Isnin, 19 Januari 2015

Insultor - Demonic Session


band jahat kata2 kufur..haha.. kalau nak bercerita pasal band2 jahat di semenanjung ni, rasanya agak kurang, banyak band2 mengaku black metal, tapi ianya lebih kepada muzik saja, tidak kepada imej mereka, dan insultor adalah salah satu band jahat yang ada di semenanjung, dari lagu ke imej mereka, mereka ni bagi aku band yang agak rare juga di semenanjung ni, jika melihat scene sabah sana, mereka berlumba2 nak buat band yang paling jahat total kata2 kufur, bukan takat lirik, gaya hidup mereka pun dah menampakkan kejahatan mereka, total respek aku untuk muzik mereka.

disemenanjung ni boleh kira dengan jari kot band2 berhaluan kiri ni haha.. aku jenis yang suka band2 ada unsur2 jahat ni, ntah kenapa, bukan aku nak puja cuma aku tertarik dengan apa yang mereka bawakan, bilang orang sekali jadi jahat terus saja jadi jahat, kalau jahat panas2 taik ayam baik tak payah kakaka... selain dari band insultor ni, ada band satu band lagi yang aku minati, black abyss dorang ni pun band yang berpaksikan kata2 kufur, tapi pada lagu sajalah, ohya salah satu pengasas insultor ni, bermain dalam black abyss ni.

oklah itu sedikit info yang aku tahu lah, bercerita pasal kaset ni, ianya rilisan hujung tahun lepas, saja aku tak sambar awal sebab aku rasa sempat kot, dan ramalan ku benar, aku sempat memilikinya, kaset ni diriliskan terhad 66pcs, tambah duit pos rm6 jadi 6 6 6, wakakaka no setan mengikut kiraan aku..total rm16 sekali pos, kalau aku tunggu gig 8/2 ni takut kaset ni akan pupus dipasaran, sebab band2 jahat cam ni ramai penggemarnya, ditambah2 lagi diriliskan dalam format kegilaan remaja masa kini, kaset rules beb...

mendarat sabtu lepas, ntah apa yang tak kena dengan poslaju sekarang ni, nak masuk 3 ke 4 hari juga dibuatnya aku menanti, nasiblah ada no tracking kalau tak susah lah hati dibuatnya. untuk muzik dan lagu dalam kaset ni, insultor menghidangkan 6 lagu, 3 lagu baru dan 3 lagu lama yang dipetik dari demo split mereka, side A 3 lagu baru, yang soundnya agak melampau bisingnya, bagi telinga aku yang tak seberapa ni, agak keberatan untuk menghadamnya, tapi boleh diterima akal, sebab mereka memainkan muzik black metal kata2 kufur, persetankan melodi tu, janji sound like pure 666 gitu.. memang gilababi lah kan kalau sound dah macam haram, tapi itulah black metal, bukan semua boleh menerimanya, habis saja side A aku teruskan ke side B, 3 lagu lama mereka, ohya perna satu hari masa kl blackfest 2013, aku tanya gitaris band ni tentang rilisan mereka ni, masa tu aku baru tahu yang band insultor diterajui oleh mereka2 yang total pure life black metal alcoholika.. jawapannya dorang memang perna buat lagu tapi hanya diberi pada rakan2 terdekat, tak sangka pula 2014 dorang menganas dengan begitu evilnya, dan meriliskan demo setan ni dengan penuh kebencian fuck off kata mereka..

sambung balik cerita side B, 3 lagu ni memang best banding ngan 3 lagu pertama tadi, bagi aku sound 3 lagu ni agak stabil bunyiaan berbanding dengan 3 lagu side A, aku menyukai feel lagu yang dibawakan dalam 3 lagu lama ni, ianya kan rakaman lama, mungkin juga orang yang berbeza ntahlah, sebab aku rasakan 3 lagu ni berbeza dengan 3 lagu baru tu. aku harap mereka ni mengurangkan sikit bising dalam sesi rakaman mereka, tak masuk akal, jika sesebuah lagu tu bising dengan sound yang laju itu boleh diterima akal, tapi jika lagu tu temponya agak perlahan baik turunkan saja bunyinya, takut feeling tu tidak ada seperti 3 lagu lama ni, faham tak maksud aku ni, tak faham baik dapatkan kaset ni, baru nilai sendiri, tapi band kejam macam ni mana peduli cakap orang dorang buat apa yang dorang suka, yang tu buat mereka menarik minat aku ni.. haha

oklah di akhir catatan ini, aku nak tengok kebuasan mereka ni digig flayer tepi tu. 8/2, jangan pula macam klblackfest beria2 aku nak tengok satu lagu dah turun stage, mabuk gilababi... oklah teruskan kejahatan kalian tengok sampai mana endingnya jajajaja.


4 ulasan:

  1. tape ni dlm list pembelian aku jgk ni..

    BalasPadam
  2. Berdebar2aku baca posting ni. Very spontan. Mesti ko type ngan buat suara bunyik2 gelak ketawa jin gitu kan?

    BalasPadam
  3. Bila tengok korang cerita pasal kaset...teringin pulak nak cari kaset player...heheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..ni santau black metal ke santau kaset ni..heheh..

      Padam