Isnin, 1 Oktober 2018

Goatmaster - the ones god left behind




Haloha kawan2 blogger.. lama rasanya aku tak menaip sini. Ni aku nak kenalkan satu lagi band yang unik dari negara jiran kita indonesia. Kenapa unik sebabnya kalau kita bercerita pasal band2 dari sana kita pasti akan terfikirkan irama brutal death dan seumpamanya. Jarang sekali kita dengar band2 yang memainkan irama yang terkeluar dari kebiasaan mereka. Goatmaster ni boleh aku katakan mereka keluar dari kempompong kebanjiran band2 indonesia yang lain. Mereka memilih memainkan irama heavy metal. Ep ni mengandungi 4 lagu satu cover song dari king diamond rilis tahun ni juga. Tak payahlah aku taip banyak2 kamu boleh dengarkan sendiri di youtube untuk pra dengar muzik bawaan mereka ni. Pasti wow gitu. Dan aku sangat2 merokomenkan pada rafi bert dan deaf.. korang patut dengar band ni. Bukan dari eropah ni jiran kita juga haha..

K kalau aku rajin aku nak share sikit ulasan gig semalam..

Harapnya band ni akan mengeluarkan album penuh. 

Isnin, 20 Ogos 2018

Street metal terrorist



Split hereafter dan bestial hordes.. cd ni antara rilisan yang aku ingin miliki.. pelengkap koleksi hereafter yang ada dalam simpanan. Split cd ni rilis tahun 2009.. setiap band menyumbang 3 lagu. Sound untuk rilisan ni soundnya mentah.  3 lagu dari hereafter di rakamkan secara live. Kedua band ni dah jadi gergasi dalam scene metal tempatan. Kedua band ni pun ada meriliskan album baru tahun lepas. Rasanya aku belum tampal album mereka dalam ni lagi. Aku cuba lah hidupkan blog ni.. mungkin tak lah seaktif tahun2 yang lepas..huhu 

Ahad, 5 Ogos 2018

Klmetalcamp Armageddon 2018


Haloha... haha rasanya dah lama aku tak menaip kat blog ni. Masa menceburui jari jemari ku.. ini sedikit catatan peristiwa klmetalcamp 2018 yang aku hadiri.. bersempena sambutan 10 tahun metalcamp pada tahun ni 2018, ada 9 kali dibuat acara tahunan ni dan hanya sekali tidak di buat pada tahun 2015. Aku sempat hadirkan diri 5 kali termasuk yang ini.

Nak sembang sikit dulu haha.. aku memang ada dengar ura2 yang impiety akan jadi headline tahun ni. Tapi aku biarkan saja macam tak percaya je. Sebab impiety ni macam nda boleh lepas sudah sebab isu2 sensasi yang melanda scene malaysia. Apalagi main di klmetalcamp. Semuanya terjawap bila page klmetalcamp rilis flayer rasmi impiety bakal memusnahkan pentas klmetalcamp tahun ni. Baru lah aku percaya. Walaupun jiwa aku sekarang dah tak berkobar2 menyaksikan persembahan pentas. Disebabkan impiety aku bersemangat kembali dan rasa teruja macam pertama kali dulu aku masa mula2 turun gig konsert dia punya keterujaan tu dapat rasa semula haha. Perna impiety main dekat pandan indah mula2 dekat sangrila tukar venue last minit trus aku tak jadi turun. Jadi peluang kali ni aku tak mau lepaskan. Walaupun kena hari bekerja aku..

Aku tau memang aku tak dapat cuti kalau aku minta cuti. Jadi aku fikir baik aku balik awal esoknya.. hellyeh mesej trus macam di atas tu. Bagi pancingan ahad kerja hahaha.. tapi siksa boh sampai rumah jam 2 ahad plak terpaksa pergi kerja...

