Jumaat, 13 Mac 2015

Immolate in the Night Clewoon

cd ni adalah pemberian sahabat yang baru pulang dari sarawak tempoh hari, aku pergi jemput dia g klia, tak sangka pula dia bagi ni cd, hehe. band dalam cd ni pun dari sarawak juga, aku ada dengar band ni dalam kompilasi misantropic sound utk band ni total raw. tapi dalam ni cd, ianya macam bunyi ntah apa2 ntah. cd ni rosak rasanya, takkan lah bunyi rakaman yang hanya kedengaran vokal ngan bass, itu pun sikit2. ada satu trek saja durasi lebih kurang 15 minit. ohya, ni kan cdr, mungkin disebabkan benda ni, sound sangkut2, tak boleh komen lebih2 kan, sebabnya sound dalam ni agak teruk bunyinya. bukan aku kata sound dorang ni teruk. aku perna dengar lagu2 dalam kompilasi kat atas tu. ok saja soundnya, tapi utk cdr ni. memang ehem2 lah kan.. ohya aku dapat button nusantara tu, fuyooo.. aku nak lekat kat jaket aku. HAHAHA. musti rare kan. tapi besar lah saiznya segan juga nak lekat. simpan saja lah buat koleksi. utk stiker tu tak tahu lah aku nak lekat kat mana, hari tu banyak stiker2 free aku dapat lekat kat kereta, habis kena kopek, ntah siapa lah yang nakal sangat g kopek semua stiker hantu2 tu.. mungkin aku simpan juga ni buat koleksi. aku rasa banyak sudah stiker ni, esok2 aku nak bagi kawan baik aku. hari tu dia minta, masa aku sudah lekat semua kat belakang kereta. hurmmm... ok lah yang terakhir pesan ku pada band ni kan, andai mereka terbaca ni entri. baiknya korang rilis saja dalam format kaset, banding ngan cdr ni, sound mentah macam ni tak patut dalam cdr, bukan nak kata tak bagus, kalau nak karya korang tu kekal didengar, rilislah dalam format yang tahan lama. cdr ni bukan semua player boleh main. huhu.. sukses buat immolate. jangan lupa datang kl buat gig.  itu ja kbai.

4 ulasan:

  1. Wahhh cantik cover dia.
    Stickers kalau banyak taruk dalam foto album gitu..

    BalasPadam
  2. dulu zaman2 muda belia memang penuh kereta aku tampal sticker band2 hantu ni...tapi sekarang dah tua2 ni segan la pulak...hahaha...

    BalasPadam