Jumaat, 26 September 2014

HUMILIATION - BATTALION

Apa lagi yang nak dikatakan, band ni begitu pro aktik, dengan rilisan2 yang tak perna ada hentinya, terbaru ni album penuh kelima dari humi dengan judul battalion, menyerang lagi dengan dentuman2 bom old skool death metal.. menghidangkan 11 lagu satu intro the malayan emergency, lirik masih lagi memfokuskan perang perang dan mungkin tidak akan berenti disini, jika album tahun lepas soundnya kedengaran agak bersih, utk battalion ni soundnya kembali ke sound asalnya, raw sedikit, gaya vokal pun sedikit berubah, hampir menyamai album kedua mereka, yang aku anggap album terbaik setakat ini yang aku dengar dari humi ni, aku tak kata album ni tak bagus, ianya belum dihadam sepenuhnya, masa pertama kali aku dengar, ianya sudah memandai untuk aku katakan wow.
sebetulnya aku tak sabar nak menyaksikan album ni dipersembahkan live depan mata, sapa yang perna tengok mereka live musti tahu cemana dasyatnya sound yang mereka hidangkan, kalau cd sudah sedap bayangkan sound live yang berlipat kali ganda bisingnya,.. aaargghh!!!

tak payah cakap banyak ayuh support tentera death metal tanahair kita ni, semoga tour mereka tahun ni sukses dengan jayanya.. Hail HUMILIATION MILITARY DEATH METAL.

Cd ni aku beli byhand saja, disebabkan aku excited nak memilikinya aku sanggup merempit ke kL masa gig september moon hari tu, lepas saja beli ni aku terus balik, rm30 byhand pos rm36.. hahaha

4 ulasan:

  1. Diorang ni byk rilis Vinyl saja....ini baru keluar bentuk cd rasanya

    BalasPadam
  2. We want more.. we want more.

    Aku rasa ko type ni semua ngan mulut termoncong2 keseronokan.

    BalasPadam
  3. Tuan blogger.. boleh bg alamat snailmail tuan untuk saya pos cd2 percuma dr Delusi. Email alamat tuan ke: delusiproject@gmail.com (maaf jika salah tempat hantar mesej ini)

    BalasPadam