Balik dari kerja sampai rumah terus bersiap geng.. ini kali aku naik motor merempit aku ke publika. Plan mau bawah kereta sebab nak gerak sekali ngan kawan disebabkan kereta digunakan oleh orang rumah makanya pada hari kejadian aku merempit.. feel masa mula2 tengok gig suatu masa dulu kembali. Sebab pertama kali tu memang aku gerakan solo tiada siapa pun aku kenal dalam scene kl. Dalam jam 3pm lebih lah aku gerak dari rumah. Sampai saja black box sudah 3 band beraksi. Terus bayar tiket dan beli satu baju gig risau sebab saiz limited katanya.

Masuk saja dalam venue.. band savage deity dari thailand sudah beraksi. Perghh venue pun dah penuh sambutan kali ni memang ramai. Sempat tengok 3 lagu band ni. Muzik dorang memang padu layan gak lah walaupun genre ni aku kurang berkenan. Dorang main death metal buas lagi kejam hahhaa. 2 band awal, local band tak sempat tengok. teringin juga nak tengok krecion sebab dengarnya2 band ni pun power juga dalam scene tempatan kita ni. Dead atau vivivi rasanya aku dah berapa kali tengok persembahan mereka.. terlepas ni pun no hal lain gig nanti boleh tengok.

Lepas band thailand tu aku keluar kejap jumpa kawan.. tengok pada rundown tu band gergasi metalcore tanahair bakal beraksi aku tak perna tengok mereka ni jadi peluang ni aku ambil tengok sendiri ngan kepala mata aku kehebatan band ni. Wokey.. menarik menghiburkan vokalisnya memang terbaik lah juga. Ada juga aku dengar trivium cam tu lah muzik dorang ni ada suara bersih lepas jeritan padu. Sayang suara bersih tak kedengaran sangat jadi tidak best disitu. Dalam 3 lagu gitu aku keluar.. kesimpulannya aku akan beli album dorang ni bab muzik boleh masuk. Tak kisah pun gelar aku maniak metalcore plastik apa lancau lepas ni. Sebab aku sudah matang mendengar muzik ni. Suka dengar tak suka skip je tak payah kutuk tiada makna juga tu kalau benci sangat turun gig mereka dan naik atas stage pukul ngan batang paip vokalisnya itupun kalau berani jadi tak payah kasih tunjuk kejahatan tu kalau setakat suara hati saja yang di taip di dinding maya kakakkaka

Panjang pula aku menaip.. tak apa nak balas dendam gitu lama tak menaip.. gambar atas ni satu lagi band lama tanahair. Mutilation otai dah line upnya kita tak akan nampak band2 lama ni beraksi di gig2 skala kecil. Nak tengok band2 lama ni kena hadir gig kelas A haha.. ini pertams kali aku tengok mereka. Aku tergelak haha bukan apa ada lagu dorang tak sampai seminit hahaha teringat aku dulu ada band main grincore ni kita ni ramai2 nak hayun kepala tak sampai 2 saat habis lagu geng hahahaha tak sempat nak hayun kepala lagi hahaha.. semput dah vokalisnya mungkin faktor usia.. apapun terhibur juga lah tengok persembahan mereka. Dalam hati aku terdetik tua nanti aku akan macam mereka ni masih kental dengan jiwa metal..

Lepas mutilation rehat jam 7 hingga jam 8 sesi bergambar tu wajib.. hahaha pergi pekena roti telur kat mamak alas perut sebab lepas ni nak all out dalam hati aku kata lah haha

Lepas rehat jam 8 lebih gitu sound dalam venue kedengaran sudah. Sil khannaz sudah beraksi di dalam. Aku tak nak lepaskan peluang bagi aku secara peribadi sil khannaz ni tak perna mengecewakan kalau buat persembahan live memang layan. Masa nak masuk saja pun sudah bersesak. Rasanya dah 2 lagu dimainkan baru dapat masuk gahaha.. padat gila kali ni. Tak ada lagu dari gerbang kayangan yang dipersembahkan kebanyakan dari album COM dan lagu dari album baru tawanan dosa.. kesian aku nak kedepan tak boleh tak ada ruang sesak geng. Selalu ada saja ruang kalau nak kedepan stage.. layan di belakang sajalah sambil tengok kepala orang yang tinggi lampai..

