Isnin, 1 Julai 2013

SEARCH ROCK N ROLL PIE LIVE N LOUD

SEARCH ROCK N ROLL PIE LIVE N LOUD
album live yang paling menarik dari search,aku dapat ni masa aku pergi bayar loan kat jusco,masuk saja dalam kedai SPEEDY tu terlihat rak yang penuh dengan album2 kompilasi search termasuklah cd ni,memang gila habis lah,semua kompilasi tu mungkin mereka baru letak,boleh aku katakan ini mungkin stok lama,tengok saja gambar atas tu,cd ni siap ada kotak,klu versi 2nd mmg kotak tu tak ada,menarik sungguh packingnya,

walaupun aku dalam keadaan, bajet cukup2 saja,tak sampai hati aku keluar dari kedai tu tangan kosong,terpaksalah aku korbankan duit sikit utk cd ni,harga cd ni murah saja rm13 je,aku tengok dekat internet cd second pun jual rm50 mahal nak mampus.. tapi kalu betul2 minat  mmg tak dah hal lah harga tu,bagi aku ianya tetap cekek darah!!

lepas ni mungkin aku nak beli lagi semua album kompilasi yang ada kat kedai speedy tu,harap dapatlah duit raya tahun ni hehehe..semua album kompilasi tu semuanya ada dalam diskograpi search bukan cetak rompak punya versi,mmg buat jantung aku tak keruanlah dibuatnya,kalu aku ada lebihan duit hari tu aku dah angkat semuanya.. sabar saja lah bak kata org ada rezki benda tu tak kemana huhu

ntah mengapa aku mula tertarik pada cd2 search kebelakangan ni,rasanya aku nak kumpul semua kot album2 search versi cd pula lepas ni hahahahahaa...

versi kaset huhu cover tu aku buat sendiri
versi kaset ni dah lama dah tapi bunyi masih tiptop,covernya dah hilang masa abg aku pinjam hari tu,katanya budak kat rumahnya yang buang,terpaksalah aku buatkan cover barunya dari telanjang baik ada cover huhu klu amy lihat pasti nangis tgk cover tape ni..

kalau ada sapa2 nak cari album ni bolehlah pergi kelokasi JUSCO BUKIT TINGGI aku tgk ada 5 keping yang tinggal,bukan setakat album ni saja banyak lagi,kalu anda minat search tgk saja kat kedai tu kompom nangis mmg rare cd2nya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan