Rabu, 26 Ogos 2015

SEARCH - DI PINTU SEPI

Bro berteromber sudah dulu bercerita tentang cd ni, > DI SINI <




Ini pula cerita aku, hahaha... sememangnya aku sangat teruja pengetahui perkabaran akan diriliskan cd ni, macam tak percaya gitu, rasa nak sambar terus saja kalau ada depan mata. dengar kabarnya sehari baru rilis 500 copy sold out.. terperanjat aku.. nasiblah ada 2nd press kalau tak nak menangis darah.

sememangnya aku teringin juga memiliki album ni, boleh kata album kompilasi lah kan, apakan daya album ni tersangat lah rare kat muka bumi malaysia ni, nak dapatkan versi asalnya versi tape., ada yang jual harga ratusan ringgit boleh beli separuh kambing bakar. itu pun jarang sekali ada yang jual, sebab mereka tahu kaset album ni, antara menjadi buruan kolektor kaset kat malaysia ni. jadi aku lupakan impian utk memiliki kaset tu huhu.. dengar kabar cd diriliskan... YAHOO....

untuk cd ni salutan buat universal,  kerana meriliskan kembali album berantu ni, kembar dia cd berpaling pun akan diriliskan tak lama lagi dengar kabarnya, itu pun YAHOOOO.. juga.. kualiti cd ni memang terbaik. harga pun mampu milik murah sangat, selepas menbaca penjelasan mereka2 yang dibelakang cd ni, ohye mereka sangat peka ngan perkembangan industri beli cd kat malaysia ni. tapi ada juga manusia yang tak puas hati, nak itu ini, nak tambahan mcm2, dah harga macam tu dapat kualiti macam ni ok lah. rm12.90 sen ni, aku beli 2 cd, nanti esok aku buatkan entri cd satu lagi tu.

album ni best sebab rare.. skg semua org dah mampu milikinya, jadi tak payah lah aku susah2 nak mimpi dapat kasetnya, dapat cd ni. kira bersyukur lah, hahaha... ohya, sound dalam ni mantap. terbaik universal... dapatkan dipasaran sebelum berputih mata. kolektor cd, musti beli seorang 10 keping, sebab dorang nak jual dimasa depan dengan harga berlipat ganda HAHAHAHAHA

kbai.

7 ulasan:

  1. I prefer versi ori Di Pintu Sepi & Setelah Hujan then the Double Trouble 2 dan Search Terbaik versions...
    I never hear Hillary Ang live main Di Pintu Sepi, but I remember first time Hillary Ang with Search main Setelah Hujan kat JB, giler seronok tangkappp syahddu

    BalasPadam
  2. khabarnya lepas Berpaling....Universal rilis Junction - Arah pulak.....siap2 jer la duit....berderet2 lepas ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap2 jgk Universal ni re-relesead album2 kumpulan Kembara...aku tggu lame dahh

      Padam
    2. ye betol tu...aku setuju

      Padam
  3. Aku pun dah beli jugak semlm..heheh

    BalasPadam
  4. Sambar yang mana ada bro. hahaha hellyeah!

    BalasPadam