Lepas sil khannaz buat persembahan dengan jayanya. Set punisher selepas tu sebelum punisher setup kelengkapan mereka satu sesi memperkenalkan orang2 kuat dibelakang tabir klmetalcamp bersempena 10tahun usianya.. semua dah kenal lah orang2 kuat ni. Kat berita pun kalau kes makamah ada nampak muka seorang tu..(senyum tutup mulut) ada di paparkan interbiu ajak ngan aziz vfte cerita bermulanya dan bertapaknya muzik metal dimalaysia ni. Jadi band awal macam nemesis punisher ni antara yang menjadi kegilaan maniak2 suata masa lalu..


Lepas tu ajak memberikan cerdehati macam anugrah pencapaian sepanjang hayat gitu pada rosdan adan aru.. tepukan gemurub bergema..

Satu lagi band lama yang menjadi lagenda dalam lipatan pergerakan bawahtanah malaysia punisher sudah siap sedia menghiburkan pada hadirin. Banyak band2 lama yang tak sempat merakamkan rilisan di era emas kegemilangan mereka dan salah satunya punisher ni. Tahun ni baru lah sempat merilis ep selepas 30tahun lamanya. Vokalis yang mengalas tugas persmebahan punisher adalah jeff bukan rosdan walaupun rata2nya ramai nak rosdan nyanyi atas stage. Mungkin faktor usia rosdan tak boleh all out. Apapun rosdan di panggil juga menyanyi lagu megadeth. Persembahan punisher sekadar happy2 je. Lagu2 mereka pun kebanyakan yang hadir termasuk aku belum hadam hafal lagi. Kalau orang lama mungkin terhibur.

Apa yang lebih menarik lagi persembahan punisher mereka menjemput aru dan joekid menyanyikan lagu anarchy. Huhu pertama kali aku tengok muka joekid depan2 hehe..

Deadsquad antara yang aku nak tengok..band asal indonesia ni memainkan irama technical death metal.. masa mereka ni aku dah dapat tempat yang sesuai untuk menyaksikan impiety depan mata. Tapi teruk juga belakang aku kena langgar oleh moshphit yang menggila. Patutnya aku tengok 2 ke 3 lagu saja band ni. Muzik bawaan mereka bukan santapan halwa telinga aku terlalu buas laju dah semestinya penuh emosi kebencian dalam jeritan. Aku tak nak berganjak dari tempat aku walaupun kaki dah nak patah hahaha.. lama gak dorang buat persembahan.. lagu2nya pun panjang.. tahap permainan gitar mereka dah kategori dewa jari jemari macam mesin gitu dan kawasan maut pula terus ribut dengan moshpit yang menggila.. sempatlah juga aku terajang sekali balas dendan sebab buat belakang aku sakit kena langgar HAHAHA.. vokalisnya memang sempoi. Suara padu gilababi.

Yang aku tunggu2 akhirnya berada depan mata
Jam menunjukan jam 11pm lebih aaarghh lewat dah kenapa boleh jadi begini... selepas setup apa yang patut impiety terus menghaburkan lagu2 jahat mereka.. mulanya aku kat depan dah. Disebabkan telinga aku tak berpuashati ngan sound yang terhidang aku terus gerak kebelakang. Ngam sound kedengaran lebih padu dibahagian belakang berbanding depan. Lagu demi lagu dipersembakan tampa belas kasihan.. memang kejam lagi jahat vokalisnya haha ngam lah dengan nama timangannya. Lepas tu aku nampak orang kuat metalcamp berlari2 anak memberi tahu kepada kru sesuatu. Sudah agak show bakala dihentikan... aarghhh nampak di atas pentas shyaitan menunjukan 3 jari maknanya lagi 3 lagu. Tapi sayang tak sempat tambah 3 lagu hanya satu lagu terus dihentikan walaupun jeritan maniak nak lagi apakan daya show kena dihentikan serta merta kerana masa mencemburui.. kau tau macam mana rasanya perasaan orang datang nak datang tengok impiety tapi dapat tengok 5 lagu saja. Aduiii harap pihak pengurusan kena buat sesuatu di tahun akan datang. Bukan selalu datang impiety di kl ni. Bila datang tak dapat nak all out. Lagu2 yang aku wish pun tak ada biar satu di persembahkan. Harapnya ada organizer bawah impiety lagi masuk kl untuk tour album mereka. Biar puashati ber all out.

