Jumaat, 25 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA

HEHE.. sebelum tu aku ingin luahkan sedikit cerita lah dalam hati ku ni rasa macam sok plak menaip last day keja ni, sepatutnya bos bagi cuti terus saja, tapi suruh keja juga, sedangkan semua mesin stop hari ni, dengar ceta, half day semua hari ni... jeng jeng.. berbalik kepada entri terakhir ni sebelum aku bercuti panjang. aku nak luahkan lah pada korang semua luahan hati ku bersempena hari raya ni, macam biasa cikai saja,.. harap sampai lah apa yang aku taip k..

tiada kad raya yang special, gambar kat atas tu dah lari tema hari raya, hohoho.. apapun disini saya sebagai penaip dalam blog cikai ni, mengambil kesempatan kepada semua yang singgah dalam blog ni, aku ingin memohon maaf, andai entri2 yang ku publishkan dalam ni menyinggung mengguris hati sesiapa pun yang terasa, serta blog2 yang aku follow, jika ada aku terkomen lebih2 yang mengguris ke, atau riakk ke, harap dimaafkan sekali lagi... tiada secebis pun rasa dengki dalam hati ku ini.. jika ada pun akan ku buang jauh2 agar aku tidak menjadi orang2 pendengki.

bukan niat aku utk berblog ni,supaya dapat pujian, ianya hanyalah lebih kepada minat dan hobi saja, untuk dikongsikan, walaupun aku sedar yang penulisan ku ditahap amatur, aku gembira seadanya, aku juga manusia biasa, yang hdp akan mati juga suatu hari nanti, buat apa nak riak dengan kebendaan yang ada sedangkan ianya hanya lah pinjaman sementara saja,

last sekali, aku ulangi SELAMAT HARI RAYA AIDILFIITRI buat semuanya... salam iklas dari lubuk hati ku, mohon maaf sekali lagi kalau ada terlanjur kata2 yang tidak aku sedari.. terima kasih juga aku ucapkan utk rakan2 blogger yang lama yang menjadi pembakar semangat aku utk berblog ni, kamu lah yang membuatkan minat aku ni lebih terbuka luas lagi, dalam mengenal muzik ni,.. terima kasih!!!!

Khamis, 24 Julai 2014

SABBAT - ENVENOM

Tidak payah di tunggu lama utk dihadam haha.. sekali dengar semalam sudah masuk lagu2nya kat kepala, digipack sabbat ni rilisan label dari sabah evildead production, album 1991, diriliskan semula dengan penambahan bonus track.., termasuk lagu diingati blackfire haha.. harga utk album ni rm40 temasuk kos pos nya sekali..
mendarat semalam kan, belum dengar sudah puas.. kertas digiacknya halus, logo art semua timbul macam cat darah....
gambar klasic sabbat era muda-muda dorang disertakan...ada 8 muka surat..
cerita segalanya tentang album ni.. tekan gambar utk pandangan jelas..haha
terakhir sekali, belakangnya.. ada 18 lagu tu.. tak ke puas mendengarnya.. haha...

 entri ringkas-semalam aku ke bank masuk kedai barangan terpakai, pergh aku tejumpa lubuk dvd cd stok baru lama, harga murah2, sempat lah aku sambar 3 pcs.. lepas raya aku tampal hasil semalam.. hahaha... 

Rabu, 23 Julai 2014

Wordless Wednesday, BAJU - AU REVOIR PERISHER

Bungkusan ni mendarat semalam, baju au revoir - perisher..
dapat free patches au revoir lagi

