Isnin, 25 Ogos 2014

FTG - KUASA

ALbum ftg yang pertama aku beli guna duit sendiri, pertama kali dengar ftg ni, dari kaset abang aku, tajuk album ftg tahun 2000 http://uvianhell696.blogspot.com/2013/10/ftg-ftg.html album ni.. haha... aku nak tampal album ni sini sebabnya ianya pemula aku juga lah dalam mendengar muzik secara serius, tahun album ni rilis, band2 mainstrem masih lagi rilis kaset termasuk lah search gothik malam edan tu, sayang juga kalau aku ingat2 balik tahun tu, aku hanya beli 1 2 ketul saja kaset sebulan, mungkin masa tu aku duk hostel lagi.. hmmmm..

bercerita pasal lagu2 dalam ni, lagu2nya kira ok lah nampak macam satu kesatu lagu tu hampir2 sama saja rentaknya kecuali lagu senja kota yang rentaknya lebih perlahan.. lagu ni cukup sedap dengar, masa balik keja atas motor sambil nyanyi memang mendamaikan.. demi keinginan dan tuntutan hidup..ohyeee... sebelum senja jadi malam, peluang datang sekali sekala, hanya yang mengerti tahu hargai nilai, hidup senja di kota rayaaaaa....

lirik2 dalam ni menceritakan ketidakpuasan hati dan juga kesedaran pasal syaitan dunia dan macam2 lagi yang membabitkan kuasa... ya.. menaip mengikut kata hati skg ni, banyak aku snap gambar kaset semalam masa aku layan.. nanti ada masa aku coretkan kat sini mengikut rentak hati ku wahahaha...

2 ulasan:

  1. bersempena merdeka...
    ku tujukan satu lagu FTG untuk mu...
    Malaysia........MAJU!!!!
    (versi live)

    BalasPadam
  2. aku last follow FTG sampai album 1st yang melayu tu la..

    BalasPadam