Jumaat, 16 Januari 2015

Sil khannaz - Conception of madness


Album ni  sangat penting dalam pergerakan muzik bawah tanah negara kita, setiap kali diceritakan sejarah muzik dan band2 bawah tanah khususnya muzik metal, pasti saja album ni akan disebutkan, album ni bukan lah era aku, ianya diriliskan 22 tahun lalu, aku masih menyusu ketika itu, bayangkanlah kebuasan mereka, dari gambar2 lama dapatlah aku bayangkan suasana era masa lalu, album ni adalah album pertama band sil khannaz, yang pastinya kesemua metalhead malaysia sudah tahu akan album ni. aku nak ceritakan disini, tentang album ni, sebelum rilisnya digipack ni, aku memang ada memasang niat untuk memiliki album ni, disebabkan rezeki tak ada, selalu saja orang beli, makanya ianya menjadikan album yang sukar untuk dimiliki oleh ku, tahun lepas 2014 adalah tarikh keramat untuk album ni, bersempena ulang tahun ke 20tahun (aku tgk inlaynya) album ni, ianya diriliskan semula dalam format digipack,.huhu

satu perkabaran gembira juga bagi aku, namun aku tak sempat memilikinya disebabkan bajet untuk bermetal ni amat terhad, dengan lambakan rilisan baru yang diriliskan oleh distro2 dan band2 tempatan, agak sukar juga bagi diriku untuk membuat keputusan yang tepat. sebetulnya aku akan memfokuskan kepada rilisan2 yang rilis amat terhad, seboleh-bolehnya lah.. baru2 ni bos nebiula, membuat promosi utk digipack ni, dengan harga yang mampu milik, rm20+6 masuk pos,  lupa aku harga asalnya berapa, huhu. teringin sebenarnya aku mau rembat terus, bila aku fikir, bos nebiula ni agak lembab dalam mengurus hal2 penghantaran ni, aku melihat dari komen2 saja aku sudah tahu, ramai yang bertanyakan bungkusan mereka. aku ambil keputusan untuk tidak membeli dari nebiula, aku cari kawan2 distro yang ada jual cd ni, yang boleh di percayai system mutu penghantarannya, peduli lah mahal sikit dari harga yang dia beri, jika pengurusan tak stabil baik beli yang mahal, menunggu bungkusan tu adala satu rasa yang tak best bagi aku.

aahhh..persetankan cerita tu, bebalik pada cerita asal ni, bungkusan ni mendarat 2 hari lepas, disebabkan aku tak ada masa untuk mendengarnya dengan tenang dan damai, aku skip dan simpan dulu lah, lagu2 dalam ni ada diantaranya yang aku sudah biasa dengar..setelah ada masa sesuai aku dengar lah dengan begitu terujanya, memang benarlah album ni best, sound yang dihidangkan memang sedap didengar ditelingaku, dalam album ni ditambahkan lagu dari demo kedua mereka, yang tu aku tak nak cerita boleh cari kat entri tahun lepas ada ku trade kasetnya.

tak banyak yang aku boleh komen tentang rilisan ni, ianya cukup dari semua aspek, rasanya lagi bagus dari kaset yang super RARE tu hahahaha,,, letak harga mahal2 ingat album best cam ni orang tak rilis balik, padan muka kalian, buat apa nak beli kaset tu, kalau digipack ni lagi best dari kasetnya, lain lah band pujaan hati ku, wakakaka.. aku memang sakit hati juga kalau memikirkan kaset2 lama ni yang dijual mengalahkan harga sekeping piring hitam, memanglah barang tu purba rare gilababi gitu, tapikan musti ingat, bukan semua yang nak album tu, untuk buat perhiasan, muzik dalam tu kena juga bunyi masih mantap, kalau dah sound sudah turun naik dengan harga yang tak masuk akal apalah gunanya.. aku bukan nak blame harga yang peniaga ni jual, itu hak masing2 kalau tak nak duk diam2, aku memang tak suka nyibuk hal orang ni, tapi bila aku fikir2 kan cam tak masuk akal, makanya dikesempatan ini aku menaip dengan cara biasa ku, apa saja yang kurasakan nak taip aku akan taip, terpulanglah apa korang mau cakap.. hahaha.. super RARE tinggal kenangan beb, aku nak beli sekeping lagi digipack ni, simpan buat stock masa depan, mana tahu ada benda yang nak di tradekan..

