Isnin, 31 Mac 2014

CROMOK - IMAGE OF PURITY AND LIVE

image of purity and live
demo image of purity diriliskan semula dengan penambahan 2 lagu live,dalam kaset ni tak dinyatakan tahun diriliskan,mengikut apa yang tercatit dalam metalarkib,kaset ni rilis tahun 1992,selepas konsert sulung cromok di life center 1992,dengan ada nya 2 lagu live,metallurgical dan misty,maka album ni kira istimewa juga dari cromok,album ni aku dapat dari jualan combo hari tu,mulanya aku ingatkan kaset ni yang edisi pertama,rupanya ini pula,ingatkan tak dapat bertemu dah ngan kaset ni,last2 sendiri datang begolek depan mata.

masa memula dapat kaset ni agak berhabuk sikit,ingatkan dah tak berbunyi.selepas aku bersihkan dan play,macam biasa ada bunyi ganjil sikit,namun bila dah play berulang kali,sound dia pun kembali normal. album ni cukup istimewa sebab arwah din ada main kat sini,gambar dia dalam inlay pun ada siap ada sain dari line up cromok,kaset ni keluaran vsp bukan emi,aku ingatkan emi,hehe.. inlay kaset pun menarik,ada gambar2 cromok masa atas stage,mungkin gambar dorang masa live 1992,dan juga lirik disertakan.dan aku heppy dengan kaset ni..

Sebetulnya sekarang ni aku tengah deal kaset image of purity 1991 vsp..namun agak liat juga nak deal,dia asyik janji dan janji,katanya bezi ngan keja,aku pun faham,tapi aku tak kan lepaskan orang2 yang berjanji ngan aku,aku akan tagih juga,kalau kaset lain aku boleh skip,tapi ni cromok,kaset yang last dan pelengkap koleksi aku..dia ingat aku akan putus asa tanya dan tanya dia...sampai dia blok aku baru lah aku tak tagih.. bukan aku paksa,dia sendiri cakap dia nak tolak kat aku,haha..pastu cakap putar belit.. tadi dia ada pm aku katanya dia nak post,tunggu dan lihat saja lah..harap2 akan menjadi milik ku...huhuhu

Khamis, 27 Mac 2014

RATOR - EVIL SYMPHONY 7''

rator
tak payah lah aku nak perkenalkan band ni,bagi metalhead malaysia yang meminanti muzik extrim mesti sudah kenal akan sejarah band ni,yang diwarnai keextriman yang paling kult suatu masa lalu.bagi generasi baru macam aku ni yang belum sempat merasa kegemilangan scene metal dahulu.dan tak berkesempatan memiliki rilisan2 terdahulu,dengan rilisnya 7 inci rator ni,ianya cukup istimewa bagi aku,walaupun aku belum memiliki lagi player untuk benda ni namun itu tak jadi masalah,dan akan diusahakan secepat mungkin.bak kata org takkan lari gunung dikejar..

semasa aku terlihat gambar 7 inci ni dalam fb salah seorang rakan fb aku post,aku tampa banyak fikir terus inbox dan mengatakan yang aku nak rilisan ni,agak mengecewakan juga sebab katanya dia tak jual dan suruh aku kontek label yang meriliskan 7'' ni,rasa hampa aku terubat bila aku terlihat dalam blog extrim yang ada label satu lagi bersekongkol meriliskan item ni..label tu aku cukup kenali dan merangka rakan surat menyurat aku dizaman melinium suatu masa lalu. tampa banyak fikir aku terus inbox dia di fb,aku kenali dia pun sebab aku order barang kat dia juga, dia tahu alamat rumah aku tu,dari situ kami mula berhubung difb saja..''aku masih simpan lagi surat2 kita dulu huhu'' aku cukup respek kat dia ni..kenapa aku tak kontek label satu lagi tu,sbbnya aku masih tak tahu cemana nak deal ngan dia ni walaupun ada link disertakan,seingat aku dulu pun aku pena utus surat kat label afterlife ni dan dapat balasan juga namun aku tak tahu cemana nak berurusan dengannya tak pandai bahhh...

dah macam bukan ceta pasal rator pula hehe..ok lah rator ni aku kenal sama juga macam aku mengenali band lagenda black metal tanahair iatu blackfire.. bernasip juga aku masa aku tebeli majalah dulu,ceta penuh pasal sejarah rator ni.aku terus tertarik dengan kisah2 yang tercatat dalam majalah tu...majalah tu pula ntah dah hilang kemana.

dulu masa aku tak tahu gunakan internet ni memang payah juga nak cari rilisan2 macam band rator,bayangkan saja album pertama mereka yang rilis tahun 2010 tu,aku milikinya 2tahun lepas tu,berentung juga lah dapat cd tu sebab skg ni memang susah nak cari lagi. ohya dalam album tu lagu2 dari 7'' ni ada diselitkan sebagai bonus,ada masa nanti aku catatkan kat blog ni.

