Jumaat, 27 Februari 2015

neftaraka / al azazhil - amidst the deepest of voidness

split 2015
 haha.. bungkusan semalam mendarat, ngam aku dirumah balik kerja setengah hari. terus ada masa melayannya dengan penuh ke terujaan.. teruja sikit saja, sebab aku balik dari servis kereta singgah kat kedai 7e terjumpa buku komik. yang ni nanti aku cerita bila abis baca nanti.ok terus kepada kaset split ni, ini adalah rilisan yang aku tunggu2 juga, disebabkan 2 band dalam split ni, adalah band yang tersenarai dalam list 30 band wajib support. walaupun aku tak punya koleksi lengkap untuk kedua2 band ni. aku baru follow ok haha

split ni menghidangkan 10 buah lagu, side A untuk neftaraka dan side B al azazhil, lagu pertama dari neftaraka from the unknown winds sudah biasa aku dengar, aku ingatkan kaset ni kan macam kaset kompilasi lagu2 lama saja, bila aku perhati ada lagu yang aku tak ada dan tak perna dengar, trek ke 3 judulnya ophoytha, ni lagu baru ke lagu lama, tak tahu lah kan tapi bagi aku ni lagu baru, dan satu lagu cover dari bathory woman of the dark desire. puas hati 5 lagu yang terhidang dalam side neftaraka ni, pure 666 alunan black metal hutan.

untuk side al azazhil 2 lagu pertama, rasanya aku baru dengar, ni pun lagu baru rasanyalah, bagi aku, sebab ini pertama kali aku dengar dari kaset ni, trek 4 dan 3 sudah selalu dengar, aluanannya, dan lagu terakhir cover song dari as sahar, as i seek the anvil, dibawakan dengan alunan mereka sendiri, seingat aku lagu ni dari demo as sahar tak silap. apa yang menariknya side al azazhil, kalau neftraka membawakan raw black metal, al azazhil pula bermelodi sedikit, seperti perna aku taip kat entri2 lepas pasal band ni, dorang ni mempunyai sound tersendiri, dengar saja sudah tahu itu band al azazhil. layan ke 5 5 lagu yang band ni persembahkan..


keseluruhan kaset ni memang berbaloi dengan harga rm21 temasuk harga poslaju semenanjung, dengan disertakan patches, apa lagi dengan sound kedua band ni yang cukup pure black metal bawaan mereka, ianya menghiburkan. ohya seperti sedia maklum rilisan kaset2 tempatan memang cukup terhad. jadi jika sapa2 kawan yang berminat ngan kaset ni boleh kontek casus luciferi di fb nya, label ni meningkat naik dengan rilisan2 yang cukup mengujakan, semoga maju jaya, tak sabar nak memiliki pula as sahar santau 20 year box tu.

Rabu, 25 Februari 2015

layang - layang harimau

harimau terbang / rm1.90 pcs.






bayangkan pemegang tali tu, terlepas dari tangan mizi, dan aku mengejarnya sejauh seratus meter.. nasiblah masa terlepas tu, angin tak kuat sangat, kalau kuat hilang layang2 ni. yang bestnya kan, ada beberapa orang nak terbangkan layang2 mereka tapi tak perna naik. layang2 yang baru aku beli ni, aku duduk saja terbangkan, layang2 sudah naik.. 

Isnin, 23 Februari 2015

9 ketul kaset DARKTHRONE

 aku nak cerita pasal kaset2 darkthrone ni, pertama sekali, sebelum aku memiliki kaset2 ni, aku memang ada rancang untuk membeli kaset2 yang ada jual kat grup jualan fb,di sebabkan harganya yang boleh tahan maka selalu saja aku skip, dan beli barang yang baru muncul depan mata. hari tu aku ada ternampak dalam grup jualan tu 5 atau 6 keping kaset darkthrone dijual dengan harga rm10 sekeping, banyak jugalah kaset2 metal yang dia jual. aku terlalu banyak fikir hari tu, nampak macam tak masuk akal juga kan dia jual kaset2 metal murah, hati aku berbelah bagi juga nak komen nak, aku fikir2 lama sangat, lepas tu aku inbox, katanya orang sudah sapu semua, kiayam betul lah kata hati ku. cakap dalam hati tak ada rezeki kali ni.