Tamat

Nota - lama dah tak nampak band2 dari sabah main metalcamp.

Malas dah nak QC biarlah typo. Soksendiri juga haha

Ahad, 6 Mei 2018

Cromok - forever in time (gold disc 2018)



Sebelum tu aku nak cerita sikit lah.. kebelakangan ni memang aku sudah jarang masuk blog ni disebabkan kekangan masa yang agak terhad.. kalau kerja dulu aku kena tunggu masa. Kerja sekarang ni pula aku kena kejar masa all out sepanjang hari. Tapi itulah gian nak baca entri terbaru dari jiran2 blog ni kadang2 buka lah kat henpon baca.. 

Terus cerita perihal cd terbaru yang mendarat kat rumah 3 hari lepas. Album terulung dari raja thrash metal malaysia cromok forever in time. Apa yang menariknya tentang rilisan semula ni. Bagi aku secara peribadi rilisan ni memang cukup sempurna. Didatangkan dengan cd emas dan inlay kulit album warnanya nampak terang dan mengiurkan aku. Masa pre order aku terus order kat fb saja takut melepas sebab di kabarkan rilisan ni agak terhad. Dan dengar kabarnya jualan kat seller fb sudah sold out.. mungkin di kedai2 berhampiran masih boleh di dapati. Jusco tempat aku ada ternampak 2 ketul lagi. Nasiblah aku ni jenis beli seketul saja sudab puas dan tak fikir masa akan datang. Nak jual balik harga yahudi. Aku amat menghargai sound dari fikir wang ringgit di masa datang menyauk keuntungan dengan menjual semula rilisan ni hahaha.. beli banyak2 buat apa tu.. tapi itulah kan minat masing2 kepuasan masing2 terpulang.. untuk sound album rilisan semula ni sudah di upgrade kan ke 24bit. Tak banyak aku tau bab 24bit ni apa yang telinga aku dengar soundnya kedengaran agak kuat banding ngan yang asal mungkin 16bit gitu. Pada mulanya dengar cd ni aku rasa macam afa cacat pada soundnya. Aku tak nak andaikan dan buat komen awal sebab masa aku dengar aku agak kepenatan.. aku cuba bezakan sound pada cd yang aku miliki pening juga aku nak tuKar2 cd.. kaset jangan tanya beb. Player tape aku dah menemui ajalnya tak dapat dah nak play kaset lagi tengah mencari2 tape player yang sesuai ni. Lepas beberapa kali aku dengar baru lah aku sedar yang sound rilisan semula ni kedengaran agak bagus.. jadi kesimpulannya kalau minat cromok belilah album ni buat tambahan koleksi. Boleh dengar sound berbeza dari yang asal.. 

K itu je.. banyak dah rilisan aku tak up dalam blog ni seperti yang aku cakap awal tadi masa agak terhad sekarang ni. Tapi aku akan teruskan juga berblog ni... 

Selamat menikmati hari cuti jangan lupa mengundi tanggal 9 ni. Pilih lah mereka yang layak meminpin negara tercinta ni bukan yang korupsi like imdb kakakakakaka