ingatkan aku tak akan berkesempatan merasai lagu2 demo rator ni dalam format analog,sangkaan aku meleset bila aku dikejutkan oleh seorang rakan dalam fb yang telah mempostkan gambar kaset rator,aku ingatkan demo asal tu rupanya demo ni diriliskan semula dalam format kaset oleh label dari sabah...aaaaaaaaagrhhh,baru saja aku gunakan duit untuk deal benda ni,baru pula aku ternampak kaset tu,tak apalah aku angkat juga kaset tu sekali,sayangnya 3 kaset yang dia post tu dah berpunya.namun aku berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya,kawan dari sabah ni cuba bagitahu aku cara nak menghubungi label yang riliskan kaset rator tu,bila aku kontek pakai mesej orang tu tak balas.. hampa juga aku,lepas aku bagitahu balik pada rakan aku,nasiblah dia memahami aku dan dia akan tolong aku dapatkannya,apalagi aku terus ke bank untuk bankin duit.. dan aku sedang menanti ketibaan kaset tu aaaaaaaaaarghhh!!!

dulu seingat aku,aku pena cuba untuk membayar demo asal rator dari seorang rakan dalam fb,namun dia pun tak sanggup nak tolak,aku memahaminya kalau aku ditempat dia pun aku tak akan tolak kaset yang menjadi buruan kolekter kaset metal dimalaysia ni..

aku tak bleh nak ceta pasal sound dalam ni,sebabnya aku tak bleh dengar lagi 7'' ni,tunggu aku ada player nanti lah...tapi kalau mengikut lagu dalam album pertama tu,lagu2 dalam demo ni cukup mengancam.. sayangnya lagu2 baru rator tu agak hambar produksinya..sayang sekali... oklah sampai sini saja catatan ni,jumpa nanti kat kaset dia pula pas ni HAHAHA....

LAUNGKAN SEKUAT HATI -  RATOR RATOR RATOR -hahahaha!!!

Selasa, 25 Mac 2014

BRUTAL ALL STAR CHAPTER 2

brutal all star chapter 2
item bulan lepas,satu pembelian yang paling hampa untuk tahun ni,lain yang aku order lain pula yang datang.masa aku deal kat tokofb,dah terang kat gambar tu aku cakap aku nak kaset brutal all star tribute to search,boleh2 nya dia hantar kaset ni,dan satu lagi ckp harga rm10 tambah wang pos rm5,aku p bank in rm20,pastu baki pun tak selit gak dalam bungkusan..hadoiii... nasiblah bulan lepas aku banyak terima benda baru jadinya kemarahan aku tu kurang juga,dan aku malas nak pm dia nak explan balik benda ni,kalau lah masa item ni mendarat masa aku tgh menantinya dengan penuh keterujaan,bila tahu kaset lain yang dia bagi,kompom aku suruh ganti balik..nasi dah jadi bubur,tak apalah,...

mungkin dia ingat kaset ni yang aku nak mentang2 lah aku ckp brutal all star,dia ingat yang ni..pastu baru pula tu,mungkin kalau dia tak selit baki,okey ja,sebab yang aku order tu second,apa2 sajalah. bila aku play dan dengar muzik dalam ni agak hambar,lagu2 lama dibawa oleh band2 metal yang ada nama,bleh lihat nama band kat gambar tu,tak menghiburkan langsung,kecuali koffin kanser,dengan alunan raggeenya.. yang lain2 tu memang amat mengecewakan,dah lah salah kaset,muzik plak tak best...hampa kecewa rasa,cam nak bagi pecah ja..huhu..pastu aku tepikir pasni klu ada kawan nak trade aku ble jadikan ni model.


Isnin, 24 Mac 2014

tunggu masa nak balik jam 5.30pm hari ni

apa aku nak taip ni ya..hehe... aku nak ceta pasal banyak sangat rilisan kuar dalam format kaset dan juga cd dan etc,kawan2 pm aku bagitau dorang nak tolak kaset2 dorang,memang kalau nak ikut kan hati memang nak sambar semuanya,tapi aku tengah ikut plan ni,nak sambar yang kaset2 rare duluan pastu sambar kaset yang biasa2 saja..masalahnya ada kawan ni tak tahu nak letak harga untuk kaset2 dorang nak sale ni,aku kalau boleh aku nak bayar rm10 tiga ketul,tapi segan la pula,bila difikirkan kaset dorang ni kalau jual kat toko maunya cecah puluhan ringgit...malas juga aku nak fikir,,dah alang2 aku menaip ni biarlah aku taip apa saja bermain kat kepala hotak sekarang,keja pun kurang tunggu loceng bunyi saja ni...rasa macam nak berenti keja kat sini,tefikir nak bawa lori,semalam jumpa sepupu aku,dia ceta macam2 pasal keja dia bawa lori,dengar macam best je,..biar pun sepupu aku ni ceta pasal keja bawa lori,sebelum aku jumpa dia semalam aku memang dah plan juga nak keja bawa lori ni,biar lah lepas ni masa aku habiskan ngan lori,sekarang ni memang aku pun macam tak pasti dah keja aku buat ni berkat ke tak,aku ni memang jenis keja kalau ada keja keja betul2,tapi sekarang ni pasaran kreta tempatan terutama sekali proton,memang hampeh,kalau dengar cerita2 bos,memang proton sekarang bukan lagi untuk bumiputra,dorang2 ni dah main politik dah dalam proton tu,,sampaikan tempat aku ni mesin satu saja jalan kekadang tu memang stop,dah 2 bulan memo kuar bulan lepas keja hanya 3 hari saja seminggu,bulan ni pula keja 4 hari semingu,jumaat sabtu ahad cuti..letih juga kalau cuti banyak sangat ni,biarpun gaji jalan,tapi ot memang tak dah dah,,,aku ni harapkan duit ot ja untuk beli stuf ni,kalau dah macam sekarang ni memang terpaksa lah aku hentikan ketagihan aku ni,susah juga nak hentikan hobi ni,malas juga aku dibuatnya,time tak dah duit,memang keinginan tu kurang tapi bila dah dekat2 ngan gaji,macam2 keinginan,ditambah pula dengan barangan yang baru rilis..macam tahu2 ja distro ni,time gaji dekat nak masuk..huhu

