Jumaat, 30 Januari 2015

Penantian / SEARCH - manusia oh manusia.

HARI ini mau luahkan sedikit perasaan gundah gelana kecewa dan ntah apa2 lagi yang bermain difikiran bisikan hati suara2 halus, pertama sekali kan, selalu aku order barang, kalau aku tak tunggu ianya sepantas kilat saja sudah sampai rumah, bila aku tunggu sesuatu bungkusan tu kan, ianya macam nda mau mendarat, pelik juga aku, bukan pertama kali begitu, selalu saja. sebab tu aku kadang2 nda mau fikir benda yang order biar mendarat sendirinya ke rumah. tapi manusia macam aku ni nda kesabaran bila sudah rasanya aku nak tatap gengam benda tu, aku akan rindukan, kalau boleh aku akan bawa sampai ke mimpi, ianya perna terjadi.

tak tahu  lah apa kena ngan poslaju skg ni, kadang2 tu laju saja, kadang2 tu lambat macam pos daftar, macam gambar diatas tu, ingatkan selasa sudah sampai, rupa2nya dorang peram lama2. harap2nya hari ni mendarat lah dengan selamat. satu perkara lagi aku nak luahkan dalam blog ni, berkenaan dengan sikap segelintir pengirim ni, dorang ni kadang2 tak tahu betapa penting nya no tracking tu. kalau tak bagi macam mana nak tahu barang  tu kat mana kan., setahu aku lah kan poslaju ni dijamin sampai esok. kalau kena macam skg ni, lagi2 pengirim tak bagi no tracking, bila di msj "barang belum sampai, kamu sudah pos ke belum" trus sentap, sedangkan benda tu dia punya salah, kan elok lepas pos tu, snap gambar borang tu bagi kat mana2 saluran msj yang berlambak skg dalam henpon, sangat mudah dan tidak menyusahkan penerima. dia boleh sendirinya melihat dimana keberadaan bungkusannya.

sebetulnya benda2 begini aku tidak jadikan isu besar, kalau masa mula2 aku berurusan dulu kan, lagi sandik, hari2 cek mailbox, risaunya tuhan saja yang tahun, kalau aku fikir2 kan, memang aku boleh senyum sendiri, tak habis2 aku mesej si pengirim tanya betul ke kamu sudah pos, sedangkan kalu diikutkan pos lambat ni, paling lama seminggu, aku mana tahu kan benda2 ni, 1st lah katakan masa tu, hahaha ada yang sampai muak dengan mesej aku. lama kelamaan ok sudah faham system pos ni, jangan terlalu mengharap sangat, takut nanti menyiksakan.

ok andai, terjadi macam pos skg ni, dokumen tu sangat lah penting untuk dikemukakan pada mana2 lah kan, contohnya surat kursus kawin. macam perna aku alami suatu masa lalu, aku bersiap2 nak g kawin kat kampung halaman ni, sampai saja sana semua dah urus tarikh dah di tetapkan, tiba2 cek punya cek, surat tu tertinggal kat semenanjung tu, seingat aku lah, ada dokumen lain lagi dalam sampul tu. memang stemby untuk proses kawin lah senang cerita, nasiblah kan abang aku ada kat sini. aku call suruh dia poslajukan sebab benda tu mau guna. nasiblah penghantaran poslaju tu, menepati jangkaan, ianya sampai sehari saja, kalu sangkut macam ni maunya total gilababi jadinya. hurrmmm.. itu sajalah ceritanya.

ni pula aku nak tanya sapa2 lah boleh jawapnya, aku terbaca ni kat komen2 satu gambar, gambar tu banyaklah kanak2 pendatang tampa izin ni kan, lepas yang komen2 ni memaki tak tentu pasal, mereka ni tak sedar kah yang mereka kata tu manusia juga kan, ni bukan sekali dua aku baca, tapi memang satu suku ni memang anti sangat ngam pati, aku pun tak pandai juga dalam urusan pati bagai, ni, dulu masa kecik2 pun rakan2 aku kebanyakannya orang2 pati ni, bukan semuanya jadi penjahat, ramai diantara mereka ni bekerja cari duit halal, aku harap2 lah kata2 mereka tu, mengata kanak2 tu sampah, apa segala, baik sedar, dunia ni sementara saja, esok2 mati juga. bukan sokong pati ni, aku tgk di kl saja tu, berapa ramainya kan, tak ada pun orang kl buat page segala anti warga asing, hmmm oklah salam jumaat semuanya. 

