kaset yang wajib aku beli. walaupun kaset ni diriliskan semula pada tahun 2017. masa tu aku tak tertarik nak beli sebabnya lihat pada kaset tu aku tahu kualitinya agak hambar sebab kaset2 tahun ni agak kurang menarik print dan kualiti serta ketahanan tali kaset tu.
hari tu lihat iklan kaset ni nampak pula dengan kaset berwarna putih aku terus beli satu. sebabnya gerenti sajalah rilisan kali ni bermutu dan puashati. seolah kelahiran semula album ni di tahun 1989. kaset versi 2017 aku ada seorang kawan beli dia agak kecewa dengan rilisan tu. jadi jika nak bernostalgia untuk album hakikat ini lah kasetnya. rasanya mereka meriliskan dalam kuantiti yang agak sedikit.
jika disenaraikan 10 album terbaik rock malaysia hakikat ni aku pilih 3 diatas. kesemua lagu2nya melekat dikepala dengan melodi biasa2 serta lirik yang begitu menusuk ngam dengan kehidupan seorang pencinta muzik rock. memang total ngam dijiwalah. aku dulu ada kaset ni cd pun ada versi yang ada lagu tambahan dari lagu2 juara2 rock tu.
Kenangan aku album ni memang kuat. walaupun aku tak remaja di era album ni rilis. tapi aku tetap ada kenangan manis indah perna ku lalui bersama rakan2 sekampung. di era 2000 ntah macam mana seorang kawan aku ada kaset ni. masa tu memang kegilaan new boys boboi apa semua tu melanda kegilaan ramai remaja dikampung aku tu. siapa ada baju lagi cam grup tu masih ada cinta fuyoo.. kawan aku paling pantang dengan budak2 new boy haha. tapi kami berbeza dengan budak2 lain di kampung jiwa kami lebih kepada rock.. ya kampung aku tu paling masyur search dengan wings dua band ni memang menjadi kegilaan disana untuk abang2 lah. untuk kami ni zaman 2000 tu agak sukar lah nak dapat muzik rock ada pun yang keras amuk gitu. spider pun boleh tahan dengan aladini exist era jesnita kakaka. ada satu mini compo kami pakai bateri ja. ada satu radio yang kita dengar petang2 memang lagu2 rock gitu lah. himalaya masa tu junaidah pun padu. tapi album hakikat ni merubah semuanya. semua lagu dalam ni jangan cakaplah hafal habis. dengan gitar kapok petang2 melepak may terus..
k itu jelah nanti aku sambung lagi cerita dihalaman berikutnya
selamat berpuasa buat semua.. !!!
versi CD yang aku beli tahun 2016 sampai sekarang masih belum buka, sebab bila dah beli baru perasan aku dah ada versi special edition rilisan 2003
BalasPadamlagu "sendiri" dari album ni mesti banyak yang suka, aku pun termasuk jugak haha
BalasPadamMasa album ni keluar aku tengah kerja kilang sementara tunggu result SPM... Kaset ni aku beli dari gaji aku kerja situ.. Siap dapat poster besar...haha.. Kenangan...
BalasPadam