Jumaat, 30 Mei 2014

BLACK ABYSS - FUNERAL CHRIST

band ni berasal dari shah alam memainkan irama black metal total kata2 kufur.. album ni mengandungi 8 lagu yang penuh ngan kehitaman, album ni juga antara album yang selalu aku dengar, aku amat menyukai muzik yang di hidangkan dalam album funeral christ ni. 

cerita masa dorang perform lagi lah dasyat, mereka ni tak tunjuk hormat kat crowd, kira band jahat lah, dan aku perna terbaca kat zine yang band ni fuck scene malaysia hahaha.. jahat band ni, ada kenangan aku tak boleh lupa masa mini gig kat shah alam, time dorang ni perform, dipertengahan lagu, kedengaran azan berkumandang, tetiba vokalisnya ckp, eh azan ke, stop dulu lah,,huhuhu.

Khamis, 29 Mei 2014

Tayar...


Tayar nak pecah, ni pengalaman pertama aku, hari tu aku telanggar lobang, ingatkan tak dah apa2 berlaku, seperti biasa aku memandu macam biasa tiap2 hari, bila stering rasa bergetar dan membelok sendirinya, aku heran juga ni.. seingat aku dulu tak pena jadi macam ni, kalau dulu aku tak genggam stering ok saja, tapi sekarang ni aku kena genggam kuat, kalau tak kuat, stering aku berputar sendiri, 

hari tu aku hantar abang aku gi klia2, sampai saja kat rumah aku chek tayar, baru lah aku ternampak tayar belah kiri hadapan dah tekopek...adoii kata ku dalam hati.. duit lagi ni, lepas tu aku terus bawa ke kedai tayar, katanya kalau nak tukar satu nanti hilang keseimbangan, kena tukar 2 2, baru cun. dengan duit untuk berpesta ujung minggu ni aku berbelah dua juga nak buat ke tak, bila fikir2 ni kan kenderaan aku gi kereja, buat ja lah.. namun aku skip dulu tanya lain tempat. sebab aku tengok raut waja peniaga tayar ni macam nak nipu aku je.. 

nasiblah aku tak terus tukar, aku gi tanya ngan perodua tempat aku servis kereta, kata abang pomen tu, kalau tukar kat produa servis lagi mahal, sebab dorang ni pun ambil tayar kat luar, abang tu nasihatkan supaya buat kat luar saja.. esoknya aku google harga tayar dan macam2 yg berkaitan ngan tayar. aku tanya rakan2 grup msj, tanya rakan sekerja yg dah ada pengalaman.. wahahaha... kawan seorang tunjuk aku ada satu kedai jual tayar second ni, murah2 pula katanya.

balik kerja aku pergi, tanya kat peniaga tayar, katanya tayar second ada baru pun ada, aku terus cakap nak yang second dulu lah, sebab kalau boleh aku nak plan terus tukar 4 4 tayar ni nanti kalau dah beduit lebih. tayar secondnya murah siuttt rm35 ja siap pasang masih bebunga lagi..asikk.. wahhahaha dalam hati aku banyak siuk.. sabtu ni aku boleh enjoy berabis yahooo..... bilang orang jangan bertindak teburu2 biar lambat asal selamat.. pagi ni aku tengok tayar tu cun saja,, yess harapnya sampai dapat bonus nanti baru tukar semuanya... tamat.

Isnin, 26 Mei 2014

Rojak Cincai...

hohoho.. hari ni aku nak kongsikan apa yang bermain kat kepala otak dan hati ku ini....huhuhu.. kebelakangan ni banyak benda aku nak kongsikan tapi tak jadi2 juga aku kongsikan, baiknya aku luahkan saja dalam blog aku ni, apa yang menarik minggu lepas dan juga perasaan ketagihan dan juga pilihan antara itu dan ini.. bajet yang cukup untuk kepuasan berhobi...

