rumah ichigo, hollow ni nak makan adik ichigo, bila shinigami rukia dah cedera, dibelasah hollow, dari situ lah, ichigo memeterai janji, the day i became shinigami, samurai rukia dia tusuk sendiri di dadanya, dah terus bertukar menjadi shinigami yang pelik, disebabkan dia punya samurai bukan jenis biasa tapi sebilah parang besar saiz badannya..
bleach - vol. 88 - 128
babak diteruskan bila mana rukia dikenakan hukum bunuh di soul society,disebabkan dia dah terlalu lama di alam manusia dan melanggar perintah memberikan kuasa pada ichigo, lalu ichigo pun nekad untuk menyelamatkan rukia, dan masuk ke alam roh, disini memang total lawan yang hebat2, disebabkan ichigo dan rakan2nya memasuki soul society secara haram, maka dorang ni di anggap penceroboh, parah juga kesemua mereka pada mulanya, sehingga inchgo pun hampir nak mati, saja. Sehinggalah inchigo mengatasi abang rukia,seorang shinigami berpangkat kapten yang taat pada undang2, adik sendiri pun dia sanggup melihat dihukum, wahaahaha makin banyak aku merepek.. nanti sambung lagi lah.. banyak lagi box yang tinggal.. tapi anime bleach ni memang menarik...
bleach - vol. 129 - 163
cd box 1 menarik.. yang lain tu sama saja..
masuk box 4 ni kekuatan ichigo berubah lagi, dia sekarang dah berlatih menjadi hollow, perubahan manusia ke separuh hantu, kekuatan memang bertambah namun hanya 11 saat saja bertahan, lawan mereka pula bukan calang2.. bayangkan ada 8 box lagi, harapnya aku punya katgihan ni tak berenti disini... biar alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. hahaha..... 

9 ulasan:

  1. Bleach aku tak tgk. Anime Samurai X aku tgk. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. habis ni aku nak cari anime yang best2 pula..

      Padam
    2. ko cari anime nama cool devices, pasti terhibur...

      Padam
    3. COOL DEVICES??? hahahahahaha!!!!!!! habissssssss!!

      Padam
  2. tak tau dan tak pernah follow...tapi ikut review kau macam best jer...

    BalasPadam
  3. Naruto ko tak follow ke bro?Kalo zaman aku katun/anime jepun masa bebdk dulu Tempe Asoka,mospeada,toriton,captain future,dan tak lupa polis angkasa gaban! Heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. naruto aku perna follow kejap, follow buku komik dia saja,.. tak sanggup aku nak beli boxset naruto, telampau banyak episod..

      Padam