Sabtu, 24 Januari 2015

Putrefied remains - Novus Ordo Seclorum

kaset yang dalam radar aku untuk dimiliki ni akhirnya mendarat semalam, putrefiead remains ni salah satu band yang terbaik soundnya dari malaysia yang aku dengar, aku malas nak membandingkan dengan band2 luar, bagi aku, aku lebih suka dengar band2 local, itu yang aku utamakan, aku sudah memiliki, ep single dan split band ni, disebabkan tahun lepas bajet agak tersasar jauh, maka semua item dalam list di hold dan dibawah ketahun ni. salah satunya kaset ni.

tak mengharapkan super album untuk kaset ni, sebab aku ada dengar dalam utube promonya, ianya agak kurang memuaskan soundnya, kalau nak dibandingkan dengan rilisan yang ada pada aku, tapi itu satu lagu saja, aku pun letakkan dalam list akhir lah kaset ni untuk aku miliki, bila aku lihat yang kabarnya kaset ni tinggal beberapa keping saja kat label yang rilis ni, cepat2 terus aku transfer kan duitnya, pagi tadi aku tgk fb, dah sold out kat label yang rilis kaset ni, bermakna kaset ni tinggal ada pada distro2 sajalah.

taip banyak2 pun kalau tak ada point tak ada makna kan, tapi apa aku kisahkan dah aku minat menaip ni nak buat cemana, oklah, ni menyentuh terus pasal album ni, pertama sekali aku nak fokus pada kulit albumnya, ehh kenapakah bleh senget macam tu, nampak cam kurang menarik, aku rasa dorang ni sengajakan buat macam tu, sebab nak sorok mata satu ngan logo bintang berbelit tu huhu, kurang cunlah nak dipandang kulit albumnya, kalau buat logo tu kecik kan cantik, ni separuh saja. itu pasal kulit albumnya aku memang kurang berkenan, beli saja buat koleksi, klu dah sold out padan muka.,

tentang muzik yang mereka hidangkan.8 lagu dalam kaset ni, mulanya aku ingatkan kaset ni tak pro kaset musti sound tenggelam, cis.. play sajakan muziknya tenggelam aikkk, aku off balik, dan aku lap headtape, lepas tu..wow.... barulah sound cun, mengasikkan, aku terus memfokuskan kepada alunan yang terhidang dalam album ni, ianya sungguh mengujakan aku, apa yang aku sangkakan dari mula beli, melihat kulit albumnya yang senget tu, terus padam, dan ianya membuatkan aku wowwww sayangnya kenapa aku tak beli awal2 kaset ni, muzik yang mereka hidangkan sungguh mempersonakan halwa telinga ku, tak tahu nak kata apa, kalau aku beli kaset ni tahun lepas mungkin ianya akan aku listkan sebagai album terbaik.

baru pertama kali dengar terus masuk, melodi dengan sound yang agak kelam, suara dalam ni agak kehadapan sedikit banding ngan rilisan awal mereka, tapi ianya masih kedengaran asyikkk.. dengan alunan solo2 gitar yang manambahkan lagi kesuraman lagu2 dalam kaset ni. ianya total best album kata hati ku, peduli apa yang orang kata, aku suka album sangat suka dan aku teruja gila2 semalam, pagi tadi lepas subuh, aku stemby play balik kaset ni, memang terbaik, semalam saja 3x play sampai aku tertido, inilah aku katakan album yang best, tak payah pecah kepala nak menghadam lagu2 yang terhidang, alangkah bestnya kalau lirik mereka sertakan macam rilisan awal. mungkin aku bleh nyanyi bersama sambil pegang inlay nya.

itusajalah cerita kaset ni, kalau orang tanya aku kaset ni best, aku akan jawap best gilababi. begitu juga kalau ada rakan2 baru yang nak dengar sound yang best dari malaysia, aku akan syorkan band ni. dapatkan kaset ni sebelum ianya pupus dipasaran, kalau rilis cd rasanya aku akan beli, sebab album ni best.
gambar kat bawa ni rilisan mereka yang aku ada, dan aku akan pastikan kalau band ni beraksi dekat2 ngan lokasi tempat aku akan turun dan support. kbai

EP / SINGLE kaset / split ngan band died / album baru. 

