Khamis, 26 Mac 2015

WINGS ROCKESTRA DVD + CD

Cerita semalam... ni masa giliran aku pula cerita pasal dvd konsert wings ni. haha. apa yang menariknya tentang dvd ni. hurmm semuanya pasti sudah tahu kan. sebelum tu aku mau bagitau. aku tak turun konsert ni. rasanya aku tak perna ambil tahu akan konsert ni. haha. tapi aku ada tgk live percuma kat icity ntah tahun bila yang live kat tv9 tu kan. lepas tu slowlah ngan wings dan rock lain2. nasiblah cd ni rilis. pertama sekali yang bermain kat kepala otak aku, musti beli, tak nak jadi macam album live double trouble, dulu aku siap pegang, sambil cakap, nanti sajalah aku beli. sampai kan aku boleh terlupa dan sedar2 sudahkan bila terlihat org share,, nak cari sekarang memang payah. kalau ada yang jual pun musti letak harga sekeping LP imported kakaka..

dalam dvd ni ada 1 dvd dan 2 cd, satu cd aku sudah dengar semalam, dan nonton dvd ni sampai trek 31/50 aku ngantuk, memang layan album ni disebabkan penat giler, aku stop dan tido.. nanti sambung masa cuti nanti. tapi kalau mengikut apa yang aku rasakan, aku betul2 puas hati ngan pembelian ni. walaupun harganya rm46 ianya berbaloi. percayalah aku tak nak pisang berbuah 2 3 4 kali wakakakka.. tak beli nyesal tak berguna. ohya dapat lihat hillary pun ada main dalam ni.

satu saja lah bab wings ni aku tak suka. awie punya cara tu tak rock macam dulu2. wahaha.. jangan marah fan wings, aku ni boleh kata, wings ni adalah band rock pertama aku. dari dengar sampai lah lihat depan mata, siap begambar lagi ngan line upnya bayar rm10 kakakaka..kat fun fair. ohya nak tambah sikit lagi. aku ada hold beberapa cd kat speedy tu, rasa nak sambar, tengoklah cemana, album search 30 tahun tu memang dalam top list tapi ntah kena skip. menakluk kosmos lagi lah tak tahu bila nak beli. lagi satu hukum karma pun ada 2 pcs. harap aku sempat lah beli sebelum orang lain beli. itu sajalh kisahnya wings dvd ni. harap konsert menakluk kosmos tu buat sekali kat kl. senyap ja.. hurm ohya kat sayap2 wings jual ni rm60 hahaha.

ni lah isi dalamnya... aku ingatkan poster,, kiayam betul, bestnya ni kalau poster... dvd nya aku tgh layan... 

5 ulasan:

  1. i think this is for Sunday nite nye show, I was there. Best of the best.
    I think the CD is surely incomplete. It takes 3 cds to complete the whole show recordings.
    I did a bootleg for this show, dan pada aku antara feberet aku la, tu pasal sampai skarang aku tak mau beli release ni, aku takut edited haha.

    BalasPadam
  2. aku suka Wings...tapi tak suka Awie...hahaha...

    BalasPadam
  3. kiayam


    hahahaha! tak hilang kesabahannya bro~

    BalasPadam
  4. Dvd ni la bape kali aku pegi speedy kt wangsa maju jusco tu manjang takda.

    BalasPadam