Selasa, 22 Julai 2014

Rm 7

allhamdullillah.. tahun depan bertambah seorang lagi.. hehe

Isnin, 21 Julai 2014

buffet ramadhan

cerita sajalah gambar tak ada,hhu. hari sabtu lepas, selepas pihak kilang ni mengambil keputusan utk bebuka kat hotel, dah 2 tahun aku keja sini, selalu buat kat kilang saja, kali ni buat kat hotel.. seperti yang ustaz selalu cakap masa tazkirah ceta pasal buffet ramadhan ni rambang mata nak memilih makanan., memang benar katanya, sampai saja aku kat sana disambut oleh aweks kat hotel tu, aku pun bagi lah resit aku kan, janji kat resit jam 6.30pm aku datang ikut masa lah, aku orang pertama kiranya sampai dengan ada satu uncle india yang datang awal.. duduk dimeja no 2, memang banyak meja lah,  dari ujung ke ujung, ingatkan kami ni buat kat bilik, rupanya duduk kat meja2 saja, ada tingkat juga yang kat atas tu mungkin mahal sikit kot, masa masuk tadi sempat lah jeling2 kat makanan2 yang bakal di sambar azan magrib nanti, ada kambing panggang 2 ekor, bahagian pembuka selera, pencuci mulut hhmmm kalau aku fikir2 balik rasa macam nak g sana sendiri, sebelum azan magrib, kelihatan ramai dah bersiap2 ambil makanan, ni aku 1st tau pergi buffet ramadhan ni, bukan juga aku teruja, apalah sangat bebuka dihotel, seketul kurma segelas air putih pun kira ok sudah bagi aku, disebabkan bos yang ajak sudah semestinya ada kejutan rm rm rm lah hahaha... ramai juga orang seperti apa yang aku jangka juga sebelum azankan aku pun join lah ambil makanan, aku bebaris ambil nasi goreng kambing bakar, ramai kawan yang bebaris kat sana, tak lama kejap ja, bebaris, aku pun cedok lah daging kambing yang dah potong2, sikit saja aku ambil puasa ni makan sikit saja selera saja lebih baik ambil sikit kalau lapar nanti tambah, kulihat kawan2 yang lain hahaha tak ya cakap macam gunung..

tampa kurma tak ngam rasanya berbuka, aku payah juga nak cari kurma, nasib ada juga, masuk saja kat tempat pencuci mulut perghhh macam2 pemanis buahan aiskrim pun ada,, beliur aku kalau ingat balik.. azan bekumandang baca doa terus minum air kosong ngan kurma ikut sunah nabi, ustaz selalu pesan tu hehe.. pekena nasi goreng kambing bakar, boleh lah rasa tak lah sedap mana, pekena air bandung ngan teh tarik, kenyang, diumumkan juga 15 minit dari azan akan buat solat magrib bejemaah.. pekena lah rokok sebatang terus naik kat atas surau lah, bukan surau cuma bilik dibuat surau.. seperti aku jangkakan solat musti kelam kabut, tempat ambil wuduk pun katt singki, hadoii lah, belum 15 minit dah ada solat bejemaah aku pun join sekali nasib sempat dapat 3 rakaat, belum habis doa dah satu lagi barisan dibelakang diketuai satu iman, nampak macam pelik juga,, hmmm tak apalah nasib lah tak solat isyak kat situ ngan tarawih,

lepas solat magrib turun, sambung balik pesta makan, lambat lagi waktu isyaknya, namun perut ku terasa kenyang juga, bila fikir2 macam rugi plak kan tak makan, aku putuskan aku ambil sikit2 makanan aku test satu persatu yang tak perna aku makan, macam udang ketam ikan salmon kerang mr bean, diletakkan diatas ais, tak dimasak, aku selalu tgk afc punya chanel ada lah orang putih masak macam tu teringin juga aku makan, semuanya rasa mentah werkk kecuali kerang macam kima tu ada masam manis sikit, lepas tu ambil sushi, bubur kacang bubur durian, ais krim dan macam2 rasanya tak terasa semua hidangan hari tu terlalu banyak,

bos besar pun mau cepat, dia sempat lah bagi duit raya sikit, lepas begambar semua bos balik aku pun tak tunggu lama, terus balik, paking bawa hotel tak sampai 2 jam rm10 mahal nak mampus,

kesimpulanannya memang benarlah buffet ramadhan tu makanan terhidang rambang mata nak melihat, mungkin kalau bukan puasa aku bedal habis habisan, nasiblah puasa selera pun kurang juga
.. itulah kenagan aku di buffet ramadhan.. hahaha.. aku sebenarnya ni tunggu jam nak balik keja, haha.

Jumaat, 18 Julai 2014

CROMOK - MEAN, MEANER, MEANEST

Alang2 ada masa sikit ni, baik aku taip pasal cd ni haha, cd sama juga macam forever in time tu, cd kedua yang ku sambar, disebabkan cd ni tak ada dalam fomat cd lagi dalam koleksi aku, makanya ianya didulukan haha.. cd lain2 tu boleh tunggu.. sebenarnya aku plan tunggu ada kemasukan baru nak beli cd ni, bila aku fikir macam rasa tak tenteram pula jiwa ku memikirnya, takut habis stok haha, perna terjadi macam cd cromok the king ntah apa tajuk dia tu, masa memula tengok ada lagi, lain hari aku pergi dah tak dah kecewa juga.huhu

sudah 2 lengkap koleksi kromok ku ni hahaha.. lepas ni ada lagi ada lagi.. akan ditampalkan bila sudah dimiliki. itu sajalah.. huhuhu

Khamis, 17 Julai 2014

CROMOK - FOREVER IN TIME

Aku gembira gembira gembira hahaha...sebabnya aku perna rancang untuk kumpul pelan2 cd2 cromok ni, tak sangka pula aku terjumpa kat speedy hari tu. cd ni rilisan semula 2014 oleh universal music sdn bhd, 2nd rilis lah kan bukan 1st punya.. bagi aku itu tidak jadi masalah, yang paling penting ianya ori. kalau cd ni kat tokofb rega dah cecah ratusan, hahaha musti yang jual tu melepas, sebabnya cd dah dirilis semula, buat apa nak beli memahal kan, kalau dah ada yang murah,. aku sungguh gembira betul..


apa yang menariknya album ni, bagi aku ianya ada kenangan tersendiri. ianya menjadi pilihan pertama untuk disambar berbanding dengan title yang lain.. hahaha.. kaset dan cd sudah ada, lengkap lah koleksi forever in time ku.. harga untuk cd ni rm16.90 murah berbaloi hahaha..terima kasih universal music utk rilisan cdni. 

Rabu, 16 Julai 2014

Huhuhu...

tak tau nak letak tajuk apa, entri ni sepatutnya,aku publishkan 2 hari lepas disebabkan line tenet ralat, makanya hari ni aku publishkan wahohoho...

-hari ni aku nak cerita apa yang bermain dibenak hati kecil ku ini,atau bisik hati ku yang kian memuncak membuak2 , hohoho.. sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa utk kalian semua, yang singgah kat blog cikai ku ini.. hehe.. nak cerita pasal kesedihan kegembiraan, keterujaan, kegiaanan yang tak dapat dibendung lagi, aku satukan sekali dalam entri ni.. walaupun aku ni tak pandai dalam menyusun ayat, aku cuba jugalah menaip mengikut gerak hati ku ini..

-PERTAma sekali aku nak cerita pasal mata aku ni, rasa macam ada pasir pula dalamnya, apa tidaknya semalam aku berjaga sampai pagi, gara2 nak tengok last game piala dunia, walaupun kedua team beraksi dalam final tu, bukanlah team favorett aku, rasanya wajib tengok juga kan, ni bukan game biasa2 cam grup stage ke 18 team ke, dan yang lain2, kalau telepas sayang oh, semalam aku sanggup buat senaman lagi untuk hilangkan rasa ngantuk.. tipulah kan kalau aku tak terlelap. Ada lah dalam 25 minit cam tu aku terlelap dalam jam 2 lebih cam tu, nasiblah aku ada set alarm jam 3pagi, dengar saja bunyinya aku terus buka mata besar2, tv masih terpasang, game dah bermula 4minit huhu..

-dalam hati aku macam nak sokong argentina saja, tapi aku abaikan, aku tak sanggup nak menanggung kecewa untuk Negara orang lain huhuhu.. aku putuskan utk tengok saja game tu.  1st half memang laju dorang ni main, masakedua memang hampa juga lah mungkin aku dah mula ngantuk, tapi aku tahan, alang2 kata hatiku.. time makan sahur pun aku dah depan tv, gosok gigi pun dah depan tv, nasiblah tak sampai sepakan penalty, kalau tak solat subuh pun depan tv gak.. gilalah.. sayang sekali juga agentina tak dah luck, rasanya bagi aku dorang ni dah menang, apakan daya german bernasib dapat jaringkan gol satu, hmm malas juga lah nak menaip panjang2 pasal bola ni.. aku mengharapkan semalam kurang2 pun sepakan penalty, tak pun berbalas gol ke.. ni hampa.. itu sajalah pasal bola ni.

