Selasa, 9 Disember 2014

Cerita pasal bola

AFF SUZUKI CUP MALAYSIA VS VIETNAM 2014
Kurangkan sikit deman SEARCH, kali ni cerita pasal bola, pagi sabtu aku dah keluar jam9 g stadium nak beli tiket, ingatkan nak bebaris panjang2, rupanya ada ulat tiket jual tak payah beratur hanya tambah rm5 saja dah dapat tiket, aku pastikan ianya ori, terus bayar.

esoknya gerak ke stadium shah alam jam 6, naik motor saja, plan nak naik kereta tapi bila fikir2 pasti jalan jem., walaupun hujan aku reda juga ngan motor, sampai stadium memang jem jalan kat luar tu, nak cari parking memang payah bagi orang yang naik kereta, aku senang2 saja.

gambar kat atas ni geng ultras malaya, dari jauh lagi suara mereka dah dengar, respek ngan dorang ni, semangat total gilalabi, tak perna rasa penat beris sorakan pada pasukan malaysia. aku lalang saja.. wahaha

masa mula masuk stadium kat belah sana nampak fan vietnam... kat belah aku berdiri ni, penuh sesak sudah.. aku plan nak duduk belah vietnam lah.. tapi tak menarik pandangannya, jadinya aku duduk atas sekali, tepi fan vietnam.
plan nak duduk sini saja, tapi tak menarik pula pemandangannya, datang stadium nak tgk bola, kalau kat belakang macam ni kurang menarik, aku blah dari sini... gerak g atas...
aku duduk kat sini.. mmg sempoi saja pemandangannya.. tapi kurang seronok juga sebab ramai yang isap rokok.. aku ni bebulan tak isap rokok kira berenti lah, rasa sakit dada ni bila terhidu bau rokok... masa pertama aku duduk kat sini, sempat lah merasa gol penalti safiq tu...
yg tu geng ultras tadi, memang terbaik... lepas masa kedua aku gerak pi sebelah tadi yang pertama aku masuk, punya jauh berjalan kesana, sampai aku sana sesak gila, susah nak tgk, masa kedua dah start, aku cari tempat yang sesuai, sampai aku rasa macam pedap, malaysia dah kena 2 gol, aku cari lagi lokasi seseuai, masa kedua ni amat merugikan aku, kenapalah aku tak duduk tempat aku tadi, kan best, tapi ada juga hikmah nya aku pindah tempat, hujan dah trun minit 7o lau tak silap. ramai yang berlari masuk, aku putuskan mandi hujan sajalah, aku balut henpon ngan dompet, trus cari tempat seseuai, tempat aku duduk petang tadi, sebelah pasukan vietnam.. walaupun hujan aku masih menjerit utk pasukan kita ni...

tetiba semua org pandang fan vietnam.. perghh. kulihat keadaan huruhara, macam ada harimau menyerang org vietnam ni, bertempiaran lari ketepi., rupanya ada pergaduhan, rasa macam nak join, nasiblah ada pagar yang memisahkan aku, 7 meter saja jauhnya dari tempat aku berdiri, aku tgk fan vietnam ada yang tak dapat lari, kena belasah kaw2 punya,. yang aku kasihan kan, org wanita ni, habis tergolek, bayangkan hujan licin tu, ramai tegolek fan vietnam... polis tak boleh buat apa masa ni, kawalan tiada, mereka ada kat bawa, lebih kurang 1 semint pembataian ni berlaku.. dasyat ohhh... lepas tu polis datang tangkap fan malaysia yg gaduh tadi, tapi geng2 dorang ni, tak bagi,,, kecoh juga dibuatnya...

jurukemera vietnam datang ambil gambar, snap2 last balik rumah dah heboh kat fb, pasal vietnam tu kena bantai.. memang ramai yang tak puas hati ngan malaysia.. sbb perangai samseng tu.. aku yang di sana depan mata melihat pembataian ni, macam tak tahu, orang yang tak trun stadium yang tak berada disana, dorang ni lebih tahu kakakakakakaka luculah.. tgk gambar saja dah buat andaian, kalau fan vietnam cool down saja ngan perang mulut fan malaysia tak lah gaduh.. ni nak tunjuk taring kat negara orang.. itulah kena bantai... bagi aku lah sepatutnya pihak berwajib pagar saja fan vietnam ngan malaysia asingkan macam mana lawan ngan indonesia, kita tak tahu apa bakal berlaku, ini bola sepak fanatik tu terlalu ramai, apapun boleh berlaku.

oh ya ada yang ckp geng ultras yang gaduh ni.. woi bangsat, kalau tak tahu cerita tu tak payah lah nak cerita buat fitnah saja,, ultras ada jauh kat seberang sana.. masakan dorang yang buat kacau... huhu

dah terkena lepas tu salah kan penyokong.. kalau buat2 awal2 tak lah memalukan negara... kbai.. malaysia kalah 2-1. harap ada keajaiban di vietnam..

8 ulasan:

  1. berapa kali sey ko alih tempat? haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak kali aku tukar, masa kedua paling teruk, tak ada tempat lagi penuh sesak.. nyesal aku pindah tempat aku tu.

      Padam
  2. stadium ni paling puaka kalau pakai public transport naik komuter.
    Aku dah macam sindiket Myanmar tembus lobang kat pagar keretapi, seberang railway haha, dah la bertapak jauh seberang highway semua danger giler dari stesen komuter nak sampai stadium shah alam ni

    BalasPadam
  3. Gila ar diorang ni..kadang yg buat taiknya org lain,org lain yg dpt nama..Fb biasa la bro..mana ada yg betul.provoke je lebih

    BalasPadam
  4. Hello...Kawan.
    Aku dah upload kat youtube, ko boleh download dari youtube tapi kalau kau nak original source file aku try kasi jugak..

    BalasPadam
  5. Pada aku penonton tu satu hal...tapi pihak keselamatan pun hampeh juga...patut kena asing2 penonton...dia org ni main ambik mudah ajer...yg penting tiket jual...langkah keselamatan hancus....

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah.. klu dorang ni pagar awal2 tak adalah sampai jadi macam tu hari.

      Padam