aku mulakan dengan perasaan aku lah, sepatutnya aku tak melangkah kedunia anime ni, buat masa sekarang sebabnya, bajet2 ku ni terhad saja untuk aku bermetal, tapi kan, sudah aku telanjak ber anime ni, rasa gian tu terbelah dua.. kejap nak ni kejap nak tu... ditambah pula sabbat akan beraksi di kl sabtu ni warrrghh... dah lah hari tu masa gig budak jahat, siap dah janji ngan kawan, nak gi trun sama2, last2 kena keja last minit,.. hampa... dan boleh2 nya aku lupa janji ngan kawan dia nak ambil baju kat aku... hadoiii... yang ni pun 2x5 gak.. aku cakap aku pos ja kat dia senang...tapi tak nak... nyusahkan aku ja... nanti gig sabbat kalau aku trun aku nak mesej dia..jumpa sana.. dah malas aku nak simpan bajunya ni.

lepas tu yang gembiranya ada juga.. anak aku ni minat sangat ngan kapal terbang., burung dan yang sewaktu dengannya.. hari sabtu aku pergi belikan dia layang2.. ajak dia pergi taman.. waaaaaaaa... yang ni memang siuklah.. anak dan bapa bekejaran di padang yang luas.. terbangkan layang2.. hepy sangat... aku rasa nak jadikan aktivi main layang2 ni satu dari aktivi wajib hujung minggu aku dan anak ku wahaaha... hari ahad semalam.. nak ajak dia pergi, lepas ada game lah pula malaysia lawan japan piala thomas... gila lah tak jadi main layang2 cancel lah. nak tgk juga mesia boleh menang kah tak... bila saja nak main hujan lebat pula trun... huhu.. tahu2 lah astro ni kalau time ujan siaran memang tergendala,.. nasiblah hujan tadi kejap ja dah reda...kecewa juga bila mana mesia tak menang.. kalau tak hari ni musti dapat cuti semalaysia.. 

ohya masa berita aku ada tenampak exciden kat cheras katanya.. sedih ni, mak dan ayah dia maut dalam kemalangan langgar lari, kesian kat anak mereka jadi anak yatin piatu.. sob..sob... tak lari kat kepala aku, asik fikir2 ja apalah nasib mereka.. dah lah time pergi keja cari rezeki, bedua pula tu...sian kan... moga dipermudahkan lah apa yang mereka lalui... 

last sekali pasal coklat yang ada babi tu,.. aku belum google lagi ni, hadoii.. aku ni peminta peminat coklat juga.. kalau betul lah lepas ni aku tak nak dah makan huhuhu... itu ja lah,.. walaupun masih banyak lagi bermain kat kepala otak ni.. nak sambung kerja balik..bye..

Selasa, 20 Mei 2014

RATOR - POSSESSED


album pertama rator diriliskan tahun 2008,mengandungi 8 trak, 3 lagu lama rakaman semula yang diambil dari demo cult mereka evil symphony 1990,dan disertakan bonus trak 4 lagu asal dari demo evil symphony. untuk sound album ni ianya agak mentah,sukar untuk dihadam, sound produksinya yang kurang menarik, rasanya kalau band rator ni menggunakan studio yang bagus, mungkin lagu2 dalam album ni akan kedengaran menarik, hanya lagu satan slave saja yang menarik bagi aku yang lain2 tu, biasa2 saja.


untuk lagu bonus dari demo asal, yang ni soundnya walaupun mentah, namun aku menyukainya berbanding lagu2 rakaman baru, aku tak boleh cakap album ni gagal, pandangan masing2 lah kan.. lagu2 dalam album ni dah mantap, cuma masalah sound saja.. mentah pun tak juga, ntahlah !! kurang sengatnya...atau pun kurang kebuasan kebrutalan keevilanya..jajaja


namun begitu harus dipuji juga band rator ni, walaupun sudah lama namun masih lagi mengekalkan spirit mereka dalam album ni, tiada apa perubahan langsung mungkin imej saja berbeza,kalau mesejnya masih evil seperti dulu, lihat saja logo cover album mereka, nampak sangat mesej yang mereka ingin sampaikan.. itu sajalah Hail Rator.. 

