Selasa, 11 Ogos 2015

oktober nanti...dan hari ini serta esok hari haha

haha salam semuanya, habis dah entri balik kampung HAHAHA.. belum habis cuma tak ada apa nak cerita,  klu nak cerita perkampungan aku ngan perkampungan di semenanjung, memang berbeza cam langit ngan bumi beb. tak banyak  nak dicerita kan sebenarnya.. kalau korang rasa nak tahu perkampungan aku korang boleh baca dalam blog yang aku jumpa kat google ni. dia perantau pengembara, dia sempat singgah kat kampung aku, dia cerita detail punya... nak baca buka saja link ni ( KAMPUNG BAKAU ) nanti korang bacalah. dia tak bias dalam menceritakannya, saya setuju seratus peratus apa yang dia taip, syukur lah aku merantau ke semenanjung dapat lah hidayah dan mengenal sedikit dan belajar bab agama islam, kalau tak penuh tato lah badan aku dan hanyut dalam dunia tu, bab sambutan raya, cam biasalah meriah, main ketam2 judi macam tak haram ja.. tapi aku sayang kampung aku tu, sbb dari kecil membesar disitu kan, banyak memori.. masa balik hari tu, kawan2 semua ajak buat benda2 yang perna aku buat dulu. gilar.. cakap saja kat mereka aku dan insaf... mereka ingat aku bergurau.. tapi realitinya rokok pun aku sudah tak isap... k. nak nangis aku juga kalau fikir kawan2 masa kanak2 aku masih hanyut dalam dunia ketagihan.. semoga mereka juga akan mendapat hidayah.... huhu

ok berbalik pada tajuk entri kali ni, berkenaaan bulan oktober ni, sebenarnya aku nak berenti kerja kat tempat kerja aku ni, rasanya sudah sampai masanya aku tinggalkan kerja ni, tiba masa nya utk aku bawa lori. perna dulu aku cerita kan, haha. aku dah dapat lesen lori sebelum raya lepas. otak aku jem juga dibuatnya. nak fikir kalau aku berenti tempat kerja aku sekarang ni, yang aku rasakan tempat kerja yang paling sempoi, bos pun melayu, apa saja berkaitan ngan pekerja diambil berat. tapi itulah aku terpaksa memilih utk berenti kat sini demi masa depan aku yang aku rasa terbaik utk jangka panjang,... andai kata panjang umor murah rezeki kan.. aku serahkan segalanya pada tuhan.

dapat kerja baru nanti mungkin blog ni akan dihentikan sementara waktu, kalau aku sudah stabil aku pasang balik wifi aku kat rumah tu.. haha.. bulan oktober seperti cerita bro deaf kan ada 2 konsert berlangsung nanti satu wings ngan search... kalau lah aku tak berenti kerja, mungkin aku pergi johor tu. tapi tulah kan tak ada rezeki. jadi aku akan pergi  tengok wings... yey... tak dapat lagi aku merasa nikmatnya city of rock n roll.. teringat dulu masa kat tempat kerja aku dulu, HR aku tu pempuan nak ajak aku p johor tgk konsert search. itu pun aku tak ikut... huhu...

ok lah nanti aku sambung entri balik kampung hari tu, jangan lupa baca link kat atas tu. best dia cerita. kbai.

4 ulasan:

  1. Ok nanti aku baca. Anyway, good luck kerja baru. Ada waktu update blog gile2 dan meriah dan informatif ini.
    Rugi kau tolak ajakkan HR tengok search di Johor.

    BalasPadam
  2. Kau belum berenti keja lagi kan?kalau belum aku rasa baik kau habiskan sampai hujung tahun ni,masuk tahun baru kalau rasa nak tuka kerja juga ikut pada kau lah..apa pun harap semuanya baik2 je

    BalasPadam
  3. kalau kawan2 kau hanyut dan kau tak bole buat apa2, last resort ialah senjata rahsia kita iaitu doa.

    aku rasa kau ada majikan yg bagus skrg ni dan kau patut bersyukur ada satu heaven ni. kalau dah confirm dapat kerja, baru la kau berenti. tapi kalau kau bawa lori part-time ok juga.

    BalasPadam