-speedy dan cromok, semalam aku pergi jalan2 bawa family gi jusco, sempat lah singgah kejap kat speedy, makkk aiii terperatjatt aku dibuatnya, cd2 cromok ada kat rak tu siak… kalau ikutkan hati nak ku sambar saja kesemuanya, apa tidaknya kalau kat tokomuzik rega dah cecah ratusan ringgit, hampir kesemua title album cromok ada.. yang paling mengujakan  aku cd forever in time, harga tak payah ceta lah, harga mampu milik, terfikir juga aku, ni musti 2nd rilis punya ni, tapikan biar pun 2nd kalau dah cd2 cromok dengan harga yang mampu milik, aku memang akan sambar, semalam memang nak sambar, bila tengok bajet, hmmm tunggulah, lagi pun ada 3 pcs tiap title, rasanya sampai sabtu ni ada lagi tu, nanti aku sambar semuanya wahahahaha… lagi satu cd ella pun aku teringin nak sambar juga, macam2 rasanya aku nak sambar kat speedy tu, nasib lah aku kesana kalau tak melepas lah aku tak tahu cd2 cromok rilis balik huhuhu..kalau dah aku dapat cd2 tu nanti aku tampal tampalkan kat blog ni satu persatu….muaaaahhh heppynya aku bahagianya aku kalau dapat hahaha.

-lepas tu cerita pasal nak raya ni, dekat2 raya ni pasti bos besar akan buat majlis berbuka puasa utk pekeja2 , dengar ceta buat kat hotel tahun ni,, aku tak teruja sangatlah pasal berbuka kat hotel, yang aku nantikan duit rayanya saja,, wahaha.. kalau dapat lebih dari tahun lepas cunnnn…

-lagi dan lagi.. pasal nak buat persiapan nak sambut raya, aku ni jenis yang pakai saja apa yang masih boleh dipakai, baju2 raya aku yang lepas2 pun masih segak lagi kalau aku pakai raya ni, baju melayu ni, time raya saja pakai, bukan nya selalu.. rasanya aku tak nak beli barulah, aku plan nak beli baju ts saja ngan songkok, utk raya kedua gi rumah kawan2 sanak saudara yang sama2 berada di negeri orang ni.. tahun ni aku tak balik kampong, beraya kat sini saja, lagipun aku ngan family aku ni, ada sikit problem ngan aku punya biras kat kampong sana, menyakitkan hati saja kalau aku balik., aku tak pa juga ni isteri aku ni bedendam gila2 ngan biras aku.. ni semua pasal majlis aku sanding dulu, biras aku buat hal, kerusi pinggang mangkuk berterbangan, mabuk gaduh nak mampus, sampai kan band boy pun bertempiaran lari.. huhu.. ceta pasal raya ni banyak juga kalau nak aku taipkan kat sini.. macam biasa, harap2 tahun ni isteri tak ajak beli baju warna sama.huhu

-ni cerita bukan riak atau nak memalukan, cerita kat sini2 saja kan, hari tu aku pi solat magrib, lepas berbuka, tetiba orang gila, join solat sekali, kat tepi aku plak tu, selalunya, dia kalau solat pun kat belakang, ntah solat main2 ikut suka hati dia, saja, masa ruku, orang tangan letak kat lutut, orang gila ni, buat lawak plak, dia pi letak tangan dia kat belakang, dah macam orang jepun tabik hormat, hampir2 aku tergelak dibuatnya.. sayang betullah, aku Tanya kawan aku dia tu kenapa, kawan aku jawap dia tu buat2 gila, tapi aku tengok dah kritikal dah, badan pun tak ya cakap lah harum dia cemana, lagi becakap sendirian plak tu.. hmm orang gila ni selalu saja masuk surau, time tengah tazkirah pun dia buat lawak juga, solat sendirinya ntah berapa rakaat aku pun tak pasti,, memang lucu, cara dia sujud pun bukan guna telapak tangan guna penumbuk.. yang aku heran orang2 tua, ahli jawatan kuasa suaru tak larang pula dia ni masuk, aku takut juga tetiba dia bawa parang begila menatak sembarangan, mampus semua..

-yang terakhir sekali, asal bulan ramadhan musti banyak mercun, meletup sana sini, dah macam kat syiria kata ustaz, cerita pasal perang, palestin di bom lagi oleh yahudi laknatullah.. asal ramadhan musti yahudi ni bom palestin, aku yang melihat foto2 vid, dalam fb tu, dah macam perkara biasa sudah, hadoiii kesian betul saudara kita dipelistin sana, aku sempat lah bedoa utk mereka, bukan riak lah, hanya itu saja yang termampu yang aku dapat hulurkan, masa solat jumaat juga ada lah ramai2 bedoa, salute respek juga kat imam.., kat tempat aku terawih ni pula macam tak ingat pula berdoa utk bumi palestin,, aku terfikir juga kemana polis dunia, kemana persatuan islam sedunia, sudah terang2 israil ni, melakukan jenayah perang, tak ada satu pun berani ambil tindakan, asik2 skrip yang sama, sudah ada yang jadi korban ratusan orang baru nak gencatan senjata, lepas tu serang lagi, cerita sama pasti berulang2, sedih sakit hati, yahudi ni pula satu tak boleh kah hdp aman damai,tunggulah balasan dari tuhan nanti,,.. semoga rakyat palestin tabah menghadapi semua ini..

- sekian jumpa lagi dihalamman seterusnya.. kbai.            

Jumaat, 11 Julai 2014

BLACKFIRE - THE HEREAFTER LIVE


Aku perna cerita pasal BLACKFIRE ni kat sini, untuk entri ni aku nak cerita lebih detail lagi apa yang istimewanya rilisan ni,cd live ni adalah rakaman langsung dari gig mereka di semua house kuala lumpur 21 may 1988, line up pada masa tu azmi vokal, yazid gitar, subri bass, hadi drum & backing vokal, line up klasik blackfire.

dalam album live ni ada 4 treck,satu lagu bonus kedatangan 2,versi reharsal,dirakamkan di perlis tarikhnya tidak diketahui bila, ianya menambahkan lagi misteri rakaman lagu bonus ni.

sound yang terhidang pula, total klasixx.. untuk tiga lagu rakaman 1988, mengikut apa yang aku perna baca dalam ertikel ntah aku dah lupa dari mana aku baca haha.. mengatakan ianya dirakam menggunakan kaset berharga rm5, oleh  seorang peminat blackfire yang ingin mendengarkan lagu2 mereka. soundnya amat bagus bagi telinga aku, walaupun vokal kedengaran 2 kali, berdentum, namun muziknya layan.. bukan macam rakaman live yang aku dengar selalu, yang ni soundnya agak klasix, seolah2 ada roh dalam album ni.

antara lagu yang mereka persembahkan pada hari bersejarah ni, mungkin ada lebih, tapi dalam album ni hanya 3 lagu saja terekod, lagu pertama sengketa, nama asal lagu ni sengketa dibalik awan, lagu kedua pula lagu killer mereka lahirnya dari api, sapa sangka tahun 1988 ada sudah band ditanah melayu ni, yang  mempersembahkan lagu yang menceritakan asal usul syaitan di dalam lagu mereka, total respek gila aku kat blackfire ni. lagu ketiga pula blackhell.. total hell memang sok dengar album ni antara album live yang paling mengujakan aku.

dalam rakaman ni, azmi siap berenteraksi kepada crowd pada  masa tu, memperkenalkan lagu sengketa, yang mengatakan soundnya ada lah sikit irama thrash, namun azmi berkeras mengatakan mereka bukanlah band thrash, tetapi lebih kepada band black metal.. wow.. tahun tu mereka dah memainkan irama black metal di bumi malaysia ni aaaaaargh!!! kendengaran juga azmi cuba menenangkan crowd yang sudah mengila, mungkin ada keganasan kot berlaku dalam venue, mengikut apa yang aku rasa dalam album ni, azmi cuba untuk menenangkan mereka, mengatakan thrash metal heavy metal black metal serta rock adalah bersaudara, tak mau gaduh2, dapat aku bayangkan kegilaan crowd yang hadir pada hari bersejarah ni.

mendengar album ni seolah2 aku turut berada disana, satu rilisan yang wajib rasanya di miliki oleh generasi baru, album ni rilis dalam format pro cd, diriliskan oleh label dari singapore by basement rekord.. habis!!

Khamis, 10 Julai 2014

AS SAHAR - DEVILLATION MASTER 'DEMO 1994


These tracks had never been released in any form before.

(P)1995 (C)2003 RARE N'UNRELEASED - DIGITALLY REMASTERED, kaset ni memang aku  suka dengar soundnya  mentah, bermelodik serta bising..aaaaaaaaarghh.. ada 5 lagu dalam demo ni, rasanya ini lah era as sahar yang extrim, lihat saja imej mereka muzik tak ya cakaplah total hell rasanya,, betul aku tak tipu, ada juga beberapa kaset2 as sahar dalam simpanan aku, tapi yang ni soundnya melekat dalam hati ku. 

Rabu, 9 Julai 2014

SIL KHANNAZ - DARAH MUDA



2003 darah muda album penghargaan untuk D'cromok, Metallica, Sofea, Megadeath, As sahar, Ozzy osbourne, Sweet charity, W.A.S.R, Othman hamzah, Europe. mengandungi 10 buah lagu, menariknya rilisan ni kesemua pemuzik dalam sil khannaz menyanyikan setiap lagu2 yang mereka pilih, seperti jaie memilih lagu d'cromok huzaifah ibnu yaman dan kawasan larangan serta 2 lagu lagi, jaie membawa 4 lagu maka selebihnya dinyanyikan oleh lan bye , dark E, Hashim, adjezz. disertakan juga dalam inlay kaset ni cerita mengapa dorang memilih lagu2 band ni, kiranya band2 pujaan dorang lah ni.. aku suka lagu dalam ni kawasan larangan-sofea dinyanyikan dengan cara jaie sendiri aaaarghhh... album yang bagus juga ni untuk di dengar aku menyukainya..  

Selasa, 8 Julai 2014

NIHILGOAT - PROMO 2012

Promo ni aku beli dengan rega rm10 berbaloikah utk promo saja, rasanya tak kot, sepatutnya promo2 ni bagi free saja, disebabkan ianya rilis dalam fomat kaset dan band lokal plak tu, support saja lah karya mereka ni. dalam promo ni ada 2 lagu saja satu tu lagu saduran dari band blashphemy. aku andaikan band ni memainkan black/death metal.. selepas promo ni keluar, tiada pula menyusul apa2 berkaitan dengan band ni, apakah ada rilis aku terlepas pandang ntahlah,, berharap juga band baru ni akan terus berkarya mengeluarkan album, jangan selepas keluar satu promo demo terus senyap, haha good luck lah utk nihilgoat..

Isnin, 7 Julai 2014

SABBAT - SABBATICAL MALAYSIAAARRGGHHH


Tiada ribut tiada angin tiada ura2 kabar berita mengatakan yang gig sulung sabbat kat kl di rakam dan diriliskan, tup2 terus ada kat wall fb gambar cdnya berharga rm30 siap poslaju, aku yang tak banyak fikir terus saja deal dengan pantasnya, lusanya bungkusan mendarat kat rumah, respek kat distro ni, tharshingfist prod, bab2 deal ni memang pantas,,, cuma sedikit terkilan jewelcase retak lah pula,, tak apa itu boleh dimaafkan.. ni aku nak cerita pasal cd lve sabbat ni, kalau aku tak ada masa tu kat sana rasanya cd ni akan menunggu giliran kot.. banyak lagi rilisan dalam radar aku ni.. oklah sabbat live ni mengandungi 14 lagu kesemua lagu yang mereka persembahkan hari tu, inlay pula ada 8 mukasurat seperti gambar2 yang kat atas tu.. sound pula total like hell lah.. sebijik macam berada disana, langsung beb, baru satu lagu dah dengar gezol cakap hot.. baru tahu rumah api bah tu,, album live yang menarik utk dimiliki apa lagi kalau maniac sabbat,, aku ni bukan maniac dorang tapi respek lah kat band ni hahaha.. jika nak kan cd ni boleh lah berhubung terus ke fb thrashsing fist, tak pun google saja blognya ayat yang sama.. hahaha nahh aku taipkan semula soalan yang di sertakan dalam ni cd mengenai apa pandangan gezol pasal hari bersejarah dorang kat malaysia..




tebiu..
ABOUT SABOTAGE SHOW IN KL AND CHANGE TO SMALL AND HOT AS HELL VENUE, WHAT YOU COMMENT ABOUT THIS?

Gezol- even if it happened, i had the prepare of my mind and heart , so, that was to be expected. Actually the venue was really hot like inferno. but, i thought if there was the ''hell'', I should welcome the hell ! coz, we're playing  hellish metal ! we're born in hell and growing the feeling was like we've returned to our homeground ! everything was not problem ! the most important is that we could play all songs we prepared. 

cerita gig boleh dibaca disini sabbat live hahaha...

Jumaat, 4 Julai 2014

4 julai...

MEntari merah diufuk timur.... tarikh yg tertulis dalam surat beranak ku jajaja.. dilahirkan di hospital duchess of kent sandakan.. alhamdulillah syukur atas nafas ini.. pada jam 00.00 pagi tadi.. sempat lah aku berdoa sikit,, mengingat kembali kejahilan yang aku lakukan... bersempena ramadhan yang penuh dengan rahmat ni.. semuga perjalan yang akan aku tempuhi dapat lah aku mengelak dugaan godaan dunia yang fana ini.. huhuhu.. terima kasih utk isteri tercinta kerna memahami hobi gila2 lakimu ni, walaupun kamu tak mungkin baca entri ni.. hahaha... 

Rabu, 2 Julai 2014

IRON MAIDEN - A MATTER OF LIFE AND DEATH


Selepas bertahun2 aku tak dengar album ni, akhirnya semalam dapat mendengarnya semula, dalam format kaset plak tu hehe.. siapalah aku kan nak bercerita pasal iron maiden huhu..... cumanya disini aku nak cerita, kaset ni agak istimewa dengan hidup ku ini, sebelum aku dengar kaset iron maiden ni, aku belum perna sekali pun dengar lagu2 mereka, tapi yang peliknya, sekitar tahun 2005, aku dah pakai dah baju2 iron maiden ni, bootleg lah belambak kat klang dulu, design pun mantap2, sekarang ni hampehh...

masa tu aku memang gila dengan baju iron maiden, selain dari search dan cromok, masa era poser aku bukan true dengan muziknya, true dengan baju2 saja.. hahaha.. kawan2 selepak aku sibuk dengan dress rock kapak mereka, seluar harimau baju loudness dah macam filem rock masa tu kalau aku ingat balik, rasanya ada 2 3 orang saja yang lain citarasa malu nak pakai seluar harimau kuda belang etc, 2 3 orang tu temasuk aku lah hehe.. aku biasa saja jeans dan baju hitam ok.. jiwa love to search lah memang gila ngan search, masa filem rock oo keluar, kawan2 aku mmg minat ngan rimba bara, aku pula tertarik ngan malaikat mautttt.. apa sudah aku taip ni.. jauh dari landasan a matter of life and death sudah..


sambung balik pasal kaset iron maiden tu kikiki.... begitu lah ceritanya sebelum dapat kaset ni memang tak perna dengar sekalipun iron maiden, masa tu buta internet, utube pun tak tahu buka cemana... album ni rilis aku ternampak, terus beli, walaupun hati mengatakan tidakkk... takut lagu setan, isu black metal masih berbahang lagi, gelombang kedua,  dah aku pakai baju iron maiden tapi tak perna dengar lagu2nya.. aku terus bayar saja, berdebar juga bila dengar, last2 dia punya suara lebih ganas dari cromok.. layan terus lah..