Isnin, 19 Mei 2014

BLEACH - VOL 1 - 163

bleach boxset 1,2,3,4
BOX 1,2,3,4
kali ni aku nak cerita pasal anime,haha..boleh kata ni kegilaan aku yang terbaru, anime ni bukan lah yang terbaru pun, seingat aku anime bleach ni 1st aku tengok tahun 2007-2008 dalam tahun tu lah tak silap aku, masa tu aku bujang lagi duk kat hostel, anime ni main tengah malam kat tv3, rasanya sampai episod 30 lah main kat tv3 tu, tak tahu pula aku kalau perna ditukar main waktu lain, sebab anime bleach ni ada unsur2 hentai gak hahaha.. sikit2 lah dan jalan ceritanya faham2 lah anime jepun ni memang total, melangkaui kotak pemikiran.
bleach - vol. 1 - 40
hari tu aku ke giant dan sempat singgah kat speedy, tetiba pula aku terlihat harga boxset ni dah turun, kalau memula aku tengok harganya memang tak sangguplah aku nak beli, baik aku beli cd kaset lagu lagi baik, namun  bila aku lihat harganya dah masuk akal, tebeli lah pula box 1, habis saja aku tengok, rasa gian pula nak tahu apa cerita selanjutnya, walaupun box 1 tu ni kira separuh dari pada episodnya, perna aku tengok kat tv3 dulu, rasa membuak2 pula nak beli box 2, dan disusuli box 3 ,4, kesemuanya ada 12 box, tak tahu lah aku sempat kah aku nak beli kesemuanya atau hanya separuh jalan, masa aku beli 4 box ni, aku dah lupa nak order kaset cd yang dah berlambak rilis sekarang ni.
bleach - vol. 41 - 87
kisah bleach ni rasanya adaptasi dari zaman samurai tapi versi moden punya, bermula bila mana kurosaki ichigo, staring dalam anime ni, bertemu kuciki rukia, seoarang shinigami, boleh google maksud nya hahaha.. ichigo ni budak sekolah menengah umo 15 tahun, pada stau hari rukia secara tak sengaja masuk bilik  ichigo, dia ingat ichigo tak boleh nampak, sebab shinigami ni adalah roh, bila ichigo terajang kepala rukia baru lah dia sedar yang budak ichigo ni boleh lihat dia, tiba2 hollow, (sejenis hantu pemakan roh manusia yang dah mati) menyerang rumah ichigo, hollow ni nak makan adik ichigo, bila shinigami rukia dah cedera, dibelasah hollow, dari situ lah, ichigo memeterai janji, the day i became shinigami, samurai rukia dia tusuk sendiri di dadanya, dah terus bertukar menjadi shinigami yang pelik, disebabkan dia punya samurai bukan jenis biasa tapi sebilah parang besar saiz badannya..
bleach - vol. 88 - 128
babak diteruskan bila mana rukia dikenakan hukum bunuh di soul society,disebabkan dia dah terlalu lama di alam manusia dan melanggar perintah memberikan kuasa pada ichigo, lalu ichigo pun nekad untuk menyelamatkan rukia, dan masuk ke alam roh, disini memang total lawan yang hebat2, disebabkan ichigo dan rakan2nya memasuki soul society secara haram, maka dorang ni di anggap penceroboh, parah juga kesemua mereka pada mulanya, sehingga inchgo pun hampir nak mati, saja. Sehinggalah inchigo mengatasi abang rukia,seorang shinigami berpangkat kapten yang taat pada undang2, adik sendiri pun dia sanggup melihat dihukum, wahaahaha makin banyak aku merepek.. nanti sambung lagi lah.. banyak lagi box yang tinggal.. tapi anime bleach ni memang menarik...
bleach - vol. 129 - 163
cd box 1 menarik.. yang lain tu sama saja..
masuk box 4 ni kekuatan ichigo berubah lagi, dia sekarang dah berlatih menjadi hollow, perubahan manusia ke separuh hantu, kekuatan memang bertambah namun hanya 11 saat saja bertahan, lawan mereka pula bukan calang2.. bayangkan ada 8 box lagi, harapnya aku punya katgihan ni tak berenti disini... biar alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. hahaha..... 