Ahad, 8 April 2018

pesta buku selangor 2018

hari ni 08.04.2018 sempat lah singgah di pesta buku selangor ni. sebelum jalan2 bawa anak bini gi cari barang lain.. hajat aku kesini satu saja nak beli buku slash keluaran terbaru bekazon tu.. nampak iklan kat fb kan.. huuhu sambil2 nyelam dan cuci mata gitu
meriah ramai gak orang.. rasanya ni hari terakhir pesta buku selangor ni.. aku tak jumpa pula tempat dubooks.. cari punya çari punya cari tak ketemu..
yang paling aku tak jangkakan ada bro gayour kat sini.. perghh gigil tangan aku dibuatnya.. cepat2 beli senaskah buku slash dan minta sain dan bergambar kenangan ngan penulis katun lejen bersama selamanya ni. kalau lah aku tau awal2 dia ada kat sini aku bawah buku bersama selamanya minta dia sainkan.. apapun aku puashati tadi dapat gak bersalaman dan bergambar kenangan dengannya..
bertambah lagi koleksi gayour aku.. ni himpunan cerita2 slash dari majalah ujang..

k itu saja banyak gak buku menarik minat aku tapi aku tak beli sebabnya ada beberapa buku lagi yang aku belum habis baca..


Isnin, 26 Mac 2018

28 Lagu Pilihan Terbaik Search 1989 - 1996



kalau album kompilasi ni search wings xpdc lah yang paling banyak... ini antaranya dari search.. selalu juga aku tengok album ni dekat rak tesco, harga boleh tahan lah jadi aku skip je.. bila aku pergi semalam harga sudah jatuh jadi separuh harga. aku sambar terus. walaupun lagu2 dalam kompilasi hampir sama ngan kompilasi terunggul search ada 2 cd satu cd lagu rock n roll dan satu lagu slow jiwang search.. semalam buka dan dengar lagu isabella lagu kesukaan bro deaf jajaja... sound padu gak ok lah.. ambil gambar snap dan simpan dalam koleksi album search.. huhu.. tak menarik langsung kompilasi ni inlay tengok gambar tu mengecewakan.. 

Sabtu, 24 Mac 2018

TERUNGGUL DOUBLE TROUBLE

cd ni baru je aku beli hari itu.. masa jalan2 gi kl sempatlah singgah amkop mall sebelum balik. hajat dlm hati nak beli double trouble versi gold.. nampak pula cd ni. aku skip trus cd tu nanti2lah aku beli. sebab utamanya double trouble 2 disatukan dalam album terunggul ni. aku tak ada versi cd album tu ada kaset je. ingat lagi aku hari tu sampai skg nyesal gak tak beli album double trouble 2 versi cd yang perna sudah ku pegang di speedy.. bila datang balik cd tu dah tak ada aaarghh.. dengar2nya harga pasaran cd tu memang keras skg ni.. dapat album dt terunggul ni cukup lah janji ada lagu2 dalamnya.

sampai rumah baru aku sedar lagu2 dalam album ni sudah di rojakan.. 4 lagu dari album dt 1 masuk dalam cd 1 gitu gak ngan cd 2.. kenapalah di asing2kan 4 lagu tu.. bagi aku lagi best satu album satu cd sbb dalam satu cd ni dah ada tiga vokalis.. apapun layan sajalah janji ada.. antara dua versi album double trouble ni.. yang pertama lah paling best.. lagu gemuruh saja tu antara lagu duet rock terbaik tanahair bagi aku.. dt 2 aku suka dengar lagu di pintu sepi versi baru tu.. versi gold tu pasti akan disambar juga buat koleksi.. huhu

inlay kaset double trouble 1 tu dah dimakan anai2 ghaib ntah kemana.. aku perhati je kat jualan fb kot2 ada yang jual inlay album tu. tapi belum timbul lagi..

k itu je.. 

Ahad, 11 Mac 2018

tribute to brain dead





in remembrance for brain dead  d'tribute

album tribute untuk brain dead menghimpunkan 9 band membawakan lagu2 brain dead dengan cara mereka sendiri.. album ni diriliskan oleh apokalip realeases singapura. band2 yang terlibat dalam album ni seperti berikut

1.Logam - rites of the tyrant
2.Tandus - the 7th wind
3.As sahar - spirit of heloisa
4.Kharabanazak - twisted soul
5.Necrotic chaos - eternal war
6.Medicine death - impious mortal
7.Vociferation eternity - sacred
8.Endless pain - from the ecstacy
9.Global chaos - ...and the angles daneed (version of twisted soul)

dan dua lagu bonus dari brain dead
unholy sins
twisted soul

berbagai2 jenis sound yang berbeza di dalam cd ni  seperti aku kata di atas band2 membawakan lagu2 brain dead dengan cara mereka sendiri.. feel lagu2 brain dead masih kuat kedengaran.. kalau nak pilih antara satu di atas aku suka gaya penyampaian band Logam. Global chaos tu unik  cara mereka tribute buat brain dead.. band lain pun ok juga cuma lebih suka ngan logam.



