Jumaat, 23 April 2021

CROMOK / FTG

 

Kaset yang agak liat aku nak beli.. bukan tak timbul atau pun dalam kategori susah nak cari. cuma aku sajalah yang asyik skip selalu untuk beli. hari tu aku tak tahan sudah nampak pula ada stiker rim melekat kat depan tu. aku terus sauk sajalah. 

menarik juga lagu2 dalam kaset ni. ada 14 lagu bagi sama rata antara dua band ni. cromok pun tak letakkan lagu berhantu mereka semua dalam ni. itu yang bestnya. ftg pun best juga lagu pilihan mereka. layan lah senang cerita.

aku ingatkan aku sudah miliki semua kaset2 berkaitan cromok ni. tapi melihat koleksi2 yang terbaru peminat cromok kongsikan ada lagi kaset yang aku tak miliki. mungkin versi pasar malam kot. tapi tu lah kalau bab cromok ni pasar malam punya rilis pun tetap diburu.. 

ada nampak tu karl jual tali pinggang cromok bukan aku tak nak beli. cuma kalaulah dia rilis sekali dengan cd kaset ke mesti aku beli. harap2 website baru tu akan meriliskan sesuatu buat penggemar cromok. 

k itu je.. 

4 ulasan:

  1. Dulu selalu nampak kaset ni kat kedai.. Ntah la time tu rasa kurang minat dengan kaset bila dah masuk zaman cd... Tapi bila sekarang rasa nostalgia pula tengok kaset

    BalasPadam
  2. Kalaulah Cromok ada rilis album "Forever In Time" dalam format LP atau reissue kaset lagi kan syok hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. lp sudah rilis bro. dekat shopee ada jual lagi..

      Padam
    2. wow serius ka? nanti usha, tq ya haha

      Padam