oklah ada sedikit info lagi tentang album terbaik silkannaz ni, ianya ada di riliskan dalam format lp kalau tak silap aku, ada juga rilisan cd 2nd versi cover lain yang tak menarik langsung ngan kasetnya. harga 2nd ni pun lepas harga cd import juga, dalam inlay dg ni pula ada di mention rilisan pertama kali ada diriliskan 1500 keping cd, wowww limited masa dulu mana orang minat cd kan, aku tertanya2 siapalah yang ada original cd asal ni, kaset biasa tengok di jual dalam fb tu, berteromber pun ada tu, orang2 lama saja ada kaset2 ni, generasi baru rasanya tak berminat dah utk memilikinya disebabkan harga yang tak masuk akal, bagi aku kalau dibawah rm30 aku sambar, kalau harga rm70 hmmm baik aku beli barang lain hehe..

sekali lah aku ceritakan, apa pandangan aku ngan band sil khannaz ni, ini dari sudut diriku lah ya, aku rasa generasi 2000an rasanya kalau band lokal dorang minat musti sil khannaz, kenapa sebab band ni agak fames juga dalam majalah2 rock tempatan, aku dulu mula2 dengar sil khannaz ni, dari kaset split ngan ftg tu. aku bukan beli kaset tu sebab sil khannaz ni, aku beli sebab ftg, aku memang ada baca juga band ni, dari gaya mereka memang ganas jugalah macam mau jadi cam dorang pula masa tu, lagu2 dalam split ngan ftg tu, semuanya berbahasa melayu dari album gerbang kayangan, satu saja aku minat dengar dalam tu, lagu oh rembulan... mungkin dari sini aku mula suka dengar lagu2 sil khannaz, makanya pada suatu hari aku jatuh hati dengan band ni, mungkin juga ada majalah yang menceritakan asal usul mereka ni, seperti yang aku taip kat atas mula2 entri ni, ingat2 balik masa tu, mungkin sekitar 20o6 atau 07, begitulah..lupa lah aku, aku pun terus beli album2 sil khannaz ni dalam format cd, walaupun pada ketika itu, aku memang tak berminat langsung dengan format cd ni. aku terpaksa beli jugalah masa tu, yang semuanya rilisan duluxe edition, kaset sil khannaz memang rare, nak cari memang payah, ohya masa ni aku belum tahu lagi kedai nebiula. ada juga lah yang aku beli kaset2 masa tu, tapi tak banyak, itu saja yang aku jumpa..

kegilaan aku pada sil khannaz berkurang juga, tak melekat selamannya sepertimana cromok, jadi aku tak jadikan sil khannas band utama dalam radar aku, cukup untuk support yang termampu saja. oklah nak tamatkan lah cerita merapu aku ni disini.. hahaha
album2 unggul yang sempat diriliskan di era emas kebuasan muzik metal di bumi malaysia
gambar kat atas ni, ini sajalah cd kaset yang ada dalam simpanan aku, lepas ni kalau bertemu dengan rilisan yang belum ada dengan harga mampu milik aku akan rembat haha.. ohya, bulan depan atau bulan 3 nanti piring hitam gerbang kayangan akan diriliskan tu, harganya rm90 saja, tergerak pula hati ku nak merembatnya, samalah juga macam lp as sahar tu.. hohoho, kalau dapat bonus kan best, hehe.. oklah jumpa lagi dihalaman berikutnya kbai.

5 ulasan:

  1. di awal tahun 2001 aku bermula dari Sil Khannaz

    BalasPadam
  2. amboi harga keset mengalahkan harga LP? dahsyat sungguh! saya setuju dengan cara anda berfikir mengenai "masalah barang rare mahal" ni. kalau barang tu best, kompem akan ada re-release! hahahaha! dan kalau pendengar mahu, dia akan pilih jalan yang lebih mudah iaitu beli stuff re-release. LAINLAH KALAU MEREKA BETUL-BETUL MANIAC! hahahaha!

    BalasPadam
  3. Layan lp la pulak bro..heheh.lagi pun banyak dah lp yg rare di reissue balik..so sapa yg kata barang dia rare tu hentikan la..haha

    BalasPadam
  4. Gerbang kayangan tu aku dah booking sekeping...hehe...

    BalasPadam
  5. tulis panjang2 cam gini la syok...
    ahhh...persetankan sapa2 cakap orang tulis panjang malas nak baca ke hapa ke.
    Janji kau syok sendiri stim kering, dan sapa tahu boleh jadi bahan Google masa depan.

    BalasPadam