Metal punk berbasikal kembali lagi dengan isu keduanya, kali ni memuatkan interbiu yang segar dari kem hereafter, berita yang sangat ditunggu dari hereafter terjawab dalam zine ni, memuatkan juga cerpen2 dari adi herman.. ada beberapa arikel yang diambil dari blog raimi sendiri, zine ni aku belum khatam lagi. untuk mendapatkan zine bleh lah berhubung ngan bro raimi. http://ra1m1.blogspot.com/
Isnin, 28 Mac 2016
Pedal to the metal #2
Metal punk berbasikal kembali lagi dengan isu keduanya, kali ni memuatkan interbiu yang segar dari kem hereafter, berita yang sangat ditunggu dari hereafter terjawab dalam zine ni, memuatkan juga cerpen2 dari adi herman.. ada beberapa arikel yang diambil dari blog raimi sendiri, zine ni aku belum khatam lagi. untuk mendapatkan zine bleh lah berhubung ngan bro raimi. http://ra1m1.blogspot.com/
Jumaat, 25 Mac 2016
Heretical - Dæmonarchrist
Dæmon Est Devs Inversvs
Kaset yang baru mendarat dalam koleksi aku.. ini band dari italy dorang main stail semphony black metal, lagu pertama saja sudah menjerit2 setan setan setan... hahaha.. ada juga lagu yang seakan bacaan mantera gereja yang kurang enak didengar, klu org yg tak biasa ngan muzik black metal musti tekejut. tak boleh nak skip sbb kaset dengar jelah, liriknya pun kedengaran seperti antichrist, dalam inlay tak disertakan lirik cuma gambar band yang kurang ajar dalamnya, untuk menampakkan kesetanan dorang..hahaha.. ok untuk halwa telinga aku no hal, muziknya layan juga., senang cerita black metal jahat lah. kaset ni rilisan label tempatan, cemana caranya nak kontek malas aku nak ambil tahu, korang cari sendiri lah wkwkwkwkw.... k bai.. hail hail hail...
Isnin, 21 Mac 2016
buku bersama selamaya
mengikut memori kat kepala hotak aku ni, rasanya aku perna menatap dan membaca buku bersama selamanya ni edisi yang awal tu masa aku kanak2 dulu, tapi kabur2 lah ingatan tu..bila berkesempatan utk membacanya skg ni, dgn edisi lengkap ni, dapat versi ni pun aku sudah gembira, lupa trus kekecewaan cd digital tu gagagaga....
aku ingatkan bleh habis baca dalam 2 hari buku ni, sbb sabtu ahad aku cuti kan, sampainya hari jumaat..perghhh pecah mata siakkk.. gila tebal buku ni. maka terpaksa lah baca sikit2..
aku sudah sampai sini bacanya.. hehehe.. best gila ah cetanya, watak mat tu paling aku suka...hahaha
apapun salute lah pada mereka2 yang meriliskan buku ni.. dapatlah juga mengetahui kisah amar n the geng sampai habis..
itu je kot.. apapun KILLKILLKILL DIEDIEDIE
Rabu, 16 Mac 2016
kisah sedih...digital blasphemy
Sedih rasanya bila mendapat tahu cd ni sold out, aku melepas sedikit saja. katanya baru 2 jam dah abis copy kat penjual ni..hahahaha aku gelak sedih tau... lepas tu kawan aku ckp dia ada beli katanya sound tak sedap, aku cakap kat dia jual lah kat aku, katanya no way... bikin sakitkan hati aku saja.. mana nak cari ni ya, harap2 ada lagi lah nanti cd ni, dapatlah juga aku milikinya utk dijadikan koleksi.. ikut cd ni 2 rilisan sudah aku terlepas utk band ni...AAAARGHHHH!!!!