sapa sangka malamnya kawan aku mesej aku, katanya kalau ada kawan2 yang nak beli kaset2 darkthrone, aku ngan senang hati tanyalah kaset2 title apa yang dia nak jual, mana tahu title yang aku tak ada ke, haha kononnya aku ni sudah memiliki kaset2 darkthrone kan. sekali dia cakap ada 9 ketul, ngan gambar sekali, pergh!! kata hati ku jajaja.. lepas tu aku macam berminat ngan  2 3 ketul saja, tengok bajet kan, mana tahu kawan ni jual sebiji rm30 ka, bila dia cakap nak jual sekali, rm150. dengan perasaan yang bercampur aduk aku buntu dibuatnya, nak ke tak nak kan,lepas tu aku kira2 kalau ikut harga pasaran sekarang untuk kaset2 darkthrone ni paling murah pun rm30, lain lah kalau nasib macam penjual yang tak kapitalis diatas tu, senang2 saja dia tolak rm10 sekeping.

walaupun berat hati ku nak angkat, bila aku fikirkan balik, sama juga, kalau angkat satu2 lagi teruk bajet kurang2 pun mau rm300. ini sudah 9 ketul depan mata, tak kan aku nak lepaskan begitu saja.tak banyak cakap aku ambil, rm150, esoknya aku bankin kan duit, walaupun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulinya. lari bajet aku untuk bulan ni aargh.

hampir seminggu juga kaset ni baru sampai ke rumah, seperti yang aku perna cerita hari tu, kalau benda yang ditunggu2 pasti liat nak sampai rumah. cuba barang yang tak ditunggu, sehari sudah sampai. poslaju memang teruk lah servisnya sekarang, nasiblah sampai juga lepas penantian yang agak parah, sampai kan mood darkthrone aku pun sudah hilang. tapi bila saja aku pegang bungkusan, ngan tak sabarnya, aku play album soulside journey. ini pertama kali aku dengar lagu2nya dalam format original, jangan tak percaya, aku ada semua mp3 lagu2 darktrone ni, yang aku downlod dari utube gagagaga... tak mampu beli yang ori, tapi aku usahakan, dah minat kan makanya, ada juga yang jual depan mata sekali 9 album penting darkthrone dalam format kegilaan.

kaset pertama memang sangat bagus soundnya, amat megujakan sekali, walaupun keadaan fizikalnya yang sudah lusuh, namun sound masih segar, yang paling aku tak suka, bila mana kaset2 ni ada diantaranya di balut ngan soletep, apa kejadah punya cara ni, aku memang tak suka dan tak berminat ngan cara ni, tak ada keasliannya langsung, kalau ia pun nak selamatkan dari ditelan dimakan zaman, jangan lah sampai balut segala, kalau nampak menarik tu kan ok, ni bila sudah berusia, makanya soletep sudah berubah warna, nasiblah kaset soulside journey ni, boleh tanggal soletep kat kaset tu, selamat. yang lain2 aku tak berani nak buka. pengajaran kaset pertama tadi.

lagi pasal nama empunya pemilik kat kaset, ni pun aku memang tak suka, aku tak akan perna letak nama aku kat kaset, aku ambil maker, trus padam, hahaha ianya milik aku sekarang, dan aku benci melihat nama orang dalam kaset2 aku gagagagaga.. malam pertama aku hanya mampu dengar 2 kaset, dan terus tertidor. esoknya sambung lagi. dan ngam time ming cuti raya cina, makanya banyak masa untuk meneliti kesembilan kaset2 diatas. setelah diteliti diperhalusi, didengari, dibedah apa yang patut. dengan rasminya aku boleh katakan. aku berpuas hati dengan pembelian kaset2 ni. walaupun 5 pcs kotak kasetnya pecah, mungkin disebabkan oleh poslaju, dan juga kawan ni, aku sudah pesan bungkus elok2, takut benda2 cenggini terjadi. apapun nasi sudah jadi bubur.. aku sudah tanya kawan2 kalau2 ada yang jual kotak kaset2 yang kosong. ada kawan seorang ni, dia nak aku ambil byhand, tak ada masa lah nak g sana, kadang2 ja lalu sana, tu pun berbulan2. aku ni memang jenis tak suka tgk kecacatan pada koleksi kaset2 ku.. huhuhu.


ok gambar kat atas ni pula ada koleksi awal aku, ini saja yang aku perna beli, sebab ni aku beli terus depan mata, jaman tidak ada lagi internet. yang paling banyak aku dengar album kompilasi preparing for war. kesemua lagu2nya memang total layan. mentah ngan alunan yang begitu ikhlas.. album ravishing grimness memang total mengujakan aku, sebab ni pertama kali aku nampak dijual di kedai, masa dulu2, tapi sayangnya kaset ni dimakan oleh tape player aku.. rasa kecewa juga, masa dulu aku mana tahu yang daki2 kat head ngan roller tape tu punca tali kaset dimakan. biarpun kecewa, namun aku yakin pasti ada masanya aku terjumpa juga kaset ni, kalau jumpa memang terus rembat. hahaha
 
majalah ni kalau macam aku yang poser ni, sedikit sebanyak dapat membantu, mengenal darkthrone.

pengakhiran entri ni, rasanya aku nak pesanlah kan, kalau2 sapa2 yang nak jual kaset UNDER A FUNERAL MOON, sila lah tinggal kan komen, nanti aku mesej korang.. untuk album2 yang diriliskan dalam format cd tu, nanti2 lah aku berduit, buat masa sekarang layan sajalah mp3, kalau kena masanya, ngan harganya pasti akan ku sambar tampa belas gagagagaga.. kbai.

Sabtu, 14 Februari 2015

METALHEAD MOVIE

HAHA.. aku nak cerita pasal movie ni, ada kawan bagi link kat aku, pastu aku g cari kat utube, tak jumpa pula, tengok online dapat pula. haha. mengujakan juga filem ni pada aku lah, tak tahu pula pada kamu yang sudah tgk.. total masa nya aku ngadap leptop 90 minit..

ceta nya kan memang biasa2 saja, tapi dia punya scene2 tu menarik, dengan latar belakang sejuk2 gitu, ohya rasanya ni era 70an ke 80an trus ke era black metal. mengisahkan keluarga yang tinggal di iceland, ntah mana tempat ni, norway ka, malas mau kaji. haha. mulanya kisah kanak2 dorang ni, lepas tu kan kisahnya baru bermula tau., apa aku merepek ni, menaip sambil dengar lagu dio holy diver kakaka...

begini lah kasih ringkas, pertama scenenya kan, seorang budak pempuan ni g panggil abang dia yang peminat heavy metal, dia ni bekerja adiknya ni panggil lah kan, tapi abangnya buat2 tak tahu, tiba2 terlanggar batu tu traktor, dan abangnya terjatuh, rambut panjang abis lah terbelit rambutnya kat tu pengisar rumput, nah masih berputar tu isi kepala bila adiknya sampai kat tempat kejadian. dari sini lah babak2 trauma yang melanda keluarga ni. termasuk mak bapaknya, memang kehilangan besar lah anak lelaki mati kan.

yang adik perempuannya ni lagi lah tak bleh terima, dia masuk bilik abangnya tu kan, penuh ngan poster antaranya iron maiden, motorhead, metallka, memang sempoilah, adiknya ni trus mendapat tonik, dan membakar baju2nya yang berwarna. dia pakai lah pakaian abangnya yang serba hitam. nampak memang betul2 metalhead lah kan, zaman ni, masih heavy metal lagi, dia masih kecil.

kiranya cerita ni tekanan persaan ngan trauma lah kan. slow ja jalan ceritanya. pelakon utamanya yang perempuan ok, si adik haha. sampai lah dia besar kan, tak ada kawan tak ada boyfren, kira kehidupannya total pada heavy metal.

di pendekkan ceritanya, bila mana muzik black metal dari norway meletus kan, keluar tv pasal bakar tu gereja, dia trus berminat, macam ngam saja dia punya jiwa tu penuh memberontak, dan menyalahkan tuhan mereka atas kematian abangnya. nah.. mulalah seharian2nya pakai corpse paint. nak tahu lebih lanjut aku rasa baik tengok sapa yang minat metal. dia ada bakar gereja tempatnya tau., memang evil, ngan ada pemuzik yang tertarik ngan dia punya demo.

endingnya agak kurang menarik... tgk lah hahaha

Selasa, 10 Februari 2015

baju neftaraka


belakang
baju rasmi neftaraka - raw ist law, keluaran eastern myth records 2015. aku nampak saja flayer baju ni trus order haha, pertama sekali aku memang kurang kan beli baju2 ni, bila melihat design terbaru ni, ianya agak ringkas saja, tapi menarik minat aku. harga baju ni rm40 siap poslaju. disertakan sekali kad yang cantik tu.huhu tak banyak nak diceritakan kawan, aku sekarang tengah menanti bungkusan yang akan menggembirakan ku. hahaha.. itu sajalah k bai.

