Isnin, 26 Mei 2014

Rojak Cincai...

hohoho.. hari ni aku nak kongsikan apa yang bermain kat kepala otak dan hati ku ini....huhuhu.. kebelakangan ni banyak benda aku nak kongsikan tapi tak jadi2 juga aku kongsikan, baiknya aku luahkan saja dalam blog aku ni, apa yang menarik minggu lepas dan juga perasaan ketagihan dan juga pilihan antara itu dan ini.. bajet yang cukup untuk kepuasan berhobi...

aku mulakan dengan perasaan aku lah, sepatutnya aku tak melangkah kedunia anime ni, buat masa sekarang sebabnya, bajet2 ku ni terhad saja untuk aku bermetal, tapi kan, sudah aku telanjak ber anime ni, rasa gian tu terbelah dua.. kejap nak ni kejap nak tu... ditambah pula sabbat akan beraksi di kl sabtu ni warrrghh... dah lah hari tu masa gig budak jahat, siap dah janji ngan kawan, nak gi trun sama2, last2 kena keja last minit,.. hampa... dan boleh2 nya aku lupa janji ngan kawan dia nak ambil baju kat aku... hadoiii... yang ni pun 2x5 gak.. aku cakap aku pos ja kat dia senang...tapi tak nak... nyusahkan aku ja... nanti gig sabbat kalau aku trun aku nak mesej dia..jumpa sana.. dah malas aku nak simpan bajunya ni.

lepas tu yang gembiranya ada juga.. anak aku ni minat sangat ngan kapal terbang., burung dan yang sewaktu dengannya.. hari sabtu aku pergi belikan dia layang2.. ajak dia pergi taman.. waaaaaaaa... yang ni memang siuklah.. anak dan bapa bekejaran di padang yang luas.. terbangkan layang2.. hepy sangat... aku rasa nak jadikan aktivi main layang2 ni satu dari aktivi wajib hujung minggu aku dan anak ku wahaaha... hari ahad semalam.. nak ajak dia pergi, lepas ada game lah pula malaysia lawan japan piala thomas... gila lah tak jadi main layang2 cancel lah. nak tgk juga mesia boleh menang kah tak... bila saja nak main hujan lebat pula trun... huhu.. tahu2 lah astro ni kalau time ujan siaran memang tergendala,.. nasiblah hujan tadi kejap ja dah reda...kecewa juga bila mana mesia tak menang.. kalau tak hari ni musti dapat cuti semalaysia.. 

ohya masa berita aku ada tenampak exciden kat cheras katanya.. sedih ni, mak dan ayah dia maut dalam kemalangan langgar lari, kesian kat anak mereka jadi anak yatin piatu.. sob..sob... tak lari kat kepala aku, asik fikir2 ja apalah nasib mereka.. dah lah time pergi keja cari rezeki, bedua pula tu...sian kan... moga dipermudahkan lah apa yang mereka lalui... 

last sekali pasal coklat yang ada babi tu,.. aku belum google lagi ni, hadoii.. aku ni peminta peminat coklat juga.. kalau betul lah lepas ni aku tak nak dah makan huhuhu... itu ja lah,.. walaupun masih banyak lagi bermain kat kepala otak ni.. nak sambung kerja balik..bye..

3 ulasan:

  1. adoi...ingatkan hari ni dapat cuti....heheh...

    BalasPadam
  2. Tapi yg pasal kes langgar lari tu kesian la kat bdk2 tu..baru besar tu dah hilang kasih Sayang Mak bapak

    BalasPadam
  3. wahhh bicara hati ni...macam2.
    nanti bawaklah gi airshow ke hapa ke, hah...tengok yang real punye depan mata jet fighter tu semua haha

    BalasPadam