Selasa, 2 Disember 2014

SEARCH - GOTHIK MALAM EDAN




album studio terakhir search, ni album tampa 2 gitaris unggul search, walaupun  ada pertikaikan hillary adalah search sebenar tapi betul keh, bagi aku lah kan, patutnya album ni dua gitaris beradik tu yang bermain dalam ni bukan hillary, bayangkan sebelum rakaman album ni, dorang kena tendang keluar, aku masih ingat lagi baca dalam paper cerita pasal dua beradik ni, tak berdisiplin kata search, lepas tu dorang pun balas juga balik apa yang di kata search terhadap mereka, apa yang paling mengharukan, bilamana dorang ckp selama ini dorang yang siram benih dan akhirnya orang lain yang menuai, memang dramtik cerita search ni dulu2 zaman aku tiada internet aku follow dari surat kabar saja, kerja aku dulu membungkus part macam bungkus nasi lemak, jadinya kan klu aku nampak cerita2 search aku simpan aku gunting2 lepas tu aku lekat kat bilik hostel aku dulu, sayangnya semua tu dah melekat kat hostel tu. ohye sebelum album ni kan ada lagi album yang diwar2 kan akan rilis, empire garden lau tak silap.

cd ni aku beli dari fb, nampak saja kan, aku terus terfikir, klu beli kat kedai pun harga sama saja, ni rm30 masuk sekali poslaju, baru lagi ni, masih dalam plastik., masa memula rilis dulu, bayangkan aku beli kaset memang teruja gilababi, haha, lepas aku beli kaset aku beli yang ada percuma vcd dibalik tabir tu, versi digipack tu abang aku dah hilangkan cover albumnya dan vcd nya yang tinggal hanya cd nya saja. ni keinginan memuncak time2 gini kan, biasalah musin search melanda jiwa ni, terus saja aku sambar cd ni.

lagu2 dalam ni tak ya tgk lirik pun aku dah bleh nyanyi dah, kira ni dah terhafal sepenuhnya lagu2 dalam album ni, lagu2 dalam ni pun best2 belaka bagi selera aku lah. dari yang slow sampai lah ke lagu maut irama marakas.. lirik lagu ni pergh!! makan dalam dia punya feeling tu. sayangnya kan lepas album ni, aku meninggal kan search buat seketika, itu sajalah. akan ada lagi yang menyusul. otw ke mailbox aku k bai.

6 ulasan:

  1. Maksud tajuk album ni apa?

    Saya punya ulasan http://krenmaut.blogspot.com/2008/10/search-gothik-malam-edan-cdvcd.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud tajuk album ni rasanya ada dalam vcd tu amy ke yazid ke yg cakap, tak silap aku lah.. malam penuh ngan kegilaan.

      Padam
  2. aku takder album ni...masa keluar dulu aku macam tak berapa nak masuk...mungkin kena cuba semula sekarang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sound album ni mmg lain dari lagu2 search, tapi layan lah. ngan suara amy cam sirigala lagi tu auuuuuu..

      Padam
  3. Bayangkan... bayangkan Search main irama marakas kat IB.
    Harap jangan ada yang panjat pentas buat breakdance. Hahaha..

    BalasPadam