Selasa, 4 Mac 2014

SENGATAN SELATAN

antara 5 kaset yang aku order serentak ini satu2nya kaset yang masih dalam keadaan elok, dan tak perlu melalui proses pembersihan.sebenarnya aku tak akan tahu akan keujudan rilisan ni jika aku tak terbaca dalam blog berteromber cerita mengenai kaset kompilasi ni. bila saja aku terlihat dalam list kaset yang dijual tertulis sengatan selatan aku terus pilih sebabnya aku yakin kaset sengatan selatan ni kompom yang aku perna baca kat blog berteromber.

sengatan selatan ni adalah kompilasi yang membariskan band2 dari selatan tanahair johor. menghimpunkan 11 band,setiap satu band mendendangkan satu lagu,apa yang menariknya kaset kompilasi ni ianya memuatkan pelbagai genre bukan saja genre metal,ianya boleh dikatakan band2 underground disekitar johor,mungkin banyak lagi kot band2 dari selatan tanahair yang belum masuk dalam kompilasi ni,atau adakah ianya ada chapter 2,ntahlah..


band yang telibat dalam kompilasi ni seperti narsamun, logam, firestarter, unvield, purnamarjuna, tandus, kharabanazak, webcrusher, atrocious, the toyols, terkutuk. ada antara band yang baru aku tahu setelah mendapat kaset ni,band yang aku sudah ketahui pula band seperti logam sudah semestinya mereka ni aktif bermain gig disekitar kuala lumpur tahun2 lepas,dan perna menyaksikan band ni beraksi untuk beberapa kali.band narsamun ni pula memang tak payah diperkenalkan lagi lah dorang ni kira band lagend juga,aku budak baru ni pun dah mendengar cerita2 band2 ni..tandus pula satu2nya band yang aku teringin sangat nak memiliki ep mereka logam maut,sampai sekarang aku tak berkesempatan lagi untuk memilikinya. atrocious ni aku memang respek memainkan irama black metal,perna tengok mereka beraksi sekali di penylane,dengan gaya black metal kental perghhh memang salute,aku perna bergambar ngan band ni hehe..itu saja kot yang lain2 tu macam biasa lah baru aku ketahui.

untuk band lagu pilihan aku dalam ni aku pilih band kharabanazak yang memainkan irama black metal hutan.sound betul2 mentah dengan adunan irama black metal. dan juga band atrocius mereka juga ni main muzik bm gak i like itt!! haha untuk band2 lain aku tak dapat hadam sound mereka sepenuhnya,aku kan minat black metal hahaha bias sikit..

aku rasa rilisan macam ni memang patut di perbanyakan,ini adalah kompilasi kedua yang menghimpunkan barisan band dari satu negeri yang aku miliki.satu lagi rilisan dari pahang gegaran metal tok gajah,sayangnya cdr gegaran metal tok gajah tu tak diselitkan sejarah band2 yang terlibat seperti kaset ni.


ohya  hampir terlupa kaset ni rilisan tahun 2002 diriliskan oleh muzik box production dengan harga asal rm14.50 hehe. aku dapat ni dengan harga rm40 untuk 5 kaset.

6 ulasan:

  1. Bagus rilisan sengatan selatan ni..aku punya kaset pun dah jahanam..mmg dah takda jual lagi dah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bro. bayangkan lagi 10tahun memang dah jadi rare kaset ni.

      Padam
  2. seingat aku la kaset ni aku beli masa mula2 keluar dulu 2002, kat gig jb masa tu beli dgn Fadzil Muzik Box, band yg main time tu seingat aku narsamun, logam, firestarter, tandus, kharabanazak. ingat2 lupa dah hahaha. time tu band2 metal joho memang naik time tu, pastu hilang hehe. btw UG metal band joho fav aku- TANDUS & NARSAMUM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun 2002 aku baru tinggkatan 2 dan tak kenal metal lagi hehe..

      Padam