Khamis, 4 Jun 2015

BAJU - PEDAL TO THE METAL

Bungkusan berisi baju ni mendarat semalam.. aku dah order awal2 sebelum baju ni siap. berminat sangat aku dengan kisah perjuangan saudara raimi, yang berkayuh menaiki basikal utk ke lokasi yang dia tuju. boleh baca sini dia punya cerita > SINI < mungkin kalau aku dekat ngan tempat dia ni aku akan ikut sekali berbasikal, apakan daya tempat aku ni jauh geng.. jadi utk tanda support aku pada aktiviti pedal to the metal ni, aku beli baju ni, boleh lah aku promosi sekali bila pakai kan.. hehe.. ohya bungkusan disertakan dengan apa tu pelekat kad ke ahlian.. boleh gantung kat cermin belakang kereta, aku dah gantung pagi tadi hehe...


selesa kain baju ni, pastu ada nama kat tepi ni jahit sulam..kat tepi baju.. mantap


belakang baju ni pula macam gambar kat atas ni.. boleh pakai kat kg nanti hehehe musti rare... ohya aku tertarik ngan pemberian stiker kat dalam bungkusan aku ni. lihat gambar bawa ni.


sedikit cerita tentang au revoir -  lihat tu dah 10 tahun band ni, masa mula2 aku kenal ni band baca kat majalah karisma, masa tu tak pandai guna internet lagi, berharap pada majalah2 saja. dari dulu lagi band ni aku memang rasakan ada sesuatu magnet minat, lepas ber internet baru lah aku dapat kontek dan dapat memiliki cd2 nya.. menantikan buah tangan terbaru dari au revoir ni., harap2 lah ada sesuatu rilisan utk menyambut ulang tahun ke 10 ni. kompilasi pun ok juga kan... itu je.. aku nantikan yang terbaru dari au revoir... yey.

untuk tempahan baju boleh kontek > sini <

4 ulasan:

  1. design menarik...tapi dah tua2 macam aku ni segan pulak nak pakai tshirt gambo hantu ni...hahaha...

    BalasPadam
  2. Tu lah..respek kat bro raimi.kayuhan solo je kt thailand.best baca story dia

    BalasPadam
  3. Glamer la ko pakai time raya pertama nanti...

    BalasPadam
  4. Au Revoir! Terbaik! Aku suka musik air tangan dia. hahahaha! tak perasan yg ada baju dicetak argh!!

    BalasPadam