Khamis, 15 Mei 2014

Isnin, 12 Mei 2014

NEFTARAKA - MORTS

neftaraka
akhirnya sampai juga cd ni ke tangan aku selepas berbulan terkandas dengan kawan, nasiblah semalam kawan seorang hantar cd ni dengan aku kalau tak mungkin sampai gig sabbat nanti baru ambil,itu pun kalau aku turun.

ohya hari tu aku ingat dorang main kat budak jahat 2 sabtu ni, gembira juga nampak nama band ni kat flyer last minit tak jadi main huhu.. belum rezeki aku lagi nengok dorang ni, neftaraka ni salah satu dalam list aku nak tengok live, dan antara band black metal yang menjadi pujaan hati ku hehe... ohya untuk sound dalam album ni semestinya gelap dan pekat, aku amat menyukainya, bila time pasang saja, lepas tu limpang2 sambil mengadap siling, sungguh mendamaikan hati,.. ada 8 trak untuk album ni, yang aku cerita tadi versi kasetnya, sebabnya kaset tu aku dah miliki terlebih dulu.. hahaha

lagi satu semalam aku play juga sekali cd ni, semuanya macam biasa ok tak dah calar, soundnya tak sangkut semuanya good..namun feel tu kurang sikit, berbanding versi kasetnya.. sebolehnya aku nak kolek semua rilisan neftaraka ni, apakan daya aku terlewat untuk memiliki rilisan awal mereka yang sekarang sudah menjadi rare, tak ada sapa kah nak jual kat aku, cd law is raw saja tu pun cukup lah... sesapa ada baca ni email aku k.. aku betul2 nak cd tu huhu.. caww...


Jumaat, 9 Mei 2014

MINI POS SENTOSA

gambar hiasan saja, diccedok dari google image 
hohoho.. tak dah entri nak buat, malas nak ceta cd2 kaset2 yang ada dalam koleksi, hahaha. stuf baru saja barulah ada semangat nak buat entry, hahaha ni aku nak ceta pasal mini pos kat sentosa, 2 hari lepas aku google lah kot2 ada pejabat pos dekat2 area aku keja ni, selalunya aku pergi pejabat pos kat klang nun jauh dari tempat aku keja ni, makan masa 1 jam lebih pergi dan balik, kekadang tu 2 jam juga lah. 

google punya google aku terlihat satu mini pos, dekat lah juga, dari tempat aku keja ni, pegi balik 25minit ja rasanya plus ngan bebabris lagi 30 minit cam tulah,, yang menjadi masalahnya, hari tu aku pergi, aku dah bebaris hampir 15 minit, bila saja sampai giliran aku, dia tanya macam2 cd ori ke, apakeh, last aku tanya bungkusan psolaju yang harga rm6 tu, tiba2 dia cakap tak ada.. kiayammm jugalah dah lah aku balut ngan kertas saja 2 cd tu, aku pun nak jaga juga hati pembeli cd2 aku tu, jadinya aku tak mau ambil risiko cd yang aku pos nanti sampai kat empunya tuan, jewelcase pecah.. faham sangat aku ngan nasib dorang nanti huhuhu..

hari ni aku pergi balik.. lepas solat jumaat jam2 aku terus gerak p mini pos ni, sampai2 saja tutup.. tetulis kat dinding rehat sampai jam2.30 puikk.. tak apalah kataku dalam hati, tunggu2 macam tu dah ada orang bebaris kat depan pintu,aku pun join sekali.... gilalah nak ceta setiap detik kakakakakakakaka pendekkan ceta sampai giliran aku macam2 juga dia tanya, kali ni aku dah paking cun2 punya bungkusan sebab aku tak mau jadi macam hari tu, tiba2 ada pula bungkusan rm6 tu cilaka punya amoi tua... huh!!

itulah saja untuk entri ni... hahahahaha

Isnin, 5 Mei 2014

HEAVY METAL 666

testing................


begini kah caranya.. hehhe.. 1st lah katakan... hahahaha..... layan