lepas tu sekarang da tengok kreator datang mesia lagi bulan depan dorang nak perform,tiket bleh tahan rm150 door tu,kalau nak beli presale dah takut dah,hari tu trauma ngan vokil recod kata nak bawa dark funeral main,last2 hanya dapat begambar ngan dorang saja kat kl,buat malu betul ngan vokill tu.. hujung bulan ni ada gig juga kat solaris,hmmm rasa cam nak pegi,pastu rasa macam tak nak pegi pun ada.. tengoklah sebab aku nak beli kaset lagi bagus sebab kalau aku tengok band2 yang main nanti pun aku dah tengok..sekarang ni bukan macam tahun2 yang lepas gila2 tiap2 minggu trun tengok gig,sampai anak sendiri pun dah tak rapat ngan bapa,syukurlah dh masuk 3bulan aku tak trun gig,hehe...anak pun dah mula dekat balik dengan aku hahaha... apalagi ya masa ada lebih kurang 18minit sebelum balik..dah tak da ot dah,dah bleh agak balik kul 5.30pm.kalau tahun lepas tak bleh nak kata nak balik awal,sebabnya musti ada ot,hari sabtu pun ada sekarang ni memang tak dah lagi dah..mood nak keja pun down,

heran juga aku tempat keja aku ni macam nak tutup dah,kalau tutup kompomlah dapat pampasan itu pun kalau bos tak lari..hehe pena dulu aku keja kat kilang lama tu,bos bawa semua mesin sekali.,datang keja ja,kilang dah kosong...kesian juga ngan membe warga asing,pasport dorang kena bawa sekali oleh bos tu,gaji 3 bulan plak tak masuk,memang sandiklah... tapi aku yakin sekarang ni,bos ni tak kan lari sebab aku tengok kuat ja pegangan agama... loceng 5s dah bunyi lagi tinggal 15 minit,huhu... baru2 ni aku kena ikut sekali training iso/ts 16949:2009...parah juga aku sampai 3 hari dengar orang cerita,wahaha.. sampai kan akak hr tegur aku,heyy zull kamu tido ye,tapi mata aku tebuka wahahaha... akak tu sedar aku tido yang lain2 tak sedar sebab aku tido buka mata kakakakaka... boring kalau ikut training2 ni,macam2 training aku terjoin disebabkan aku keja ni kena ikut sekali training,tak palah bila trainer tu ckp kelayakan mengaudit sekurang2 nya ada spm,wahahhaa aku senyum ja dalam hati,tak palah masa aku masuk keja ni dulu..akak hr yang memula tu lah pandai2 letak kat aku punya job kelulusan spm,sedangkan aku datang tebiu dulu hanya nak jadi operator,,,tapi sekarang ni kurang2 yang datang tebiu tempat aku keja ni mesti ada spm.. huhu..sekarang ni dah pengurusan baru dah semua kena ubah suai,dari bawah hingga lah atas,cuma aku ja yang tak berubah,masih bleh menaip sesuka hati dekat pc ni,dan punya bilik sendiri HAHAHA...

rasa cam nak terjabut gak tangan aku ni,dah lenguh dah.. huhu masa pun dah nak sampai kehujungnya,okeylah ini sajalah catatan yang akan dipost tampa dibaca semula... wahahaha.. 

