15/11/14 sabtu telah berlangsungnya satu gig di insider space taman maluri
kuala lumpur.. membariskan band2 dari singapura dan malaysia, haha,, ni aku nak
buat macam rebiu pro lah katakan, tapi kan tak pandai lah, jadinya aku taip ja
apa yang aku ingat semalam di acara klhb ni.. selamat membaca..
sabtu 8 pagi aku sudah bangun dari tido, mandi sarapan dan layan muzik
seperti biasa.. kali ni nak trun awal jam 10 pagi, sbb sudah berjanji akan
bercumbu rayu dengan beberapa rakan yang akan membantu perjalanan gig ni,
dengan aku2 sekali lah jadi crew senang ceta, walaupun ada sedikit ralat rasa
macam tak nak trun ke gig ni, aku putuskan juga utk tak menghampakan rakan2,
lagi pun ada rakan dari sabah yang akan datang ke gig ni.
setelah selesai perjumpaan dan kami menuju ke lokasi gig, ohya singgah dulu
ambil band2 yang sudah sampai dari semalam, membawa mereka menuju ke tempat
mereka beraksi kejap lagi, sampai jam lebih kurang 12 macam tu tak silap,
keadaan agak sunyi sepi jugalah, pertama kali datang ke gig awal cam ni huhu...
buat apa yang patut setel aku trun kebawah alas perut, malas dah aku nak trun time
gig berlangsung lagi pun lokasi gig ni kena jalan kaki jauh klu nak makan, bawa
keta kena bayar semula pakingnya klu masuk.. hehehe aku cerita pengalaman aku
trus cam karangan gitu,,,,
awan hitam sudah mula menutupi langit lepas tu trun lah hujan dengan
lebatnya haha...gig yang dijadualkan akan bermula jam 2 terpaksa lewat sejam
mungkin sebab band pertama datang lewat atau pun menunggu kehadiran crowd,
sebabnya jam sudah jam 3 hadirin masih kurang kelihatan,,, mungkin sebab hujan
lewat datang.. apa2 sajalah.. berbisik juga dalam hati kecil ku andai sambutan
tak ramai, sebabnya esok metalcamp akan berlangsung dengan kehadiran band
thrash,..namun sangkaan meleset, crowd mula datang membanjiri ruang legar
diluar venue.
forbid traction menggalas tugas sebagai opening band pada hari kejadian,
dibarisi oleh line up berisi dihadapan aku macam perna tgk line up band ni,
hehe.. ini adalah persembahan pertama buat aku melihat band ni beraksi, makanya
lagu2nya tidak aku tahu, apa yang pasti sound yang mereka hidangkan memang
cukup untuk membuat para hadirin naik gila.... walaupun pada mulanya crowd agak
kurang didalam venue, masuk lagu kedua kegilaan dan ribut sudah kelihatan,,,
persembahan yang menarik dari band ni, apa yang aku ingat, mereka ada cover 3
lagu sepultura..
band kedua Thrashit, band yang dalam list aku untuk disaksikan, mereka juga
ni ada meriliskan ep awal tahun ni,dengan tema neckbangers, thrash metal yang
akan mereka hamburkan utk petang itu dengan list lagu2 dari ep mereka, memulakan
dengan alunan intro disusuli sound thrash yang begitu padu, total ribut, crowd
menggila aku pun sempat menyelit utk melihat mereka dari dekat, dari segi sound
memang terbaik, apa yang kurang bagi aku adalah lontaran vokal yang agak timbul
tenggelan, sebabkan mike agak jauh dari mulut, dan bila didekatkan barulah
dengar, apapun layan... ohya ini gig pertama utk band ni dalam list mereka,
moga jumpa lagi di gig kl thrashed tahun depan jajaja....
