Sabtu, 24 Januari 2015

Putrefied remains - Novus Ordo Seclorum

kaset yang dalam radar aku untuk dimiliki ni akhirnya mendarat semalam, putrefiead remains ni salah satu band yang terbaik soundnya dari malaysia yang aku dengar, aku malas nak membandingkan dengan band2 luar, bagi aku, aku lebih suka dengar band2 local, itu yang aku utamakan, aku sudah memiliki, ep single dan split band ni, disebabkan tahun lepas bajet agak tersasar jauh, maka semua item dalam list di hold dan dibawah ketahun ni. salah satunya kaset ni.

tak mengharapkan super album untuk kaset ni, sebab aku ada dengar dalam utube promonya, ianya agak kurang memuaskan soundnya, kalau nak dibandingkan dengan rilisan yang ada pada aku, tapi itu satu lagu saja, aku pun letakkan dalam list akhir lah kaset ni untuk aku miliki, bila aku lihat yang kabarnya kaset ni tinggal beberapa keping saja kat label yang rilis ni, cepat2 terus aku transfer kan duitnya, pagi tadi aku tgk fb, dah sold out kat label yang rilis kaset ni, bermakna kaset ni tinggal ada pada distro2 sajalah.

taip banyak2 pun kalau tak ada point tak ada makna kan, tapi apa aku kisahkan dah aku minat menaip ni nak buat cemana, oklah, ni menyentuh terus pasal album ni, pertama sekali aku nak fokus pada kulit albumnya, ehh kenapakah bleh senget macam tu, nampak cam kurang menarik, aku rasa dorang ni sengajakan buat macam tu, sebab nak sorok mata satu ngan logo bintang berbelit tu huhu, kurang cunlah nak dipandang kulit albumnya, kalau buat logo tu kecik kan cantik, ni separuh saja. itu pasal kulit albumnya aku memang kurang berkenan, beli saja buat koleksi, klu dah sold out padan muka.,

tentang muzik yang mereka hidangkan.8 lagu dalam kaset ni, mulanya aku ingatkan kaset ni tak pro kaset musti sound tenggelam, cis.. play sajakan muziknya tenggelam aikkk, aku off balik, dan aku lap headtape, lepas tu..wow.... barulah sound cun, mengasikkan, aku terus memfokuskan kepada alunan yang terhidang dalam album ni, ianya sungguh mengujakan aku, apa yang aku sangkakan dari mula beli, melihat kulit albumnya yang senget tu, terus padam, dan ianya membuatkan aku wowwww sayangnya kenapa aku tak beli awal2 kaset ni, muzik yang mereka hidangkan sungguh mempersonakan halwa telinga ku, tak tahu nak kata apa, kalau aku beli kaset ni tahun lepas mungkin ianya akan aku listkan sebagai album terbaik.

baru pertama kali dengar terus masuk, melodi dengan sound yang agak kelam, suara dalam ni agak kehadapan sedikit banding ngan rilisan awal mereka, tapi ianya masih kedengaran asyikkk.. dengan alunan solo2 gitar yang manambahkan lagi kesuraman lagu2 dalam kaset ni. ianya total best album kata hati ku, peduli apa yang orang kata, aku suka album sangat suka dan aku teruja gila2 semalam, pagi tadi lepas subuh, aku stemby play balik kaset ni, memang terbaik, semalam saja 3x play sampai aku tertido, inilah aku katakan album yang best, tak payah pecah kepala nak menghadam lagu2 yang terhidang, alangkah bestnya kalau lirik mereka sertakan macam rilisan awal. mungkin aku bleh nyanyi bersama sambil pegang inlay nya.

itusajalah cerita kaset ni, kalau orang tanya aku kaset ni best, aku akan jawap best gilababi. begitu juga kalau ada rakan2 baru yang nak dengar sound yang best dari malaysia, aku akan syorkan band ni. dapatkan kaset ni sebelum ianya pupus dipasaran, kalau rilis cd rasanya aku akan beli, sebab album ni best.
gambar kat bawa ni rilisan mereka yang aku ada, dan aku akan pastikan kalau band ni beraksi dekat2 ngan lokasi tempat aku akan turun dan support. kbai

EP / SINGLE kaset / split ngan band died / album baru. 

6 ulasan:

  1. Lepas subuh pasang anuar zain dulu....haha

    BalasPadam
  2. Band died tu duktur bentara tu

    BalasPadam
  3. sayangnya album ni tak rilis dalam bentuk cd kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya belum ada rilis cd. harap ada label yang riliskan dalam cd.

      Padam