Isnin, 2 Februari 2015

D'CROMOK - VII Years VII Days Part II

Ini lah bungkusan yang aku nantikan haha, berisi kaset d cromok. kaset ni tak perna pun aku fikir nak beli, hari tu aku terlihat kat wall fb, terus tergerak hati ingin memilikinya, harga aku bayar rm40 termasuk poslaju. patutnya pos bayar asing, aku minta rm40 saja seller tu setuju. aku ni jarang2 beli kaset yang harga 40 keatas, kecuali lah kaset tu aku betul2 ingin memilikinya. ntah apa yang bermain dikepala aku masa aku deal kaset ni.

bayangkan ada 2 part kaset ni, aku memilih untuk membeli part 2 ni dahulu, part 1 tu aku skip, sebab aku tgk kondisi kasetnya agak membimbangkan. aku tanya harga kaset part 1 tu rm50 boleh tahan juga harganya. aku beli kaset ni, hanyalah untuk buat koleksi peribadi saja, alang2 koleksi cromok aku sudah mau lengkapkan, apa salahnya tambah kaset2 d cromok ni. hehehe

lagu2 dalam ni aku sudah biasa dengar, aku ada memiliki cd kompilasi 2 album  dcromok ni, memang layan lagu2nya, bila dengar versi kasetnya ni kan, rasa feel dia tu lain macam, kejap ja abis satu side.

mungkin tahun ni aku nak beli 3 kaset d cromok ni kalau ada rezeki lebih, nak lengkapkan koleksinya HAHAHA. OKlah esok aku sambung ceta pasal ALCOHOL.

7 ulasan:

  1. Wow....rm40....dasyat betul harga kaset sekarang ek...lama2 nanti hobi beli kaset ni jadi hobi org kaya la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni kira harga mampu milik. kalau kaset2 rock kapak era 80an, kena sedia rm100 macam tu.

      Padam
  2. uish! saya hanya ada CD je. tu pun ntah kemana hilangnya. adeeeeeehhh... koleksi kena jaga elok2 hahaha... bila dah hilang, menyesal garu celah kangkang pun tiada guna juga huhuhuhu! terbaik bro!

    BalasPadam
  3. wahhh D'Cromok Part 2. aku ada kaset part 1. Boleh kata khazanah metal malaysia jugak ni. Tapi pada aku overall Part 1 sedap sikit dari part 2. hehehe. Kaset mania semakin menggila.yeahhhh

    BalasPadam