Jumaat, 23 Januari 2015

Terbaik dari langit

ni aku nak cerita filem yang aku tengok semalam, selepas aku lihat komen2 yang mengatakan filem ni terbaik, ngam time ming pula semalam aku p pasar malam, hehe jacksparow berleluasa, aku memang jarang sekali turun tgk wayang, masa becinta betunang dulu, kalau bleh tiap2 kali jumpa tgk saja apa wayang yang main.

aku tak baca snopsis filem ni, main pasang dan terus limpang tgk, memang mengujakan jugalah, dah lama aku tak beli filem2 ni, dalam beberapa minit pertama bagi aku macam filem yang biasa2 saja, lah tiada yang menarik pula, tapi makin lama makin sok juga aku menontonnya.

mengisahkan 3 orang sahabat baik zaman sekolah menengah tambah satu orang lagi kawan yang terpinggir, berempatlah senang cerita, dorang ni suatu masa lalu perna, terlihat UFO kononnyalah, berg lakunan bron palare, seorang penagih dadah rasanyalah, bagi aku lah kan aku tgk dia macam ambil dadah, lepas tu dia berkhayal terbang ke galaxsi, nampak macam mengarut, tapi begitu lah yang penagih dadah rasakan, selepas 15 tahun berlalu, dorang ni sudah besar kan, jadinya dorang mau buat filem cerita pasal ufo, sambil mengembara sambil cari ufo.

jalan ceritanya agak biasa2 saja, cuma dari segi latar belakang memang terbaik, banyak tempat2 menarik dalam ni, ohya aku teringat filem muksin bila dah lihat cara2 pengambaran filem ni, ianya amat sama rasanya, cuma bagi aku filem ni, ending kurang menarik lah,

filem ni kalau dengar muzik, boleh lah aku katakan seolah2 mendengar muzik ambiet, watak2 dalam ni, tak ramai hanya mereka berlima saja, watak sampingan tu kira penambah seri filem sajalah. oklah kalau korang peminat filem yang perlukan kesabaran dan memelurkan otak kita berfikir, lihat lah filem ni., aku bagi 6/10

Khamis, 22 Januari 2015

Sil khannaz Rockumentari

pada suatu hari yang sudah lalu, aku buka fb kan lepas tu aku terlihat lah gambar vcd ni di wall, dengan harganya rm20 sekali poslaju katanya, mulanya aku macam biarkan saja berlalu, tak berminat, tapi bila aku fikir2kan, macam best saja kalau aku beli, aku g buka utube, taip tajuk vcd ni, ada dalam utube dokumentari ni, tgk dalam beberapa minit, kata hati ku oh, yang nikan aku sudah tgk lama dulu, kawan aku punya dia ada beli vcd ni. lepas tu, aku p tekan kat komen PM huhuhu.. dapat terus msj dan aku terus kan deal, walaupun hati ku berbelah bagi nak beli ni, sebab ni tak ada dalam perancangan aku utk dimiliki tahun ni. alang2 mandi basah kan mana tahu aku boleh lengkapkan koleksi sil khannaz haha.

aku memang nak taip panjang2 disetiap entri tahun ni hahaha... oklah mari aku ceritakan apa ada dalam cd ni kan, kalau korang malas nak g tgk kat utube, ianya dokumentari lebih kepada memperkenalkan sil khannaz kepada mereka yang tak mengenali mereka, soalan2 pun santai2 saja, yang menariknya ada video klip beberapa lagu2 sil khannaz, mungkin juga vcd ni, nak bagitau yang sil khannaz ni bukan lah seperti apa yang dikatakan oleh2 mereka2 yang timbulkan isu keblackmetalan yang perna panas dimalaysia.

apalagi yang menarik tentang2 vcd ni, hmmm rasanya macam tak banyak menarik, dibeli lebih kepada ingin memilikinya saja dan dibuat koleksi. oklah itu sajalah yang dapat aku taip, aku rasa cam krem sudah otak ni tak dapat nak fikir apalagi yang nak ditaip dalam entri ni hahaha. ohya korang ada tgk video klip zamani tu, kesiannya dia diperlakukan oleh polis macam tu.. hmm harap zamani saman orang yg upload video tu kan, yang ni cerita tiada kaitan ngan vcd tu., oklah tamat....

Rabu, 21 Januari 2015

Brain dead - From the ecstacy (KASET)

terbaik lukisan ni, anak aku suka tengok,haha

aku nak cerita pasal bungkusan yang mendarat sabtu lepas, yang berisi kaset brain dead from the ecstacy, album yang cukup cult dalam pergerakan muzik metal malaysia, diriliskan 23 tahun lepas, ohya ini bukan lah pertama kali album ni diriliskan semula dalam format kaset, setahu aku ada versi kaset lain, tahun lepas dikabarkan oleh pemilik thrashingfist dalam fbnya yang mengatakan akan merilis semula album ni dalam format cd, untuk kedua kalinya terhad, dengan menggunakan cover depan yang berlainan.

aku kurang teruja juga sebab aku dah memiliki rilisan yang pertama dan juga versi cdr yang aku beli kat camble suatu masa lalu, satu lagi split ngan abhorer tu pun sama saja lagu2nya, aku abaikan saja berita tu, tapi dalam hati aku kalau ada bajet lebih boleh lah beli untuk disimpan jadikan koleksi.

bila rilis cd tu, dikabarkan pula akan rilisnya versi kaset, yang ni kabar gembira dan aku teruja mendengarnya, sebab aku tak memiliki lagi versi kaset untuk album ecstacy ni, hujung tahun lepas diriliskan terhad 200 pcs saja, dan aku dikabarkan 100 pcs pertama sudah sold out, tampa banyak fikir baik sambar cepat, nanti abis nak berangan pun tak ada guna. haha

kaset dan cd bagi aku lahkan memang ada bezanya dari segi feeling sewaktu mendengar tu, mendengar kaset ni agak seronok rasanya sungguh mendamaikan jika nak dibandingkan dengan versi cd, tapikan ada satu problem juga lah kaset ni, kena rajin lap headtape, kalau tak sound timbul tenggelam., semalam saja aku pasang kaset ni, hampir hancur tali kasetnya, calar, nasiblah aku menyedarinya, kalau tak kena beli lagi kaset baru, mungkin dalam 5 saat tali kaset berombak aaaarghhh!!!.

dalam inlay kaset ni ada interbiu ngan ein vokalis band ni, yang menampakkan tanda2 akan adanya rilisan baru yang akan menyusul tak lama lagi., aku berharap sangat2 band seperti brain dead ni meriliskan album baru, kalau dulu2 memang faham lah susahnya nak dapatkan deal buat album, sekarang ni, lihat saja band2 baru, berlumba2 rilis album demo apa saja, tak kiralah sound hancur, janji ada rilisan huhu.


kalau lah lagu2 dalam ni berlainan alangkah indahnya, ataupun ini adalah album2 yang  diriliskan brain dead, tapi sayang, lagu2 sama saja. diambil dari album yang satu, warna hijau tu tribute untuk mereka.

oklah itusajalah catatan buat bungkusan dan kaset ni. kbai.

Isnin, 19 Januari 2015

Insultor - Demonic Session


band jahat kata2 kufur..haha.. kalau nak bercerita pasal band2 jahat di semenanjung ni, rasanya agak kurang, banyak band2 mengaku black metal, tapi ianya lebih kepada muzik saja, tidak kepada imej mereka, dan insultor adalah salah satu band jahat yang ada di semenanjung, dari lagu ke imej mereka, mereka ni bagi aku band yang agak rare juga di semenanjung ni, jika melihat scene sabah sana, mereka berlumba2 nak buat band yang paling jahat total kata2 kufur, bukan takat lirik, gaya hidup mereka pun dah menampakkan kejahatan mereka, total respek aku untuk muzik mereka.

disemenanjung ni boleh kira dengan jari kot band2 berhaluan kiri ni haha.. aku jenis yang suka band2 ada unsur2 jahat ni, ntah kenapa, bukan aku nak puja cuma aku tertarik dengan apa yang mereka bawakan, bilang orang sekali jadi jahat terus saja jadi jahat, kalau jahat panas2 taik ayam baik tak payah kakaka... selain dari band insultor ni, ada band satu band lagi yang aku minati, black abyss dorang ni pun band yang berpaksikan kata2 kufur, tapi pada lagu sajalah, ohya salah satu pengasas insultor ni, bermain dalam black abyss ni.

oklah itu sedikit info yang aku tahu lah, bercerita pasal kaset ni, ianya rilisan hujung tahun lepas, saja aku tak sambar awal sebab aku rasa sempat kot, dan ramalan ku benar, aku sempat memilikinya, kaset ni diriliskan terhad 66pcs, tambah duit pos rm6 jadi 6 6 6, wakakaka no setan mengikut kiraan aku..total rm16 sekali pos, kalau aku tunggu gig 8/2 ni takut kaset ni akan pupus dipasaran, sebab band2 jahat cam ni ramai penggemarnya, ditambah2 lagi diriliskan dalam format kegilaan remaja masa kini, kaset rules beb...

mendarat sabtu lepas, ntah apa yang tak kena dengan poslaju sekarang ni, nak masuk 3 ke 4 hari juga dibuatnya aku menanti, nasiblah ada no tracking kalau tak susah lah hati dibuatnya. untuk muzik dan lagu dalam kaset ni, insultor menghidangkan 6 lagu, 3 lagu baru dan 3 lagu lama yang dipetik dari demo split mereka, side A 3 lagu baru, yang soundnya agak melampau bisingnya, bagi telinga aku yang tak seberapa ni, agak keberatan untuk menghadamnya, tapi boleh diterima akal, sebab mereka memainkan muzik black metal kata2 kufur, persetankan melodi tu, janji sound like pure 666 gitu.. memang gilababi lah kan kalau sound dah macam haram, tapi itulah black metal, bukan semua boleh menerimanya, habis saja side A aku teruskan ke side B, 3 lagu lama mereka, ohya perna satu hari masa kl blackfest 2013, aku tanya gitaris band ni tentang rilisan mereka ni, masa tu aku baru tahu yang band insultor diterajui oleh mereka2 yang total pure life black metal alcoholika.. jawapannya dorang memang perna buat lagu tapi hanya diberi pada rakan2 terdekat, tak sangka pula 2014 dorang menganas dengan begitu evilnya, dan meriliskan demo setan ni dengan penuh kebencian fuck off kata mereka..

sambung balik cerita side B, 3 lagu ni memang best banding ngan 3 lagu pertama tadi, bagi aku sound 3 lagu ni agak stabil bunyiaan berbanding dengan 3 lagu side A, aku menyukai feel lagu yang dibawakan dalam 3 lagu lama ni, ianya kan rakaman lama, mungkin juga orang yang berbeza ntahlah, sebab aku rasakan 3 lagu ni berbeza dengan 3 lagu baru tu. aku harap mereka ni mengurangkan sikit bising dalam sesi rakaman mereka, tak masuk akal, jika sesebuah lagu tu bising dengan sound yang laju itu boleh diterima akal, tapi jika lagu tu temponya agak perlahan baik turunkan saja bunyinya, takut feeling tu tidak ada seperti 3 lagu lama ni, faham tak maksud aku ni, tak faham baik dapatkan kaset ni, baru nilai sendiri, tapi band kejam macam ni mana peduli cakap orang dorang buat apa yang dorang suka, yang tu buat mereka menarik minat aku ni.. haha

oklah di akhir catatan ini, aku nak tengok kebuasan mereka ni digig flayer tepi tu. 8/2, jangan pula macam klblackfest beria2 aku nak tengok satu lagu dah turun stage, mabuk gilababi... oklah teruskan kejahatan kalian tengok sampai mana endingnya jajajaja.


Jumaat, 16 Januari 2015

Sil khannaz - Conception of madness


Album ni  sangat penting dalam pergerakan muzik bawah tanah negara kita, setiap kali diceritakan sejarah muzik dan band2 bawah tanah khususnya muzik metal, pasti saja album ni akan disebutkan, album ni bukan lah era aku, ianya diriliskan 22 tahun lalu, aku masih menyusu ketika itu, bayangkanlah kebuasan mereka, dari gambar2 lama dapatlah aku bayangkan suasana era masa lalu, album ni adalah album pertama band sil khannaz, yang pastinya kesemua metalhead malaysia sudah tahu akan album ni. aku nak ceritakan disini, tentang album ni, sebelum rilisnya digipack ni, aku memang ada memasang niat untuk memiliki album ni, disebabkan rezeki tak ada, selalu saja orang beli, makanya ianya menjadikan album yang sukar untuk dimiliki oleh ku, tahun lepas 2014 adalah tarikh keramat untuk album ni, bersempena ulang tahun ke 20tahun (aku tgk inlaynya) album ni, ianya diriliskan semula dalam format digipack,.huhu

satu perkabaran gembira juga bagi aku, namun aku tak sempat memilikinya disebabkan bajet untuk bermetal ni amat terhad, dengan lambakan rilisan baru yang diriliskan oleh distro2 dan band2 tempatan, agak sukar juga bagi diriku untuk membuat keputusan yang tepat. sebetulnya aku akan memfokuskan kepada rilisan2 yang rilis amat terhad, seboleh-bolehnya lah.. baru2 ni bos nebiula, membuat promosi utk digipack ni, dengan harga yang mampu milik, rm20+6 masuk pos,  lupa aku harga asalnya berapa, huhu. teringin sebenarnya aku mau rembat terus, bila aku fikir, bos nebiula ni agak lembab dalam mengurus hal2 penghantaran ni, aku melihat dari komen2 saja aku sudah tahu, ramai yang bertanyakan bungkusan mereka. aku ambil keputusan untuk tidak membeli dari nebiula, aku cari kawan2 distro yang ada jual cd ni, yang boleh di percayai system mutu penghantarannya, peduli lah mahal sikit dari harga yang dia beri, jika pengurusan tak stabil baik beli yang mahal, menunggu bungkusan tu adala satu rasa yang tak best bagi aku.

aahhh..persetankan cerita tu, bebalik pada cerita asal ni, bungkusan ni mendarat 2 hari lepas, disebabkan aku tak ada masa untuk mendengarnya dengan tenang dan damai, aku skip dan simpan dulu lah, lagu2 dalam ni ada diantaranya yang aku sudah biasa dengar..setelah ada masa sesuai aku dengar lah dengan begitu terujanya, memang benarlah album ni best, sound yang dihidangkan memang sedap didengar ditelingaku, dalam album ni ditambahkan lagu dari demo kedua mereka, yang tu aku tak nak cerita boleh cari kat entri tahun lepas ada ku trade kasetnya.

tak banyak yang aku boleh komen tentang rilisan ni, ianya cukup dari semua aspek, rasanya lagi bagus dari kaset yang super RARE tu hahahaha,,, letak harga mahal2 ingat album best cam ni orang tak rilis balik, padan muka kalian, buat apa nak beli kaset tu, kalau digipack ni lagi best dari kasetnya, lain lah band pujaan hati ku, wakakaka.. aku memang sakit hati juga kalau memikirkan kaset2 lama ni yang dijual mengalahkan harga sekeping piring hitam, memanglah barang tu purba rare gilababi gitu, tapikan musti ingat, bukan semua yang nak album tu, untuk buat perhiasan, muzik dalam tu kena juga bunyi masih mantap, kalau dah sound sudah turun naik dengan harga yang tak masuk akal apalah gunanya.. aku bukan nak blame harga yang peniaga ni jual, itu hak masing2 kalau tak nak duk diam2, aku memang tak suka nyibuk hal orang ni, tapi bila aku fikir2 kan cam tak masuk akal, makanya dikesempatan ini aku menaip dengan cara biasa ku, apa saja yang kurasakan nak taip aku akan taip, terpulanglah apa korang mau cakap.. hahaha.. super RARE tinggal kenangan beb, aku nak beli sekeping lagi digipack ni, simpan buat stock masa depan, mana tahu ada benda yang nak di tradekan..

oklah ada sedikit info lagi tentang album terbaik silkannaz ni, ianya ada di riliskan dalam format lp kalau tak silap aku, ada juga rilisan cd 2nd versi cover lain yang tak menarik langsung ngan kasetnya. harga 2nd ni pun lepas harga cd import juga, dalam inlay dg ni pula ada di mention rilisan pertama kali ada diriliskan 1500 keping cd, wowww limited masa dulu mana orang minat cd kan, aku tertanya2 siapalah yang ada original cd asal ni, kaset biasa tengok di jual dalam fb tu, berteromber pun ada tu, orang2 lama saja ada kaset2 ni, generasi baru rasanya tak berminat dah utk memilikinya disebabkan harga yang tak masuk akal, bagi aku kalau dibawah rm30 aku sambar, kalau harga rm70 hmmm baik aku beli barang lain hehe..

sekali lah aku ceritakan, apa pandangan aku ngan band sil khannaz ni, ini dari sudut diriku lah ya, aku rasa generasi 2000an rasanya kalau band lokal dorang minat musti sil khannaz, kenapa sebab band ni agak fames juga dalam majalah2 rock tempatan, aku dulu mula2 dengar sil khannaz ni, dari kaset split ngan ftg tu. aku bukan beli kaset tu sebab sil khannaz ni, aku beli sebab ftg, aku memang ada baca juga band ni, dari gaya mereka memang ganas jugalah macam mau jadi cam dorang pula masa tu, lagu2 dalam split ngan ftg tu, semuanya berbahasa melayu dari album gerbang kayangan, satu saja aku minat dengar dalam tu, lagu oh rembulan... mungkin dari sini aku mula suka dengar lagu2 sil khannaz, makanya pada suatu hari aku jatuh hati dengan band ni, mungkin juga ada majalah yang menceritakan asal usul mereka ni, seperti yang aku taip kat atas mula2 entri ni, ingat2 balik masa tu, mungkin sekitar 20o6 atau 07, begitulah..lupa lah aku, aku pun terus beli album2 sil khannaz ni dalam format cd, walaupun pada ketika itu, aku memang tak berminat langsung dengan format cd ni. aku terpaksa beli jugalah masa tu, yang semuanya rilisan duluxe edition, kaset sil khannaz memang rare, nak cari memang payah, ohya masa ni aku belum tahu lagi kedai nebiula. ada juga lah yang aku beli kaset2 masa tu, tapi tak banyak, itu saja yang aku jumpa..

kegilaan aku pada sil khannaz berkurang juga, tak melekat selamannya sepertimana cromok, jadi aku tak jadikan sil khannas band utama dalam radar aku, cukup untuk support yang termampu saja. oklah nak tamatkan lah cerita merapu aku ni disini.. hahaha
album2 unggul yang sempat diriliskan di era emas kebuasan muzik metal di bumi malaysia
gambar kat atas ni, ini sajalah cd kaset yang ada dalam simpanan aku, lepas ni kalau bertemu dengan rilisan yang belum ada dengan harga mampu milik aku akan rembat haha.. ohya, bulan depan atau bulan 3 nanti piring hitam gerbang kayangan akan diriliskan tu, harganya rm90 saja, tergerak pula hati ku nak merembatnya, samalah juga macam lp as sahar tu.. hohoho, kalau dapat bonus kan best, hehe.. oklah jumpa lagi dihalaman berikutnya kbai.

Selasa, 13 Januari 2015

barang trade CDr HEREAFTER THRASH METAL 3 celaka. haha

sampai juga cd ni, hasil trade hari tu, 2 cd berbalas 3, bab harga tu aku malas mau bekira, janji aku dapat cd2 ni, walaupun cdr janji covernya ori hehe,.. ini adalah band thrash metal tempatan, pasti ramai sudah yang tahu kan, mulanya dari one band, kebertiga sekarang ni, apa yang bestnya tentang band hereafter ni, bagi aku ianya mengujakan juga lah, kalau tengok dorang main live pun tak ada sound chek trus main bedal saja, enjoy tgk vokalisnya ni.  3 cd ni sebenarnya aku sudah lama mengidamkannya disebabkan distro2 yang aku terokai sudah tiada yang jual, makanya terlepas peluang utk memilikinya, dulu masa demo pertama keluar sekitar 2007 tak pun 2008, aku menerima flyer pasal band ni, aku ada utus surat utk band ni tapi tak dapat jawapan. aku dah cerita ni kat cd endcient tu..huhu..

HEREAFTER - AFTER TOMORROW demo 2007
yang ni demo pertama band ni, dalam inlay tu ada tulis, redza seorang ja yang memainkan lagu2 dalam ni, suara dalam ni agak malu2 kucing pula aku dengar, belum menampakkan kebuasannya.. haha apapun layan siak cd ni, sampai saja semalam aku terus play mengikut susunan rilisannya, pelik juga tak sama macam dua album yang aku miliki. mungkin ini permulaan kan, skg ni jangan kata tak bestlah dah bertiga sound pun best.

HEREAFTER - A DATE TO REMEMBER demo 2008
yang ni single satu lagu baru, bermula lah era 3 pcs mereka haha.. dalam inlay ni ada 2 lagu saja, tapi dalam cd ada 3 trek tak tahu apa tajuk lagu satu tu, lagu no2 cover song dari judas priest. layan juga lagu single ni..

HEREAFTER - TERRORSTRIAL ep 2009
yang ini mini album. lagu2 dari demo tadi dirakamkan semula, dan ada juga lagu barunya, tgk gambar tu. lagu2 rakaman semula mmg ada bezanya sudah dari segi sound penyampaian vokal mmg sudah buas, macam dengar album mereka..

oklah itu saja cetanya., aku minat band ni ok, aku dah ada rilisan mereka yg dah lengkap rasanya, kecuali split ngan bestial hordes tu, ngan tape peru punya. huhu.. ohya band ni bukan kisah pun apa kita cakapkan, dorang thrash gila2 peduli apa kata orang.. aku cukup respek.. kalau baca interbiunya dalam zine amat lucu siak.. harap aku dapat ni ada kabar gembira tahun ni, mereka rilis album baru ke. rindu juga nak tgk dorang ni live, hari tu dah ada peluang, sayangnya tak dpt pergi.

nota - kalau ada sapa jual split mereka ngan bestial tu tinggalkan komen. hehe.

permulaan yang menarik tahun ni. ohya kalau nak ni cd bleh cari kat jualan muzik berat fb. 