Rabu, 19 Mac 2014

AL AZAZHIL / OMEN - CONGREGATION OF EVIL

al azazhil / omen
ceta dulu pasal cemana pejalanan deal kaset ni...aaaaaargh!! hampir sebulanan lamanya aku menanti baru sampai,bayangkan saja deal dengan begitu pantas,sampaikan aku sanggup tambah rm5 lagi untuk hantar guna poslaju,disebabkan nak sangat mendengar lagu 2 band ni dalam format analog.. aku cuba bersikap terbuka,bilamana selepas aku bankin duit,aku cuba fikir yang dia akan pos esok macam tu,bila 2 hari berlalu tak sampai juga,aku bukan takut kena ripoff sebab aku percaya ngan distro ni..bila dah seminggu tak mendarat aku pun tanya lah kan,sudah pos ka belum,jawapannya belum..huh,.bila aku pos seseuatu dalam fb yang aku tgh mencari sesuatu,dia pun pm aku katanya dia ada barang tu,dan aku pun bagitau dia ok nanti kasih kompomlah kan bila barang tu ada aku tambah duit lagi dan hantar sekali,namun apa yang aku harapkan tak ada juga...huhu memula tu aku faham lah juga sebab dia dah bagitau masalah teknikal dia hadapi.. tapi jangan lah sampai pembeli supporter ni yang tertanya2..bagi info sikit pun dah memandai ni kita yang kena tanya..apa ceta ni... biar pun duit yang aku laburkan untuk kaset ni tak lah sampai ratusan ringgit namun,harus di ingat lah jika kamu ditempat pembeli dan barang yang kamu harapkan tak dah info sedangkan si pembeli mengharap barangnya akan dipos sepantas mungkin... dan bla bla bla....ohya kaset ni bajetnya rm20 temasuk kos poslaju..harga asal rm15 posdaftar.

okey lah ni ceta pasal kaset ni,kenapa aku teringin sangat nak memilikinya,sebabnya aku nak sangat dengar lagu2 dua band ni dalam format analog macam aku cakap tadi,dua band ni adalah band yang cukup bagus dalam scene underground tanahair,low profil..kalau ditengok dalam metal archive rilisan kedua band ni memang cukup menbanggakan,lagi satu kedua band ni memainkan irama black metal acuan orang kita,aku tak payah susah nak g teroka scene luar negara mencari irama black metal ni..bagi aku dalam negara kita ni pun band2 yang memainkan irama sebegini cukup bagus,dan ada spirit nya sendiri.dan apa yang aku harapkan dalam kaset ni cukup memuaskan halwa telinga ku..memang tepat ramalan ku untuk sound dalam ni,rasanya lagu2 kedua band ni bertambah menghiburkan dalam format analog.

omen band yang berasal dari kelantan,bagi aku ini band yang paling terbaik perna aku dengar dari sana yang memainkan irama macam ni,dalam kaset ni mereka mempersembahkan 8buah lagu satu intro,8 lagu yang cukup mendamaikan hati ini mendengarnya.. irama yang begitu gelap dan pekat..menepati citarasa halwa telinga ku ni aaaaargh!!...ada satu lagu kaver dari langsuyr my oat for thee yang mereka bawa dengan stail muzik mereka sendiri cukup menarik...ada dimention dalam inlay kaset ni yang lagu2 dalam ni diambil dari rilisan mereka hellstorms insurrection..kalau dapat kaset tu pun ok juga.. lepas ni kalau berkesempatan bertemu dengan rilisan mereka ni pasti aku sambar..

al azazhil pula ni band yang berasal dari kuala lipis.. aku cukup suka dengan  stail muzik mereka ni,pertama kali memiliki split cdr band ni pada tahun 2008 kalau tak silap aku,dan ada juga beberapa lagi rilisan mereka yang ada dalam simpanan aku.. bila da ada peluang untuk mendengar lagu dorang dalam format analog ni,apalagi angkat lah..sayangnya hanya 3 lagu saja dalam kaset ni,sedangkan omen 8 lagu,berat sebelah terus,bayangkan saja kalau habis dengar side al azazhil,aku terpaksa rewind kedepan baki tali yang masih separuh penuh kedepan.. kan lagi bagus dorang tak bazirkan ruang kosong tu tambah lagu2 lagi ni 2 lagu saja,apapun biarlah mereka jawap..cacat kaset ni oleh benda tu... 2 lagu dan satu intro dalam kaset ni aku dah dengar satu lagu tu,dah kerap kali,dan aku bleh jangkakan sound dan muzik mereka,..menghiburkan tapi tak puas sebab dua lagu saja....aaaaaaaarghh!!! lepas ni aku nak deal lagi ada satu kaset dorang ni rilis baru2 ni 20 salinan saja,kalau sempat aku beli lah kalau tak berputih mata lagi lah...huhu

kesimpulan kaset ni,memang nostalgikk hampir aku hilang mood dah nak menanti dan aku sendiri pula yang rasa malu sebab asyik bertanya barang dah pos ke 5x!! walau begitu aku akan tetap support distro ni,aku faham lah kenapa kaset ni lambat dipos.. kaset ni pula bukan pro kaset,ianya kaset yang transperat tampa ada nama atau satu pun tulisan kat kavernya,dan kotaknya pula bukan macam kotak kaset biasa yang ni agak kecik,cam kaset promo saja... apapun  aku gembira sebab dah memilikinya sekarang ni. itu sajalah cetanya....