siang malam pergi kerja balik kerja cuti hujung minggu tak melepak, aku habiskan dengar kaset, terutama sekali kaset yang baru aku beli, kaset ni, memang kerap kali aku pasang, sampai dah terhadam sepenuhnya, lagu2 dalam ni, yang paling aku suka lagu the pilgrim ngan the reincarnation of benjamin breeg, rentaknya memang sempoi... 

lepas tu bertahun lah juga kaset ni kat aku, bila sepupu aku nak balik kg dah, masa tu kami duk kat hostel tempat kerja kami dulu.. teringat pula aku bilik hostel tu, penuh ngan gambar2 yang kami kerat dari surat kabar.. macam2 band rock yang kami tampal... tak sangka juga aku masa dia berkemas dia minta kaset ni kat aku, dia saja sepupu aku satu kepala kat muka bumi ni, jadinya aku pun bagi lah kat dia, ntah dia masih simpan ke kaset yang aku bagi tu, atau dah hilang... dia pun ni last aku jumpa beberapa tahun lepas2 sampai skg los kontek kami huhuhu..

kalau nak diceritakan pasal kaset ni memang boleh macam cerpen ni entri,hahaha... ohya kaset ni aku terlihat dalam toko beberapa bulan lepas, bila aku suruh hold, tak sangka dapat pula, ingatkan kaset second rupanya masih berbalut... gumbiranya hati ku semalam... teringat kembali masa zaman jahilliah ku dulu.. dengan harga rm25 termasuk poslaju.. dari kk-klang, memang berbaloi.. terimakasih sama si penjual kaset ni. sekian penceritaan ku ini jumpa lagi di lain halaman....huhuhu.

Selasa, 1 Julai 2014

SIL KHANNAZ - PENDITA GILA

sedar tak sedar dah bulan julai... utk entri bulan ni aku akan tampalkan koleksi cd kaset terawal yang aku miliki, tak lah se rare atau album killer. masa bermula mengenal muzik ni hanya rock saja yang paling heavy didengar,, metallika sepultura tu pun dulu aku ingat rock..haha.. beli secara rawak.. tak pena tahu genre muzik yang lain yang pasti hanya black metal saja jika suara2 setan ni...


pendita gila.. album ni rilis memula kaset kan, dan antara rilisan sil khannaz yang paling banyak kali dirilis semula dengan kulit album lain2, yang ni deluxe edition lah.. ada 10 lagu dalamnya, 4 lagu dari ep pendita gila dan 4 lagu lagi dari album conception of madness, kalau tak silap lah, 2 lagu pula tu remix song, bara pawaka dengan sinner burning... ni pun aku anggap album black metal juga masa memula dulu.. huh


jika aku ingat balik, aku terbeli kaset split ftg ngan sil khannaz, dari situ lah aku dengar lagu2 sil khannaz ni cemana bunyinya, tapi kebanyakan lagu dalam tu dari album gerbang kayangan. bila aku beli cd ni aku tengok ja pendita gila sambar saja, dan ada juga lah album2 lain aku beli masa tu, sekitar tahun 2006 kalau tak silap, walaupun masa tu tak lah seaktif kebelakangan ni aku membeli cd/kaset, sekurang2nya aku gembira masa tu dapat beli seketul cd/kaset sebulan dah cukup, tapi sekarang berbeza nak saja aku rembat semuanya yang aku inginkan.. 

masa memula dulu aku kurang bekenan juga dengan cd ni, sebab muziknya agak setan dah aku tak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh band ni, lain lah album gerbang kayangan tu, yang ni best... tapi sekarang aku dah boleh terima lah alunan muzik dalam ep ni dan sudah mula menyukai album2 yang muziknya ganas..  selepas aku hambakan diriku kepada muzik metal, terutama black metal, nak jadi true gilababi punya wahahaha.. last2 kena label poser juga.. dulu rasa sakit hati kalau dilabel poser ni., sekarang ni aku peduli apa, apa saja yang aku suka dengar aku dengar, era nak jadi setan aku sudah berlalu lah... tak dengar muzik black metal pun ada lagi yang lebih setan, muzik hanya lah hiburan halwa telinga, kalau best layan kalau tak lupakan... ayat orang2 lama aku pinjam wahahahaha.... pendita gila