Selasa, 12 Ogos 2014

TRIVIUM - VENGEANCE FALLS


cd ni aku beli dengan harga rm9 ja, beli kat cash and converters bukit tinggi, kedai ni kira jual barangan terpakai, selalu juga aku singgah ke kedai ni,sebab bersebelahan saja ngan bank tempat aku ambil gaji huhuhu.. cd dvd memang ada jual, hari tu aku kesana, terkejut juga aku stok baru sampai tersusun kat rak, dengan perasaan teruja aku pun selongkar tengok, kot2 ada cd2 best, ada yang baru ada yang tepakai cdnya, berbagai jenis muzik ada kat kedai tu.

ok bercerita pasal cd ni, aku sebenarnya beli saja2 tak mengharapkan sound yang mantap, disebabkan nama band ni kira ada tercatat juga dalam otak aku, makanya album ni aku sambar, sampai rumah aku play.. perghh!!! ianya amat mengujakan, sound tak ya cakap, walaupun aku tak tahu lagi jenis apa muzik yang dorang main ni, aku jangkakan metalcore dan heavy metal, tak sempat aku nak google metal arkib, line cam siput huhu.. aku inbox kawan aku tanya band ni main apa, katanya new age of american heavy metal, apa2 sajalah, bila aku google tadi ohye mereka memainkan irama metalcore, thrash/heavy metal, memang benar jangkaan aku..hahaha..

aku dapat album ni buat pertama kalinya aku mendengar lagu trivium ni, jarang2 juga lah dapat album 100% layan, untuk album ni aku boleh katakan ianya amat memuaskan halwa telinga aku, kelajuan sound serta vokal yang berselang selih grow ke clean, memang sempoi, best giler album ni kata hati ku, terhibur sangat aku dengan muzik dalam album ni, kiranya aku jatuh hati pada pendengaran pertama pada band ni,

ohya, ada beberapa keping cd aku beli kat kedai second ni, nama saja second tapi cd2nya masih berbalut,  import lagi tu.. aaaarghhhh bersambung entri lain kbai..

8 ulasan:

  1. Cash converter kat umah aku yg dekat ni pun aku tak penah pegi pun..hehehe.trivium ni Kira popular jugak la..Matt heavy la paling glemer

    BalasPadam
    Balasan
    1. selongkar saja mana tahu dapat cd2 metal, cam aku ni ada beberapa cd yg best2 aku dpt,

      Padam
  2. tak berapa tau sangat pasal Trivium...tapi kalau aku jumpa harga RM9 memang aku pun borong....

    Cash Converter JB tak best...susah nak jumpa cd rock...lagu cina banyak la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama dah aku perhati cd kat kedai ni, kali ni banyak gak album2 rock metal.. haha..

      Padam
  3. wahhh...berbalut lagi ya.berbaloi tuh.aku pon baru nih ade sambar cd kat cash n converter wangsa maju. Cash n Converter yg ko pegi ni kat dalam Jusco Bkt Tinggi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cash n convert ni kat bandar bukit tinggi bro, bukan dalam jusco, rumah kedai bersabung ngan bank dan macam2 kedai lagi, kat sebelah giant..

      Padam
    2. oooo keh.sebelah giant ek.nanti aku cekidaut.sabtu ni aku balik rumah mertua kat klang.

      Padam
  4. harga standard utk cd2 berlabel imported mencecah rm40-50

    kalau aku jumpa harga mcm ni pun mmg aku rembat

    trivium, disebabkan bandmates suruh cover lagu lama diorang (anthem) terpaksa aku buat homework juga

    BalasPadam