Isnin, 14 Mac 2016
ditunda...
sehari aku tak buka internet, malam tu aku p lepak ngan kawan, kawan aku bagitau konsert search ni di tunda, nda jadi katanya, uiiss tekejut aku, macam nda pecaya, bila aku baca kat henponnya ohya betul lah..
pagi tadi aku siap pasang radio nak dgr pengemuman dari amy search kat sinar fm, masa amy nak ckp tarikh baru, siaran radio kat henpon aku hilang..sialnya..hahaha.. kedengaran di hujung2 tu, mcm sambutan merdeka, nasiblah jaman canggih sudah, tak sampai beberapa minit masuk fb, tgk video amy, katanya tarik baru 30/08/2016 bersempena sambutan merdeka..
benda pertama aku fikir masa kawan aku ckp ditunda, kawan aku dari kg sabah sana, dia sudah beli tiket kapal terbang utk 9 april ni, musti dia kecewa.. mengikut search punya ckp tu, dorang2 yg sudah beli tiket kapal ni, akan dpt layanan istimewa dari search nanti.. apapun bertabahlah wahai kawan ku.. jumpa kamu ogos nanti... piwittttt....
edit...alasan ditunda sebab pembinaan kat stadium merdeka tu sudah mencapai tahap berbahaya.. masa wings hari tu kurang lagi. kali ni nak masuk stadium merdeka payah... huhuhu...
Selasa, 8 Mac 2016
Buzzing joker - Jauh
cd ni hasil dari berebut hari tu, mulanya aku ingat band indon, melihat pada cover albumnya macam nak ketawa pula aku, cemana lah bleh tefikir buat cover album begitu, terus terang aku ckp, cover album bagi mata aku mmg total gagal, setelah aku belek2 inlaynya, ohye rupanya band ni band malaysia juga, asal dari sabah. aku cuba utk berlaku adil, aku kosongkan jiwa aku buka hati aku utk mendengar muzik dalam ni.
muzik bawaan mereka ni bleh dilabelkan sebagai muzik indie yang perna top masa kebangkitan muzik indie di malaysia ni, cam band hujan, meet uncle husin, pesawat etc yg seangkatan ngan band2 ni. muzik dorang ni tersusun lagi bagus dari hujan tu, hujan dulu aku pena follow masa lagu bila aku sudah tiada tu hahaha.. stail memberontak hujan tu yg bikin dorang naik.. buzzing joker ni, tak pena dgr, klu aku tak dapat cd ni, mungkin aku tak tahu keujudan band ni..
10 buah lagu dorang hidangkan dalam ni, lagu no 7 - 10 tu bagi aku terbaik lah.. layan, rasanya lagi bagus dari lagu2 pop indon yg asyik di putar diradio.. tak mau komen aku lebih2 korang bleh cuba dgr di utube... utk cd ni simpan saja lah, mana tau mood muzik perlahan dan cinta2 bagus juga layannya..HAHAHA
huhu ada juga kat utube beb.. bleh layan lah.. lagu2 lain pun rasanya ada,,, patut dorang ni beraksi di AJL.. dari artis yg ntahapa2 tu...
Isnin, 7 Mac 2016
Boboiboy the movie
macam tak percaya tgk filem malaysia, boboiboy the movie ni mmg mengujakan, ditambah2 tengok dgn anak sekali, aku yg bapak budak ni pun terhibur dgn filem ni, tak kering gusi, watak cikgu papa tu selalu buat punch line hahahaa lawak giler.. bagi anak2 pula, mmg tercengang lah lihat aksi yang di tunjukkan, patut pun ramai yang bagi 5 bintang utk movie ni,aku pun bagi 5 bintang utk filem ni, mula2 tu rasa mcm hurmm tak apalah janji mizi gembira aku pun gembira, tak sangka pula ianya layan utk org dewasa.. aku ketawa besar siak dalam tu HAHAHA pandai dorang buat lawak.. bab aksi lawan pula, perghhh patut pun anak2 kecil suka ngan boboiboy ni, rupanya dia banyak kuasa.. bayangkan saja lepas keluar panggung mizi terus buat kuasa lima perghhh.. seingat aku part last tu boboiboy buat kuasa 7. tapi mizi ckp kuasa 5.. hahaha situ je part kami tak serasi, tak apa tunggu keluar dvd nya kita layan sekali lagi...
kawan2 yang ada anak lelaki atau anak buah tu bagus bawa tgk, mmg best... terbaikkk bak kata boboiboy....
