Jumaat, 6 Mac 2015

sumpahan puaka SOICHI

mangaka genre seram terbaik jepun.. ni kira buku komik lah kan haha.. lama sudah aku tak beli buku2 komik dulu2 selalu saja aku beli, yang paling banyak aku beli buku komik naruto. sayangnya banyak buku2 tu kawan pinjam dan tak bagi balik. aku pun sudah lupa berapa banyak aku ada buku komik. sebetulnya buku ni aku tahu dari blog saudara raimi, tak juga aku cari, cuma nya kan hari tu aku g kedai belikan mizi aiskrim, tetiba2 pula terlihat buku ni kat rak, tak banyak cakap banyar terus, dan aku jadi teruja juga dibuatnya...

kisah buku komik ni, mengisahkan seorang budak yang terlampau taksub ngan ilmu sihirnya, walaupun nampak macam kebetulan tapi ada ketikanya dia punya sihir tu menjadi, memang best baca buku komik ni, sehinggakan aku risau untuk menghabiskan membacanya, ianya betul2 mengecewakan aku setelah aku habis baca buku komik ni, kecewa sebab sudah habis, rasa teringin pula nak baca cerita2 nya.

itu sajalah cerita buku komik ni, yang pasti aku suka baca, kalau ada terjumpa lagi siri lain pasal budak sihir ni aku pasti akan sambarnya.k bai.


5 ulasan:

  1. oooo dah alih bahasa ye?
    aku interested la...

    BalasPadam
  2. http://xyruszone.blogspot.com/2013/02/novel-grafik-warisan-puaka.html?m=1
    Penah review jugak pasal komik antu ni dulu

    BalasPadam
  3. aku dulu zaman kanak mmg gemar baca/collect komik..bila dah masuk collect muzik aku dah tinggalkan..cuma start tahun lepas ada sebahagian title yg aku nak kumpul semula sbg kenangan...

    BalasPadam
  4. banyak lagi karya Junji Ito yang bro kena selongkar! hahahaha! terbaik!!

    BalasPadam