Isnin, 26 Ogos 2013

Kenangan menyaksikan METALLICA live depan mata di stadium merdeka 21 ogos 2013

FLYER RASMI

Sampai saja di stadium merdeka.........

lebih kurang 20minit menunggu kedengaran sudah intro metalika.. pergh!! kuatnya sound mcm duk kat dalam stadium saja cuma org tak nampak saja.bila aku lihat simoon dan si eko merunding penjaga pintu tu,aku trus yakin yg tak mustahil utk masuk kedalam.

HIT THE LIGHTS Pun berkumandang ajun dan rakan2 lain sudah menggila headbang diluar stadium dgn gilanya,tiba2 aku lihat pintu gate dibuka,dan aku terus sedarkan ajun dan yg lain2 "WOOII MASUK KITA!!'' aku terus tarik ajun dan trash,dan pintu terbuka sedikit DENGAN irama sorakan penonton yg melebihi 30000 seolah semua org memfokuskan pada pentas hadapan.KAMI pun terus meluruh masuk 15 org..pejaga pintu dah tak boleh buat apa dah masa tu,keadaan agak kaos,bak kata MAN16 macam lipas kudung bertempiran lari menyelamtkan diri hahahaha... aku pun dah berada dlm stadium dan menjerit sekuat hati YAHOOOOOOO dan terpisah sudah dgn rakan2 yg lain,nasiblah radar menunjukkan yg mereka lari kesebelah kanan.masa aku berlari mengejar mereka aku sempat menoleh kesatu sudut sekumpulan manusia tengah menolak pagar dan mencabut pagar itu dan meleruh masuk hampir bepuluh org yg dapat meloloskan diri sambil menjerit kemenangan (hancur tu pagar)dan aku pun terus berlari dgn mereka sampaikan ada satu mamat pakai baju putih teguling jatuh kebawah,nasiblah rumput kalu semen kompom pecah kepala.aku takut juga kedapatan aku pun lari sepuas hati sambil menjerit dan headbang hahahaha berlari hampir 400m dari jarak pintu kami masuk tadi,lagu hit the lights masih lagi berkumandang,dan berbanginglah kami,kelihatan man16 dibelakang menuju kearah kami,mungkin dia tersilap arah masa berlari hahahaha,
selepas menanti 20tahun akhirnya man16 dpt juga menyaksikan band pujaannya hahaha
tak terkata waja kegembiraan dihati sahabat ini hahaha
berentung sungguh adik kiki ni kecik2 dah dpt lihat band gergasi
 
walaupun penat berlari namun senyum kegembiraan terus tepancar
MASTER OF PUPETS lagu kedua pada malam itu,aku pun terus headbanging tampa aku memikirkan lagi nasib andai kata ada rela yg masih mencari kami,begitu juga rakan2 yg lain.pelik juga aku ramainya org tapi tiada yg headbanging dibahagian kami.hanya kami saja yg beraksi,habis saja lagu master of puppets lagu FUEL pula dihamburkan oleh metalika,aku sudah tak ingat dunia lagi lalu menghayun rambut ini dgn irama yg mereka persembahkan..ditambah lagi dgn lagu HARVESTER OF SORROW PERGH!!!! hilang akal sudah aku,tidak dapat aku gambarkan perasan aku masa tu mmg total KETERUJAAN YG MELAMPAU SUDAH.. bila lagu FADE TO BLACK aku tersedar sudah yg aku berada didalam stadium,seolah aku tengah bermimpi pada hari tu aaahhhh!!
 
ada juga kawan yg tak dpt masuk tapi masih dpt merasai aura metalika headbang diluar stadium hail!!
RIDE THE LIGHTNING berkumandang kami pun beralih arah kesatu sudut yg kosong,sbb tempat kami headbang ni sesak sikit.keadaan pun sudah terkawal tak ada lagi kelibat rela polis dan bonzer.maka kami ramai2 gerak kesana pergh sungguh selesa tempatnya hanya kami saja yg berada disana tampa ada org yg tidak dikenali hahaha habis saja lagu ride the lightning maka lagu pun diteruskan CYANIDE dan SANITARIUM.Slowdown skit dan tarik nafas..
 
