Selasa, 13 Januari 2015

barang trade CDr HEREAFTER THRASH METAL 3 celaka. haha

sampai juga cd ni, hasil trade hari tu, 2 cd berbalas 3, bab harga tu aku malas mau bekira, janji aku dapat cd2 ni, walaupun cdr janji covernya ori hehe,.. ini adalah band thrash metal tempatan, pasti ramai sudah yang tahu kan, mulanya dari one band, kebertiga sekarang ni, apa yang bestnya tentang band hereafter ni, bagi aku ianya mengujakan juga lah, kalau tengok dorang main live pun tak ada sound chek trus main bedal saja, enjoy tgk vokalisnya ni.  3 cd ni sebenarnya aku sudah lama mengidamkannya disebabkan distro2 yang aku terokai sudah tiada yang jual, makanya terlepas peluang utk memilikinya, dulu masa demo pertama keluar sekitar 2007 tak pun 2008, aku menerima flyer pasal band ni, aku ada utus surat utk band ni tapi tak dapat jawapan. aku dah cerita ni kat cd endcient tu..huhu..

HEREAFTER - AFTER TOMORROW demo 2007
yang ni demo pertama band ni, dalam inlay tu ada tulis, redza seorang ja yang memainkan lagu2 dalam ni, suara dalam ni agak malu2 kucing pula aku dengar, belum menampakkan kebuasannya.. haha apapun layan siak cd ni, sampai saja semalam aku terus play mengikut susunan rilisannya, pelik juga tak sama macam dua album yang aku miliki. mungkin ini permulaan kan, skg ni jangan kata tak bestlah dah bertiga sound pun best.

HEREAFTER - A DATE TO REMEMBER demo 2008
yang ni single satu lagu baru, bermula lah era 3 pcs mereka haha.. dalam inlay ni ada 2 lagu saja, tapi dalam cd ada 3 trek tak tahu apa tajuk lagu satu tu, lagu no2 cover song dari judas priest. layan juga lagu single ni..

HEREAFTER - TERRORSTRIAL ep 2009
yang ini mini album. lagu2 dari demo tadi dirakamkan semula, dan ada juga lagu barunya, tgk gambar tu. lagu2 rakaman semula mmg ada bezanya sudah dari segi sound penyampaian vokal mmg sudah buas, macam dengar album mereka..

oklah itu saja cetanya., aku minat band ni ok, aku dah ada rilisan mereka yg dah lengkap rasanya, kecuali split ngan bestial hordes tu, ngan tape peru punya. huhu.. ohya band ni bukan kisah pun apa kita cakapkan, dorang thrash gila2 peduli apa kata orang.. aku cukup respek.. kalau baca interbiunya dalam zine amat lucu siak.. harap aku dapat ni ada kabar gembira tahun ni, mereka rilis album baru ke. rindu juga nak tgk dorang ni live, hari tu dah ada peluang, sayangnya tak dpt pergi.

nota - kalau ada sapa jual split mereka ngan bestial tu tinggalkan komen. hehe.

permulaan yang menarik tahun ni. ohya kalau nak ni cd bleh cari kat jualan muzik berat fb. 

6 ulasan:

  1. Best tengok minat kau cam gini. Kumpul beb kumpulll...

    BalasPadam
  2. demo dgn promo tu aku ada..kualiti rakaman dorg mmg terbaik..tp aku lagi suka zaman band devastator..hehehe

    BalasPadam
  3. Complete diskografi dia la ni ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg ni belum bro. nanti aku snap lain halaman...

      Padam
  4. Blog ni banyak bantu aku info tentang band2 tempatan. Terbaik!

    BalasPadam
  5. best!! HereafteR adalah band yang sangat cool! hahahaha! Ntah bila lagi mau record album argh!!! sangap!!

    BalasPadam