BATU LAGENDA SANDAKAN
ok ini adalah batu sapi atau dikenali disemenanjung sebagai lembu. batu lembu gitu.. haha.. masa balik kampung hari tu, sempat bawa anak isteri datang sini, ini batu bukan sembarangan batu, satu jalan di sandakan tu, diambil namanya dari batu ni, jadi kawasan perkampungan kami pun ada nama batu ni, termasuklah sekolah menengah aku dulu namanya pun smk batu sapi, kira lejen batu ni, mengikut cerita dongengnya masa dulu2 seekor sapi telah meminum air laut dan dia terus kena sambar petir jadilah dia batu. haha ni masa aku kanak2 dulu memang percaya lah. bila besar baru tahu ianya hanya batu yang unik saja.
gambar kat bawa ni rupa bentuknya,
dekat pesisir pantai beb.. lihat batu tu.
mizi kat belakang tu batu lagenda, mengikut ceritanya ramai yang memuja batu ni, kalau nak kutip duit syiling ambil saja kat bawa batu tu, banyak org lempar... masa aku datang ni, kami2 saja, biasalah bukan masa cuti kan...
ni lah rupanya.. batu kebanggaan ni... hahaha
kalau korang datang sandakan, korang patut datang sini, kebanyakan tak ambil tahu kawasan ni, org lebih berminat ngan beruk org utan banding tengok batu lagenda ni, rasakan sendiri perasaan melihat batu ni dari dekat, ada satu perasaan yang sukar nak ckp lah. ok lah. nak lebih info lagi google saja geng...
Wahhh menarik.
BalasPadamTerimakaseh kerana info dan foto2 menarik.
Baru hari ni aku dapat tahu benda ni.
Komen aku nampaknye tempat ni sangat bersih dan boardwalk dia nampak baru dan cantik.
Aku suka jalan atas boardwalk2 gini kalau ada di tepi pantai atau kat belukar2.. pasal tak mau yang asli dan semula jadi tu rosak
Nice...tak pernah tau pun kewujudan tempat ni..lain kali balik Sandakan cari lagi tempat2 menarik kat sana...maklumlah orang semenanjung macam aku ni memang takder can lah nak kesana...
BalasPadamKalo dari jauh rupanya mcm katak..hehe..terima kasih info nya bro.baru harini aku tau pasal batu ni
BalasPadamkat border bintulu/sibu ada "batu katak"... hahaha
BalasPadamthanks for info ni semua bro!
BalasPadamtanggang si sapi derhaka hehe