Khamis, 13 Mac 2014

MAJALAH KARISMA #19DEC2011 SELIPARMALAYA ZINE #3 SOYLENT ZINE #1


mari membaca haha....last aku beli zine majalah seingat aku majalah karisma kulit depan hate eternal kali,dan zine pula last sekali virus zine #7.. dah lama juga lah aku tak beli bahan bacaan macam ni.. zine tu aku beli by pos,dan majalah second tu pula by past hehe.. untuk tiga naskah ni aku bajet rm21.80sen, majalah karisma rm1.80,aku terlambat masa ada lelongan hari tu,kalau tak aku dapat sambar semua,yang tinggal hanya search saja ni..kenapa aku tak dapat beli search ni dulu,seingat aku ni musti kat tempat aku ni tak dah jual.. selalu macam tu,kalau nak kejar pun terpaksa g bandar klang,banyak juga aku terlepas isu karisma ni.. btw dapat ni pun dah kira ok dah.. tak banyak menarik dalam majalah tu,rasanya ceta search ngan au revoir ja yang menarik..lain2 tu boring..

zine soylent plak memang menarik,ni aku beli rm20 temasuk ngan selipar malaya zine,siap poslaju..ceta dulu pasal soylent zine ni., zine ni agak menarik,kertas dia pun mantap halus,diperbuat dari bahan kitar semula 100% hahaha...ada 90 muka surat lebih dan dipenuhi ngan intebiu2 hampir 89% intebiu dalam zine ni,dan band2 yang di intebiu pula kebanyakannya band memainkan irama death metal grind noise..etc blek metal tak da huhu.. apapun memang menarik juga soalan2nya,sepanjang aku membaca zine ni aku ditemani oleh jenglot,huhu...rebiu stuf pula kurang. mungkin konsep zine ni memang macam tu kali.. ohya yang ni BI punya walaupun aku ni masih merangkak lagi dalam pengusaan bahasa orang putih ni,namun dapat lah aku fahami juga apa yang mereka bualkan dalam ni.. okey lah.. zine ni rasanyz sesuai untuk penggemar2 filem2 klasik seperti zombie alien ke gore etc,dan rasanya editor yang menginterbiu ni semuanya fanatik filem2 gore alien dan macam2 lagi lah senang ceta zine ni memang menarik.huhu

seliparmalaya #3 ni pula zine berkonsepkan bebas,dari grunge metalcore deatcore etc sampai lah ke blek metal pun ada.. soalan2 yang diajukan dalam intebiu pun  hampir sama saja...dan agak hampar juga sebab tak ada ruangan rebiu stuf..ada juga ruangan yang ceta ntah apa2 dalam tu,aku pun boring nak baca,apalagi ya.. aku tak mau komen lebih2,pendapat aku zine macam ni memang bagus sebab ianya memuatkan intebiu berbagai2 genre muzik dan dapat lah juga difahami cemana scene muzik lain2.. cara dorang jawap soalan2. harapnya klu zine ni dibuat ruangan rebiu muzik lagi bagus.. ambil contoh macam darahhead zine tu, nak kata itulah zine berbahasa melayu abad ini yang paling sempoi perna aku baca.. dari mula buka sudah terhibur belum lagi nak baca terbiu band..memang menggelikan hati,boleh senyum2 sendiri baca cara mengolah soalan2 dengan bahasanya sendiri.. aku harap selipar melaya akan lebih hebat dari darahhead zine.. sukseslah untuk seliparmalaya support zine bawahtanah..teruskan karya anda...

aku ni merebiu konon hahahahaha..sendiri punya blog pun cikai tahap gaban..hahahahahaha... ada juga membe suruh aku join zine dia,suruh aku tebiu band2 besar..huhuhu,,segan nya aku,baru tu dia cakap aku ni kan ada blog..hahaha..dia ingat blog ni untuk merebiu stuf kali..disini aku ingin ambil kesempatan blog ni hanya ceta2 aku saja.. aku ni bukannya ada lulusan dalam kewartawanan, sekolah pun sampai pmr saja huhu.. harap maklum.. 
jadi aku doakan semoga zine2 kalian suksses aku akan support punya lokal stuf dan karya2 bawah tanah semua...

Rabu, 12 Mac 2014

ABHORER - CENOTAPHICAL TRI-MEMORIUMYTHS

abhorer
rilisan yang cukup istimewa untuk tahun 2014 ni yang aku miliki,diriliskan oleh label thrashingfist production.dengan harga rm50 siap poslaju.menariknya lagi rilisan ni,pembeli 100 pcs pertama akan mendapat poster+patches sekali.cukup berbaloi dengan harganya.

aku agak risau juga tak dapat jadi pembeli 100 awal tu,bila sampai saja dirumah bungkusan ni buka saja ianya amat menggembirakan.aku salah seorang dari 100 pembeli awal..aaaaaaagh!!! rilisan ni hanya terhad 500 copy saja,dan tak kan ada rilisan semula lagi. dah sudah pastinya rilisan yang berstatus cult suatu hari nanti.

dalam digipack ni,mengandungi 16 lagu,dipetik dari demo 1989, ep 1993, dan album penuh 1996. bagi generasi baru macam aku ni memang sesuai sangat lah rilisan ni.yang tak berkesempatan memiliki rilisan mereka dulu. thx to thrashingfist untuk rilisan ni.


lagu2 dalam ni aku boleh katakan cukup buas soundnya,dengan alunan yang hampir2 sama disetiap lagu,sound gitar yang kering ditambah lagi dengan suara yang begitu death aaaaaaaargh!! jika nak merasa sound mereka ni jangan berlengah lagi dapatkannya sebelum ianya pupus dipasaran.

Khamis, 6 Mac 2014

DARK LIVE COLLECTION

kaset klasix underground tempatan yang berstatus cult.walaupun aku bukannya lahir di era emas scene tempatan,namun aku rasa bertuah juga akhirnya dapat memiliki kaset ni.

kaset ni aku dapat dari pembelian 4 kaset yang ni kira free lah sebab katanya tak dah cover, mulanya aku memang ingikan kasert ni,bila dia kata tak dah cover aku pun hilang minat nak ambil,aku memutuskan untuk mengambil kaset lain,bila saja lengkap 4 kaset dengan harga rm30,dia kata kena tambah rm4 untuk pos biasa,aku terus kata kat dia aku akan bank in rm40 dan hantar guna poslaju,dia setuju dan suruh aku pilih satu kaset lagi untuk free,aku pun pilih lah kaset dark live collection ni.
 
dark live collection
alangkah indahnya jika kaset ni mempunyai cover.. satu hari aku akan usaha kan cari cover asal kaset ni,kalau ada rezeki tak kan kemana hehe....

ceta pasal kondisi kaset ni pula,kaset ni agak usang masa aku terima,bekas kasetnya berhabuk termasuk lah juga kasetnya,ianya amat mendukacitakan.. aku dapat bayangkan kaset ni dah tak boleh play dan kalau boleh pun mungkin soundnya tak kan kedengaran ataupun berbunyi cengkerik..citt citt citt...

nasiblah aku ni pencinta kaset..cewah!! lalu aku sedaya upaya untuk membersihkannya,bila saja aku bedah dan ingin mengangkat tali kasetnya,hampir2 saja teburai dari gulungan, nasiblah aku mengikut prosedur kalau tak memang dah dalam tonk sampah jawapnya.

setelah selesai aku bersihkan.aku cuba untuk pasang,dengan penuh debaran,mulanya soundnya agak kedengaran juga bunyian asing..bila masuk seminit lebih maka sound untuk kaset ni mula kedengaran normal,sehingga habis satu side aku stop dan aku cuba lihat roller tape player,perghh!! penuh dengan daki baru satu side,dan aku terus membersihkan roller tape player.

selepas beberapa kali dalam beberapa hari aku pasang kaset ni,maka aku dapat simpulkan kaset ni masih boleh tahan lagi,dan ianya masih mempunyai sound yang kedengaran dengan begitu jelas,dan untuk band2 dalam kaset ni aku hanya dapat meneka dua band saja,brain dead dan silent death..yang lain2 nanti aku kaji dan buatkan satu cover sementara untuk kaset ni... harapnya aku bertemulah dengan cover kaset ni. 

cover sementara yang aku buat sendiri,aku tak suka tengok kaset aku bogel haha

CROMOK - IMAGE OF PURITY

image of purity
mempersembahkan image of purity dengan sound yang lebih segar,dan penambahan 2 lagu baru.demo asal cromok di australia,diriliskan semula dimalaysia oleh vsp pada tahun 1991 dan disusuli rilisan semula dengan penambahan 2 lagu live 1992 dengan tajuk image of purity and live (yang ni pun aku dah ada nanti ceta lain kali). pada tahun 2000 album ni di remastered dengan sound yang lebih segar.. dan album ini sudah pun aku miliki sekarang dan ianya amat menggembirakan hehe.. walaupun album ni ada dalam boxset cromok namun feel untuk lagu2 dalam boxset tu tak melekat seperti kaset ini.kat boxset tu tak disertakan lirik,kaset ni pula ada liriknya hehe ada gambar klasik lagi.. mantap!!, sungguh mencengkam kalbu ku.

ceta pula pasal keadaan kaset ni dan soundnya,masa aku milikinya ianya tak lah teruk sangat dan masih kira virgin juga,ada sedikit kekotoran kat bekas kaset dan habuk sedikit,setelah aku buat servis ianya nampak seperti baru juga lah hehe...sound pula memang masih tiptop,amat membahagiakan juga lah,rasanya yang empunya kaset ni dulu memang pencinta kaset,pandai dia jaga kaset.. itu sajalah untuk catatan ini hehe...

Selasa, 4 Mac 2014

SENGATAN SELATAN

antara 5 kaset yang aku order serentak ini satu2nya kaset yang masih dalam keadaan elok, dan tak perlu melalui proses pembersihan.sebenarnya aku tak akan tahu akan keujudan rilisan ni jika aku tak terbaca dalam blog berteromber cerita mengenai kaset kompilasi ni. bila saja aku terlihat dalam list kaset yang dijual tertulis sengatan selatan aku terus pilih sebabnya aku yakin kaset sengatan selatan ni kompom yang aku perna baca kat blog berteromber.