selepas thrashit sepatutnya band pornogrind yang mengambil tempat, sebabkan
mereka belum sampai, maka berlaku lah ralat, tak tahu nak kata apa, organizer
cuba sedaya upaya untuk mencari band pengganti. crowd yang sudah gila tadi
terpaksa meredahkan kegilaan mereka, walaupun mereka inginkan lagi sound
dihidangkan secara terusan2 kegegendang telinga mereka, ku lihat mereka keluar
ambil udara.. tak lama lepas tu, mc umumkan, band dari sabah akan beraksi
selapas ini, menggantikan goreslut.
mortuary ancestor band yang diterbangkan dari sabah, sepatutnya beraksi
akhir sebelum rehat magrib, namun mereka
menggalas tugas band ketiga pada petang itu, selepas sedikit soundchek mereka
menghamburkan irama death metal, crowd yang sudah tenang tadi terpaksa bermula
kembali untuk memanaskan keadaan, ribut headbanging dihadapan terus mengiringi
band ni, bersama2 irama death metal bawaan mereka. beberapa lagu dipersembahkan
pada petang itu.. sukses buat mortuary ancestor, hail sabah death metal master.
(aku ada rakam satu video, nanti ada masa masukkan dalam utube) hehe.
selesai saja mortuary ancestor, goresluts sudah sampai, band lucah bagi aku
lah sbb dengar lagu mereka ni, ada suara2 enak dalam lagunya, apa menariknya
band ni pada petang itu, mereka dapat mempersembahkan lagu2 mereka dihadapan
crowd yang menggila,dengan irama grind yang begitu laju, serta vokalisnya yg
sangat bertenaga sekali, melompat kesana kemari, mmg ohsemmm.... suasa yg
betul2 gila pada petang itu. nasib saja tiada suara2 gadis dlm lagu2
livenya..hahaha...
kehangatan petang itu diteruskan dengan hujan diluar sudah mula redah,
selepas band goresluts, band dari kedah pula sudah naik diatas pentas, yeay
storming steel.. band thrash fucking heavy metal.. alah2 sabbat gitu.. setiap persembahan mereka di kuala lumpur
pasti aku ada saja, sayangnya masa sabbat hari tu, mereka tak jadi main.. pada
gig kali ini, aku boleh katakan ini adalah show mereka yang paling tip top,
sound mantap vokal kedengaran dgn jelas menghiburkan.. bertambah best lagi bila
mana vokalis hellstorm dijemput menyanyikan lagu terakhir,, cover song dari
band sepultura, anti crist, maka bertambah huru haralah venue pada petang itu.
memang gila, bagi aku sendiri, ianya satu bonus yang tak disangka2, dapat
menyaksikan vokalis hellstorm beraksi depan mata.. aku tak sia2 peluang, dan
merakamkan lagu terakhir tu, disimpan buat kenangan, ada masa aku share dalam
utube..
BATERI HENPON MATI CAMERA TIADA SUDAH,, ambil gambar dari fb sajalah...
band seterus memainkan irama skin +
metal, yang pertama dimalaysia, bayangkan bila 2 genre ni digabungkan. jugra
yang berasal dari selangor.. memainkan irama ni, dulu aku perna melihat mereka
ni, beberapa kali beraksi, tapi pada malam ni, line up sudah bertambah, dengan
pakaian tee yang bernombor 88 di dada.. semangat patriotik cukup kuat dalam
band ni, mereka persembahkan lagu2 dalam bahasa melayu, cukup layan pada lagu
pertama, ada lagu cover rasanya, lagu utk tentera, apa tajuknya pun aku lupa
plak, begini bunyinya, sebelum kami berjuang jangan harap kami peluang.. haha
sedikit liriknya, 2 vokalis mengalas tugas utk jugra, satu suara menjerit dan
satu suara metal.. crowd tak menggila sangat, tapi layan dengan muzik mereka
ni, mungkin pelik dengan muzik mereka, apapun respek buat jugra, melayu tak kan
hilang didunia..