Khamis, 3 Mac 2016
East - generasi metal
lirik
Cd ni aku dapat dari karnival karangkraf hari tu, aku tak buat ceta pasalnya. hajat hati nak cari novel cinta, last2 dapat cd pula..cd ni pemberian era fm, mula2 dorang buat kuiz lah, bagi hadiah, last sekali dorang bagi cd, banyak juga cd dorang bagi mungkin cd2 promo kot yg nda sudah digunakan, aku apa lagi terus berebut p depan, mulanya aku dapat single cd aiman, sialnye cd tu. katanya satu org satu cd je, aku peduli apa, aku berebut juga tampa pedulikan org sekeliling wakakaka. akhirnya tarahhh aku dapat cd ni..
aku tgk je cover album ni, terus aku hampa..musti lagu jiwang gila2 ni.. tak pena2 aku dgr nama band cam ni, lepas tu aku baca fuhh generasi metal, aik.. ganas ke dorang ni ya.. sampai rumah tejawab semuanya.. perghh best juga band ni, betul2 muzik metal lah, rasanya band ni nak bawa versi muzik metal keras ni ke mainstrem. setahu aku xpdc sudah top kan, tapi versi xpdc metallica gitu, ngan cromok english nye album, amuk. sayang dorang ni tak tembus pasaran mainstrem.
lagu pertama saja tajuk ganas, muzik pun ganas lagu kedua bersama selamanya, ni lagu ada kaitan ke ngan kaset bersama selamanya tu.hehe, info aku ya klu tidak.. sbb band ni terlalu asing bagi aku, aku ada google juga perihal band east ni, ada satu band lama guna nama east ni, selebihnya nama dorang pun ada dalam metal arkib.. dalam ni ada juga lagu perlahan, melodi pun sedap, mungkin dgr sekali tak sedap bila dgr 2 3 kali sedap.. ngan ada satu lagu cover bunyi gitar p ramlee.. muzik di heavykan cam xpdc tu.. satu lagu english dorang muatkan dalam album ni. keras muziknya generasi metal katakan haha
aku dgr cd ni, macam2 bunyi band bermain kat kepala aku, disetiap lagu, ada solo macam cromok, lagu lain sound berat mcm metallika pun ada, kebanyakannya ke arah metal, sayang band ni tak menjadi., bagi aku lah kan, cd ni menghiburkan halwa telinga aku, walaupun sangkaan aku pada mulanya amat2 lah meloyakan.. bila dgr saja, ianya sangat menghiburkan...
tak rugi aku p berebut HAHAHA.. sebetulnya aku ni jenis pemalu nak rebut2 ni, disebabkan cd dari stesen radio, gila kan tak p rebut, mana tahu dapat cd rare... nasib aku lah dapat cd ni, dan satu lagi cd single aiman, yang sangat meloyakan muziknya. klu aku tak rebut mungkin cd aiman tu aku publishkan bukan cd ni... HAHAHA... next aku ceta satu cd lagi hasil perebutan aku hari tu.
Rabu, 2 Mac 2016
pack!man - crisis punk to death
nak cerita pasal kaset ni, kaset ni aku beli dgn harga rm17 temasuk poslaju, walaupun tgh berpuasa skg ni, melihat gambar kaset ni diiklan dalam ruangan fb aku, terus tergerak hati utk menyambarnya jajaja.. ohya apa beza punk ngan hardcore tu ya, kata penjualnya, ni band main stail hardcore 90an, tapi aku kan nda biasa dgn muzik macam ni, jadi aku ikut saja lah tajuknya tu, ada pekataan punk situ..hehe...
ok utk kaset ni, ada 10 lagu yang dihidangkan, setiap lagu hanya berdurasi tak sampai 2 minit, lirik lagu ada disertakan, mmg sempoi bagi aku, klu tak ada lirik mmg aku tak akan faham lah apa yang dinyanyikan, mungkin ambil masa nak dihadam, disebabkan ada lirik, senang saja nak hadam lagu2nya. utk sound dalam kaset ni, ianya sangat2 mengujakan, mulanya agak mendap soundnya, bila aku periksa head tape aku, rupanya aku belum cuci huhu.. lepas saja aku cuci head tape aku, sound dia kebabom,,cenggini beb (y)..
utk band ni aku tak tahu asal mereka dari mana tak disertakan info dalam kaset ni, hanya email mereka saja. apapun kaset ni tetap layan, harap2 ada lagi rilisan mereka selepas ini aku miliki, sbb band ni sgt2 bagus, sound mantap... k itu je..
Langgan:
Catatan (Atom)