sengatan selatan ni adalah kompilasi yang membariskan band2 dari selatan tanahair johor. menghimpunkan 11 band,setiap satu band mendendangkan satu lagu,apa yang menariknya kaset kompilasi ni ianya memuatkan pelbagai genre bukan saja genre metal,ianya boleh dikatakan band2 underground disekitar johor,mungkin banyak lagi kot band2 dari selatan tanahair yang belum masuk dalam kompilasi ni,atau adakah ianya ada chapter 2,ntahlah..


band yang telibat dalam kompilasi ni seperti narsamun, logam, firestarter, unvield, purnamarjuna, tandus, kharabanazak, webcrusher, atrocious, the toyols, terkutuk. ada antara band yang baru aku tahu setelah mendapat kaset ni,band yang aku sudah ketahui pula band seperti logam sudah semestinya mereka ni aktif bermain gig disekitar kuala lumpur tahun2 lepas,dan perna menyaksikan band ni beraksi untuk beberapa kali.band narsamun ni pula memang tak payah diperkenalkan lagi lah dorang ni kira band lagend juga,aku budak baru ni pun dah mendengar cerita2 band2 ni..tandus pula satu2nya band yang aku teringin sangat nak memiliki ep mereka logam maut,sampai sekarang aku tak berkesempatan lagi untuk memilikinya. atrocious ni aku memang respek memainkan irama black metal,perna tengok mereka beraksi sekali di penylane,dengan gaya black metal kental perghhh memang salute,aku perna bergambar ngan band ni hehe..itu saja kot yang lain2 tu macam biasa lah baru aku ketahui.

untuk band lagu pilihan aku dalam ni aku pilih band kharabanazak yang memainkan irama black metal hutan.sound betul2 mentah dengan adunan irama black metal. dan juga band atrocius mereka juga ni main muzik bm gak i like itt!! haha untuk band2 lain aku tak dapat hadam sound mereka sepenuhnya,aku kan minat black metal hahaha bias sikit..

aku rasa rilisan macam ni memang patut di perbanyakan,ini adalah kompilasi kedua yang menghimpunkan barisan band dari satu negeri yang aku miliki.satu lagi rilisan dari pahang gegaran metal tok gajah,sayangnya cdr gegaran metal tok gajah tu tak diselitkan sejarah band2 yang terlibat seperti kaset ni.


ohya  hampir terlupa kaset ni rilisan tahun 2002 diriliskan oleh muzik box production dengan harga asal rm14.50 hehe. aku dapat ni dengan harga rm40 untuk 5 kaset.

Isnin, 3 Mac 2014

MAY - 25th ANNIVERSARY

discography limited edition MAY 25th anniversary..

aku dapat tahu rilisan ni dari blog ku di halaman rindu bila aku terbaca dan terlihat,memang aku terus tertarik,sebabnya jarang2 band rock malaysia yang buat buku cerita sendiri mengenai perjalan band.

nak dijadikan cerita,hari sabtu lepas aku plan nak ke kuala lumpur mencari cd2 cromok dan sewaktu dengannya.masa aku berada di lebuh raya menuju kuala lumpur,aku lihat kereta memang slow dihadapan dan berderet sejauh mata memandang,terpaksa aku ubah haluan dan masuk susur ke bandar shah alam,tak jadi aku nak ke kL huhu.

sampai kat bandar shah alam aku terus masuk alam central,mencari cd2 kat sana,hampa juga tak ada yang menarik perhatian.aku teruskan ke pkns..dekat satu kedai menjual cd ni aku terlihat cd iron maiden a matter of life and death,dah lama juga aku cari cd ni,bila aku terlihat may 25th ni aku terus angkat dan bayar. dalam kepala aku rasanya aku harus beli ni sebab nak tahu juga cerita2 band may ni, lupa aku terus nak beli cd,bajet pun terhad dan aku terus balik selepas beli may 25th.dalam  perjalanan baru aku terfikir gig untuk esoknya..wahahaa... duit trun gig pun dah tepakai untuk ni.hmm tak apalah,lagipun lokasi gig memang susah nak cari,kalau kat area kl senang sikit,aku lupakan nak tengok gig.
harga aku bayar rm89.90 mak aii mahal gila,tak tau lah aku harga sebenarnya sebab aku tak terfikir pun akan membelinya,ianya secara kebetulan saja.lepas ni aku akan search harga untuk may 25th ni. sampai saja aku kat rumah aku terus buka,dan belek2 halaman lihat gambar2,tak baca lagi,aku terus pasang dvd,ohya ianya sesi interview dengan anggota band,menceritakan macam2 jugalah,ada diselitkan 2 video klip. menjadi milikmu dan darah perjuangan,lagu darah perjuangan ni memang heavy soundnya.

ini pula pendapat aku,untuk limited edition ni,ianya memang bagus juga untuk sesebuah band,tapi alangkah indahnya jika klip video lama2 may ni diselitkan sekali,lagi mantap rasanya.. untuk bukunya pula bagi aku tak sampai sejam baca dah habis,kira pengenalan tu agak ringkas dan padat juga. halaman yang banyak cerita pasal rakaman rilisan album dari juara2 rock 1,2,dan 3 hingga lah kealbum pertama dan yang terakhir ni. banyak juga info aku dapat dalam ni,rasanya tiga album awal may ni yang paling bagus,dari segi lagu memang sedap2 belaka. kalau jumpa versi cdnya nanti aku beli tiga album awal mereka ni.hehe.