Sabtu, 3 Mac 2018

pastel lite - balada




hehe.. aku beli juga cd ni. pertama kali aku dengar muzik video dorang terus berkenan ngan gaya penyampaian vokalis nya tu. pastel lite ni duo mereka menggelarkan muzik mereka sebagai experimental yang banyak memasukan irama elekronik dalam lagu2 mereka. ada 10 lagu dihidangkan dalam album balada ni. buat masa sekarang hanya lagu damsel saja yang berkenan lain2 lagu tu mungkin perlukan masa untuk di hadam.. kalau korang minat the ting ting rasanya patut beli cd ni. enjoy.. 

Isnin, 26 Februari 2018

overhaul - rock n roll fuel





hellyeahh... tape player aku berfungsi semula... dengan ada nya kaset baru ni gian nak mendengar kaset tu lain macam.. ini adalah band overhàul dari shah alam.. hari tu aku sudah kongsikan bajunya dalam blog ni.. hari tu dapat kaset yang rosak.. nasiblah pihak pengeluar sanggup ganti balik kaset baru.. yang ini adalah kaset ganti tu.. sound pun ada umph!! haha.. dorang main stail motorhead ada bau2 tu dalam lagu spitfire.. pemuzik band ni bukan lah baru dalam pergerakan muzik bawahtanah tempatan. muka2 yang punya band yang sudah berjaya.. apa yang harus di puji dengan lahirnya overhaul ni ianya dapat lagi menambahkan variasi muzik berat tempatan.. aku terhibur dengan rilisan pertama ni harapnya band ni akan terus mengeluarkan material lagi.. ohya dengarnya demo ni akan di cd kan. bagi yang tak punya tape player bleh lah nanti sambar cd tu tanda sokongan kita pada band yang baru yang best macam ni haha.. bleh pra dengar lagu dorang kat bandcamp percuma saja tu.

Isnin, 19 Februari 2018

the pilgrims - achtung! riders





album terbaru dari the pilgrims yang rilis pada 2015.. cepat betul masa berlalu haha.. baru berkesempatan di tampal dalam blog ni. dalam koleksi aku ada lah 2 album the pilgrims ni. untuk album terbaru ni muziknya agak liat nak dihadam oleh halwa telinga ku. mereka masih lagi mengekal sound seperti album2 sebelum ni. cuma lagu2 untuk album ni kadang kedengaran agak rojak juga haha.. hanya satu lagu saja menusuk ke halwa telinga ku. BUNOHAN ini lagu betul2 buat aku terus mengulang dengar beberapa kali... ianya mengujakan haha.. lirik tak disertakan untuk rilisan kali ni.. ntah kenapa makin kedekut sekarang band2 lokal nak sertakan lirik dalam setiap rilisan.. feel mendengar sambil membelek2 inlay tu masih kuat lagi. rilisan ni sempurna sudah digipack lagi tu. tapi sayang inlay tak ada.. ohya jaie pun ada menyumbang suara dalam lagu buka panggung.. lagu2 lain tu bleh skip kot dengar bunohan saja.. haha.. ada 8 Lagu dalam album ni. masa rilis album ni sempatlah aku tengok mereka perform masa gig blast from the past kalau nda silap.. kalau ada album satu lagu saja aku minat dengar.. ini adalah albumnya.. k itu je huhu...

Jumaat, 16 Februari 2018

jaket perang..



entri ni khas buat rafi 
haha
ruang kosong kat belakang tu patches dah ada cuma tiada masa nak hantar jahit