selepas band jugra, gig diberentikan utk solat magrib, hehe... kalau
mengikut jadual gig ada satu band lagi, bila kelewatan di awal tadi maka
terpaksa berubah jam pada list. masa rehat ni lah time paling best tengok2
stuff, memang meriah kat luar penuh ngan peniaga2, dah macam pasar malam,
nasiblah aku tak bawa bajet lebih kalau tak memang shoping berabis, walaupun
begitu, aku paling pantang balik tangan kosong tampa ada beli barangan metal ni
hehe,
selepas rehat band dari singapura balberith sudah setup diatas pentas, jam
8 malam begitu rasanya, sound mula kedengaran crowd mula memasuki venue
kembali. Band ni kedua kali aku lihat beraksi di kl ni, apa yang boleh aku
katakan persembahan pada malam ni total bom seperti band2 yang lain, mereka ni
memberikan persembahan yang begitu padu, dengan alunan black metal yang laju,
kira war black metal lah. Suasa venue memang totaly huruhara.
Selesai saja balberith band yang ditunggu oleh kebanyakan crowd pada hari
malam itu, hahaha.. termasuklah diriku yang gersang ini... band shewolves yang
dianggotai oleh empat gadis2 yang cukup utk para crowd bersesak dihadapan pentas.. kebanyakan band beraksi pada gig kali ni, adalah band2 pertama kali aku
lihat, termasuklah shewolves.. selepas sedikit soundchek, band ni
memperkenalkan diri mereka kami shewolves, kebanyakan dari crowd sudah
menggila, memulakan set mereka dengan lagu sendiri, lepas tu lagu kedua cover
dari band iron maiden, memang sah dorang ni minat ngan band gergasi ni,
persembahan mereka memang layan aku berasak2 kedepan utk menyaksikan gitarisnya
dan juga drumernya, memang sempoilah, bila mana 1
st lihat band
wanita beraksi depan mata..hehe.. lagu ketiga rasanya ada masalah sikit
bilamana bahagia drum ada sedikit ralat, pedal patah klu tak silap, haha kuat
juga hentakan kaki gadis ni.,,phewittt.. hampir 10 minit mereka menyambung
balik persembahan mereka.. terbaik tu boleh lah sebab sambutan crowd yang luar
biasa untuk band.. semoga bertemu lagi shewolves....
Band black metal yang menggelar diri mereka santau, sapa tak kenal santau
nanti kena santau 77.. kali ni mereka bersama bassist terbaru, mengantikan moon
laknat yang tak dapat bermain pada hari kejadian. Crew santau mula membakar
colok yang bagi aku kali ni tidak menjadi, sebabkan coloknya memedihkan mata
asapnya.. apapun dari segi sound mereka memberikan yang terbaik macam
selalunya.. hail santau.
Band terakhir penutup acara gig pada hari kejadian, didatangkan khas dari
singapura, band cardiac necropsy.. band ni mengikut apa yang aku dengar pada
malam tu, mereka sempat berkata lagu lama mereka tahun 1991, pergh kira legend
jugalah band ni, mereka memainkan irama black metal.. apa yang bestnya kali ni,
crowd bersama hingga keband terkahir, sepatutnya beginilah terjadi buat mana2
gig di malaysia, sambutan pada band ni sama saja macam mana sambutan pada band
yang beraksi pada gig ni.. total tunggang tabalik, kedengaran juga mereka ni
cover lagu band mayhem freezing moon, aku anggapkan saja mereka mayhem hehe...
sound tak ya cakap, mereka memang pro, dengan gaya vokalisnya yang begitu
menghayati lagu2 yang disampaikan,, total layan.. harap berjumpa lagi di gig
akan datang...
Terakhir utk catatan ni, kesimpulannya gig ni berjaya walaupun ada sedikit
ralat, dengan kehadiran crowd yang mencecah 250 orang termasuk yang diluar
hehe.. enjoy semuanya. Dengar kabarnya part 3 akan menyusul hehe.. oklah itu
sajalah cerita utk gig ni, kalau ada rezki jumpa lagi dilain hari.