dalam ni ada satu cd satu dvd satu buku,kira ok juga sebab album dalam ni lagu2 segar2 belaka,aku menyukainya.adakah patut terfikir pula aku nak lelong balik kat toko hahaha..namun aku berubah fikiran baik aku simpan benda ni,mana tahu akan menjadi rare suatu hari nanti boleh lah aku tayang2 dengan penuh riak hahahaahaha...

ok aku ada snap beberapa halaman dalam buku ni boleh lah lihat,banyak juga gambar2 klasik may dalam buku ni..hehe

halaman pertama ada dvd melekat kat siring buku
pembuka kata dari aziz votex from the east,atau wartawan utusan malaysia.
catatan sepanjang perjalanan 1986 - 2011


apa kena dengan pc ni,asyik gambar tunggang tebalik saja,okey ni saja yang dapat dikongsikan huhu...
lepas ni harap ada lah orang yang rilis ceta cromok dalam buku lagi mantap...hehehe

PERPETUAL - GRIND YOUR MIND

setelah membaca komen2 rakan mengenai album sulung band grind dari sandakan sabah ni. aku tergarak hati untuk memilikinya.tahun lepas aku tak berkesempatan nak beli, masa ianya diriliskan,disebabkan aku ingin membeli kaset cd lain yang aku ingin miliki.dan satu lagi aku ni bukannya pendengar tegar irama grind ni.haha

seperti yang aku katakan band ni mendapat komen2 yang bagus dari pendengar diluar sana,jadinya aku laburkan sedikit rm untuk support perpetual ni.tak sangka aku rupanya dah lama kawan dengan fb band perpetual ni,perna juga mendapat inbox dari band ni,promot untuk cd ni,dan aku janji kalau ada rezki lebih aku akan support nanti.

tahun ni aku dah buat azam kurangkan beli cd dan fokus untuk kaset dan zine saja.namun aku beri sedikit kelonggaran untuk cd-cd pilihan saja.salah satunya cd ni lah.tak kira apa jenis muzik sekalipun asal bukan kpop sudah.huhu

cd yang aku beli ni spesial sikit sebab disertakan dengan button dan patches sekali dengan harga rm30 termasuk pos daftar,bercerita tentang pos daftar,seminggu selepas cd ni dihantar dari sabah,aku dah mula tracking no,hari rabu ianya sudah disahkan bahawa item sudah dihantar dan kena ambil kat pejabat pos.bila aku cek mailbox kertas pos daftar tak ada seperti yang aku harapkan.esoknya aku cuba lagi,macam tu juga keputusannya tetap sama.

selepas dua hari yang hambar,aku nekad lepas solat jumaat aku pergi buat onar kat pejabat pos.dengan harapan menggunung dan juga bermacam-macam andaian yang berlegar kat kepala hotak,aku cuba untuk tenang.ini adalah pertama kali aku mengalami situasi macam ni,tak dapat surat pos daftar.

sampai saja kat pejabat pos,aku terus bagitau kat akak yang jaga jendela tempat aku selalu ambil bungkusan tu,aku terangkan satu persatu masalah yang aku hadapi,akak tu hanya jawap minta no tracking saja dan terus cek dalam komputer dan menulis sesuatu pada kertas no tracking,lalu mengambil bungkusan didalam almari.yes!!dalam hati aku cukup gembira bila melihat bungkusan aku,dan serentak perasan gundah gelana dalam diri hilang.
 
grind your mind
ini pula pandangan aku tentang cd ni,pertama kali play memang bomm dimulakan dengan lagu pertama,bermula dengan pemberita memberitahu pencorobohan lahad datu oleh askar jamalul kiram,dan disambung terus dengan sound yang cukup merobek pendengaran,dengan alunan grind yang begitu padu,merobek gegendang telinga tampa memberikan sedikit ruang untuk berehat,dan diakhiri oleh suara2 bahasa kaum sulu aku pun tak faham apa mereka katakan.

lagu kedua grind your mind,sama saja sound yang terhidang cukup mengisar pendengaran. sehingga kelagu terakhir life disorder,alunan sound yang terhidang memang betul2 memuaskan dan aku berpuas hati dengan pembelian ni.dengan durasi album yang tak sampai 30 minit rasanya untuk 10 lagu.

aku ringkaskan lah,album ni memang manarik,walaupun aku ni bukannya pendegar tegar irama begini,namun apa yang perpetual persembahkan dapat aku hadam sepenuhnya tampa ada bias sedikit pun untuk rilisan ni.

okeylah itu ja kot yang dapat aku cetakan,ohya untuk simple album ni boleh didengar di youtube...rasakan irama grind dari perpetual yang akan membuat askar2 kiram bertempiaran lari menyelamatkan diri..hahahah support band tempatan kita dan majulah metal untuk negara hahaha sampai macam tu sekali ohh...

aku ada baca kat blog ni boleh lah baca kat sini,sebabnya ni pro punya rebiu FAITHCRAFT