Selasa, 3 Februari 2015

pembersih head tape / swan alcohol

hari ni aku nak ceritakan perihal alcohol ni. aku ni kira kebaruan ok, tak perna2 dalam sejarah aku berkaset ni aku beli alcohol pengelap pencuci untuk tape player aku.seingat aku bermula dengar kaset ni pada penghujung 2004 klu tak silap, mungkin juga 2005.itu pertama kali aku beli pemain kaset atau tape player. bayangkan dari tahun tu sampai lah sekarang aku tak perna guna benda ni.banyak juga kaset2 aku yang hancur dibelit dimakan oleh tape player aku dulu2, masa tu mana aku tahu daki2 dalam headtape tu boleh mengakitbatkan tali kaset berbelit, lama kelamaan aku sudah mula faham.

sebelum aku miliki alcohol kat atas tu, aku terlebih dulu berexperimen mengunakan macam2 bahan untuk mengelap headtape aku, antaranya yang aku gunakan, baby oil, bedak jonshon, tisu, serta gunting untuk menggoris daki2 yang tebal tu, ianya memang boleh digunakan tapi ada efek jangka masa panjang untuk kaset2. jadi aku ambil keputusan untuk tak gunakan bahan2 terlarang tadi. hanya tisu saja yang aku gunakan hingga kini. tisu dapat membersihkan sedikit saja daki2 yang melekat, daki2 kekal memang payah nak tanggal, jadinya bila sudah ada orang memporomosikan alcohol ni, aku teringin pula nak tray.

harga untuk sebotol ni rm16 termasuk poslaju, aku ingatkan harga ni dah cukup murah, rupanya2 harga asal untuk alcohol ni rm3.90 saja huhu..ada kawan cakap beli kat tesco shah alam saja, malas punya pasal order saja lah, lagi satu kawan aku baru bagitau yang alcohol ni ada jual kat belakang perumahan aku huhu.. tidak mengapalah, lagipun sebotol ni boleh bertahan 3 ke 4 bulan rasanya lah, sebab kerja tisu pun masih digunakan juga, alcohol ni untuk daki yang kekal kat headtape.

cara2 nak guna dia senang saja, celupkan kapas dalam alcohol, gunakan kapas pembersih telinga tu, (apa nama benda ni aku tak tahu.) lepas tu lapkan saja kat headtape tu sehingga bersih, ini pertama kali bagi aku, jadi aku biarkan dulu selama 5 minit baru pasang kaset, takut alcohol belum kering hehe. bahagian besi roller tu, yang tu guna tisu saja pun ok. alcohol ni. seperti yang aku kata, kegunaanya hanyalah untuk daki yang kekal, yang tak dapat nak ditanggalkan oleh tisu muka.

untuk sound pula ianya memang bagus lah, tengok kepada kaset cemana keadaannya, kalau kaset tu bepungus, memang total bunyian akan timbul tenggelam lah walaupun headtape sudah dicuci bersih. sebab utamanya dalam kaset tu ada pungus sudah pasti ianya akan tertinggal kat atas headtape. mungkin satu side saja, lepas side kedua tu ianya lancar sound macam biasa. nahhh aku kan baru gunakan alcohol ni, ada nak tambah apa2 lagi yang aku tak tahu. huhu

Isnin, 2 Februari 2015

D'CROMOK - VII Years VII Days Part II

Ini lah bungkusan yang aku nantikan haha, berisi kaset d cromok. kaset ni tak perna pun aku fikir nak beli, hari tu aku terlihat kat wall fb, terus tergerak hati ingin memilikinya, harga aku bayar rm40 termasuk poslaju. patutnya pos bayar asing, aku minta rm40 saja seller tu setuju. aku ni jarang2 beli kaset yang harga 40 keatas, kecuali lah kaset tu aku betul2 ingin memilikinya. ntah apa yang bermain dikepala aku masa aku deal kaset ni.

bayangkan ada 2 part kaset ni, aku memilih untuk membeli part 2 ni dahulu, part 1 tu aku skip, sebab aku tgk kondisi kasetnya agak membimbangkan. aku tanya harga kaset part 1 tu rm50 boleh tahan juga harganya. aku beli kaset ni, hanyalah untuk buat koleksi peribadi saja, alang2 koleksi cromok aku sudah mau lengkapkan, apa salahnya tambah kaset2 d cromok ni. hehehe

lagu2 dalam ni aku sudah biasa dengar, aku ada memiliki cd kompilasi 2 album  dcromok ni, memang layan lagu2nya, bila dengar versi kasetnya ni kan, rasa feel dia tu lain macam, kejap ja abis satu side.

mungkin tahun ni aku nak beli 3 kaset d cromok ni kalau ada rezeki lebih, nak lengkapkan koleksinya HAHAHA. OKlah esok aku sambung ceta pasal ALCOHOL.