ok kali ni nak cerita pula kaset yang aku beli tutup mata.. sebab info aku tak jumpa untuk album ni. besar keinginan aku untuk memiliki lagu runtuhnya istana cinta. dengan penuh debaran masa kaset ni mendarat dirumah. aku buka pelan2 rupanya lagu tu tak ada dalam kaset ni. ada sedikit kekecewaan. yang tak bestnya kenapalah aku tak tanya seller tu dulu kan. hmmm. tak apa pengajaran jugalah buat diriku ni. sebab utamanya lagu kat youtube yang selalu aku dengar tu. memang guna ganmbar kulit album.
aku betul2 terjatuh suka dengan lagu tu selepas mendengar jamal nyanyi.. memang selalu dengarlah kalau aku di atas lori. buka youtube mesti aku akan dengar sekali. lagi2 bila masa hadap kesesakan lalu lintas. untuk album ni boleh lah layan bila telinga sudah tepu ngan irama keras.. untuk mengstabilkan frekunsi gegendang telinga haha.. aku sudah bertanya kepada kawan2 yang tau lagu tu kat album mana. kulit album pun sudah di set dalam radar pencarian. bukan lah dalam gred A gitu kalau jumpa harga ngam dengan bajet memang akan di sauk..
walaupun lagu tu berkisar pasal harapan seorang lelaki yang musnah impian tak kesampaian namun melodi penceritaan liriknya melekat dalam hati sanubari. walaupun aku tak perna merasa benda tu. sebab aku bercinta bertunang dan berkawin dengan orang yang sama.. hehe..
k itu je.
Ni kalau orang tua aku suka ni... Dulu masa budak2 siap ada katrij A Ramlie kat rumah..
BalasPadamteringin aku dengar muzik keluar dari katrij..hehe
Padam