Jumaat, 9 Januari 2015

STORM

Kumpulan storm
kaset ni aku beli hari tu, rm5 hehe.. aku penat2 menyelongkar tiada apa yang menarik, dari balik tangan kosong baik beli seketul, kaset storm ni perna aku tgk ada yg jual kat fb tu, teringin juga nak tahu cemana lagu2 dorang ni kan, aku tgk lirik belakang kaset pun macam menarik juga. aku tak mengharapkan muzik yang woow.. cukuplah sekadar alah kadar gitu.. sampai saja aku di rumah dan playkan kaset ni. soundnya tak lah berat mana dan tak lah pula slow tahap kumpulan2 generasi S, Mungkin band ni mau jadi generasi S tu kali tapi tak menjadi haha,, lagu2 dalam ni mereka cuba sampaikan dengan mendayu2 tapi tak menjadi. aku pun tertanya2 band mana dorang ni ah berapa album yang mereka rilis, kenapalah baru hari ni aku dengar lagu dorang ni, tahu lah kan dorang ni band malaysia, tapi area mana haha.. ok lah cukuplah cerita kaset ni, kalau korang ada info pasal band ni, share lah kat ruangan komen, sebab aku dah google dah tak ada di arkibkan pula album ni.. huhu.. 

Rabu, 7 Januari 2015

Pejabat pos

bungkusan berisi cd untuk di trade./ warna kertas poslaju pun sudah tukar.
cerita hari ini, tadi aku pergi pejabat pos klang, mulanya aku pergi pejabat pos dalan tesco, disebabkan ramai gila orang, aku terus ke ke pejabat pos klang. dekat mini pos sentosa tu, malas lah aku mau singgah, baris panjang2 sampai giliran, bungkusan poslaju harga rm6 tu abis.. buang masa bikin sakit hati.. 

sebenarnya aku mau cerita kenapalah dekat pos yang dalam kedai2 besar ni, tiada kuater yang khas utk pos barang. ini tidak, kena juga ambil no giliran, beratus orang dalam kedai tu menunggu no giliran. bukan semuanya pos barang, kebanyakan dari mereka ni, bayar bil dan macam2 lagi urusan, tiada kaitan ngan pos barang pun. patutnya pos barang ni diutamakan lah sikit. letak seorang untuk proses ni. aku selalu juga pos barang dalam pejabat pos tesco aeon etc, kadang2 kurang orang ok lah laju, tapi kalau kena ramai orang tunggu berjam2 jugalah. kadang tu kita mau beli bungkusan pun kena jeling sudah, kononnya bezi lah kan.. aku faham, dorang memang kerja macam tu, tapi nda adil pula rasanya kita bebaris ngan orang bayar bil sedangkan tempat ni pusat pengoposan nama pun POS MALAYSIA. 

Aku jenis yang malas tunggu lama2 ni kalau boleh biar jauh asal tidak menunggu, penantian satu penyeksaan ohh., aku pun tadi ubah fikiran terus p pejabat pos klang. ni dia punya pusat lah kiranya. tak payah ambil no giliran, terus saja ke kuater, sini memang di khaskan bukan yang macam aku taip kat atas tadi. untuk mereka2 yang bayar bil memang sama lah juga macam kat tesco tu ambil no juga..bagi yang mempos barang senang mudah dan cepat..terbaik dari ladang systemnya.. kan elok mini pos ni buat macam ni. kalau bandar klang ni dekat dari tempat kerja ku, tak apalah juga kan, senang sikit, ni boleh tahan jauh. nasiblah aku bawa motor, kalau tak nak cari parking satu hal. tadi sampai saja aku di pejabat pos klang tu, mpk sudah buat rusuhan ngan lori penarik kereta mereka, ramai yang kena saman tadi. cam ada rompakan pula. 

aku fikir2 juga, kalau aku terus saja ke klang kan senang, tapi kadang2 tu ada masa kurang orang juga di pejabat pos dalam tesco bukit tinggi tu. kalau aku cuti kah memang no hal lah, tunggu 2 jam baru sampai no giliran pun nothing saja.. huhu.. luahan hati ku,. 

Selasa, 6 Januari 2015

Best of SEARCH

OHYE..entri pertama tahun ni, dan juga cd pertama yang aku beli untuk tahun ni, apa yang menarik tentang cd ni, bagi aku biasa2 saja, walaupun sudah lama ku lihat di rak, namun keinginan mau beli cd ni kurang, hari tu aku gi beli lauk, alang2 dah singgah, terus sajalah aku rembat, mana tahu sound untuk cd ni, sama macam sound search terbaik tu kan.. soundnya macam biasa, era 3 album awal tu, cuma yang bestnya cd ni aku boleh dengar lagu2 dari 3 album awal tu, lagI satu yg menarik bagi aku, warna cd ni terang menarik aku jatuh cinta terus.. permulaan yang menarik untuk tahun ni. OK lah itu saja cetanya...