lihat saja waja mereka
SAD BUT TRUE lagu ni mmg lagu biasa juga aku dgr maka headbanging pun bermula semula.sempat juga rakan2 yg lain nak ajak panjat pagar masuk ke zone 450,namun keinginan kami itu terhidu oleh anggota relabekorban hahaha maka rela pun memenuhi depan pagar dimana kami berkumpul huhu (plan tak jadi) sudah dibagi paha mau betis lagi.lagu demi lagu dipersembahkan seperti ORION,ONE,FORWHOM THE BELL TOLLS,BLACKENED..dan sempat juga james vokalis metalika memohon maaf kepada peminat mereka dimalaysia selepas hampir 30tahun mengeliling dunia dan ini kali pertama mereka beraksi dimalaysia.namun bak katanya blum terlambat lagi..
 
sudah dibagi peha mahu lagi betis,nak panjat pagar ni lagi tu hahaha
NOTHING ESLE MATTERS lagu yg berentak slow yg bisa mencairkan jiwa ini berkumandang sambil singalong sama2 bagaikan mimpi tapi realiti metalika depan mata..lepas ja lagu tu lagu favret aku pula yg mereka persembahkan dan masih aku ingat ini lah lagu yg pertama aku    dengar dan lihat metalika masa kat kg dulu,ENTER SANDMAN perghhhhh lagi!!!headbanging mengikut rentak lagu ni sampai habis..lepas tu metalika dah stop seolah2 tamat lah persembahan mereka pada malam itu,aku mmg menjangkakan yg masih ada lagu lagi ni, "ANDA MASIH HIDUP LAGI" katanya.. sambil 30k bersorak we one more we one more,akhirnya metalika mengalah dan memberikan 3buah lagu lagi sebelum mengakhiri persembahan mereka.

CREEPING DEATH..datang gila budak2 klhellbangers moshpit kat bangku stadium,hampir2 saja aku teguling jatuh kebawah tapi layan ngam dgn iramanya yeay we most we headbang and kami langgar pintu hahahaahahhaa ditambah lagi dgn lagu BATTERY mmg enjoy habis lah..
 
puas hati sambil fuck org kat atas hahaha
Lagu terakhir dan james meminta utk menyanyikannya bersama,lagu yg senang tiga perkataan saja katanya.. lalu DIHAMBURKAN lagu penutup malam tu SEEK AND DESTROY say again SEEK AND DESTROY sambil tunjuk jari tgh kat RELA seek n destroy!!! dan tamatlah persembahan metalika dgn lagu terakhir tadi.. lepas tu kelihatan mereka melontar pick dan stik drum kearah penonton,untunglah dibahagian hadapan sapa yg dpt huhu
 
puas hati
 
sempat ambil gambar sebelum keluar stadium
Dengan waja penuh kecerian diwaja2 klhellbangers menandakan yg peristiwa ni akan menjadi kenangan paling manis dlm sejarah bemetal..sebelum balik sempat lah begambar2 buat kenangan jejeje....


 
selesai sudah






aku pun ajak trash balik sebab esok nak kereja,bersalaman dgn rakan2 dan terus meninggalkan mereka.baru aku tesedar akan nasib kereta ku,dlm otak aku hanya ada dua klu tak kena tarik kompom kena saman,aku pun bejalan dgn lajunya,sempat juga trash tegur slow2 kau,dia tak tau yg hati aku tgh risau.bila saja aku lihat kereta,baru aku rasa tenang,tapi aku dah agak mesti kena saman.betullah kereta aku kena saman,tak apa janji dapat lihat metalika itu sudah cukup menggembirakan hati.dan kami pun balik menuju klang..TAMAT!!

1 ulasan: