Isnin, 24 Ogos 2015

Coto Makassar sandakan, Dan sewaktu denganya. Part akhir

hello geng.. ini entri akhir dari kampung hari tu. nak cerita dulu pasal coto ni. ya coto makassar. kat mana2 pasti boleh jumpa punya coto makassar ni. apa yang menariknya coto makassar sandakan ni, ianya sudah lama bertapak di bandar sandakan, cakap ja coto makassar kat sana, pasti kedai yang jual coto ni akan terlintas di fikiran. gambar kedainya aku tak snap pula. terlalu teruja nak makan dengan seganya aku tu..hehe. apapun coto ni kat bandar sandakan tu, kat tgh2 juga, dorang jual dalam kedai cina, kira tumpang tapak kedai tu lah. ditanggung halal. kedai cina tu jual air je, kita makan coto order kat cina air.. saling bantu menbantu gitu.. yey satu je gambar aku snap. kat bawa ni, gerenti sedap. ni coto memang lejen bagi hdp aku. masa kecil2 dulu klu ayah ajak p bandar musti makan coto ni, dulu coto campur ada perut sekali tu memang seram nak makan, skg aku hanya order daging.. dagingnya lembutt yam yammm...


dalam blog deaf ada ceta epok2 kah atau karipap. nah kat bawa ni karipap mee, selalu makan karipap ubi,  versi ni kena letak lada air tu, gigit atas kasih lobang, letak air dalam, bila makan air lada terpancut... pedas dan sedap.



yang kat atas ni pula agal2, kita orang panggil, orang sini mungkin panggil rumpai laut camtu. gambar ni aku snap masa aku makan seorang gitu, aku beli rm1 je satu pelastik. agal2 ni perahkan limau ngan picit lada, pastu gaul ngan pelan yang pahit2 tu, beliur juga aku makan. sebenarnya ada satu lagi makanan laut yang aku nak kongsi, tapi gambar tak tersnap, yang tu. namanya lato. mmg sedap. agal2 ni, ada jual kat klang juga, orang sabah jual, tak rindu sangat, kalau lato, memang aku rindu, macam makan air laut rasanya tapi tak masam....


ni pula bangunan kebanggaan bandar sdkn skg ni, harbour mall katanya, masa aku disini memang dalam pembikinan, sampai hari tu siap. sebelah dia ni pasar basah, nyesal juga aku tak snap gambar, bukan apa, aku gendong ekin sepanjang jalan2 kat bandar ni, itu yang menyusahkan sikit, apapun mall baru ni, indah kabar dari rupa. rasanya kalu kat sini, aeon jusco, mau 10 kali mall sdkn ni, tak meriah, rasanya org tak mampu sewa kot dalam tu.

yang terakhir... selalu jalan2 ngan mak mentua, ngan makcik ngan adik ipar, jadi tak banyak tempat2 lejen yang meninggalkan kenangan kat aku, aku pergi lawati, ada juga aku pergi sekolah lama aku, ambil feeling.. sebelum berangkat balik tu, baru lah aku terjalan ngan mizi, itu pun hantar makcik pi bandar ni. lepas hantar terus singgah di tembok sandakan.... teruknya sudah tembok kebanggaan suatu masa lalu, sampah bersepah. mungkin lepas siap harbour mall tu, orang dah jarang belepak kat tembok tu. gambar mizi kat bawa ni.




ohya hampir lupa pula... ni ada sikit lagi ikan rebus, ni ikan kayu kan, hahaha ni pun sedap gilaaa.. kepala ikan ni makan mmg kesukaan aku, ni aku pun boleh masak. senang ja, letak air letak serai, ngan air, pastu masak, jgn lupa letak garam ajinamoto.. sedap. satu ekor ikan tongkol sana rm20 je, besar puas hati.. banyak kali aku beli, tapi ikan bakar sim2, sudah tak boleh makan beb, dia punya harga sama sudah mcm semenanjung, rasanya kat klang tempat aku jual ikan bakar ni lagi murah. aku makan 5 orang 4 ekor saja, ikan bakarnya bayar rm90. dulu makan 8 org tak sampai rm50.


perghhh ikan ni tak ada tandingan dalam mana2 ikan kat muka bumi ni.. kat sini boleh saja beli, tapi rasa kampung tu tak ada.. aaaaaaaaaarghhhh... mata tu klu kena hirup.. berbunyi beb... hahahaha

ada lagi sikit. ni gambar bawa ni, siput, ya siput harimau, makanan org2 kaya. pakcik bini aku tu nelayan kan, dorang tangkap ni siput. dgr siput ni mahal. masa ketam datang hari tu sempat kirimkan aku satu plastik ni. rasanya memang sedap, cica ngan sambal yang mak mentua aku buat, terangkat.... hahaha sori lah gambar2 tak banyak, apa yang ada ni, gambar2 yg aku makan seorang, gambar curi2 hahahaha segan bah. ada lagi biras2 aku tu kan... nanti lain kali aku balik aku detailkan lah.. rasa rugi juga tak snap banyak2..


siput rimau katanya.



penerbangan kami balik kl hari tu, malam, jadi tiada apa yang nak dilihat, semuanya gulap gulita sampai semenanjung baru nampak lampu2 neon dibawa sana... ohya balik tu, telinga aku tak sakit. yg sedihnya bungkusan yg dikirim dengan kami, sangkut kat lapangan terbang, sebab kena bayar rm600 lebih, gila lah. terpaksa bawa apa yang termampu saja. bayangkan aku beli 15 kilo. lepas tu tambah 30 kilo bayar rm80 lebih, lepas dari tu, kena kira lain. rm600 katanya semua barang2 tu. aarghh kata ku tak apalah..esok nya pula mak mentua kirim guna pos. rm40 lebih saja bayar...

ok lah itu je catatanya... 

8 ulasan:

  1. coto makassar tu macam soto la ye? soto ayam soto daging gitu.
    Karipap Mee apa sey kandungan nye? Tapi lawa lak foto tu.
    agal2 pun tak tahu.
    Ikan rebus pun tak tahu tapi cam sop ikan gitu la ye.
    Siput Harimau..
    Airport charges mahal giler ye? Nasib baik kau tak bayar, pakai post lagi elok.
    Seronok la baca cerita kau. Pasal harga bila makan2 dan jugak suasana bandar dan tepi laut tu.
    Thanks a lot.

    BalasPadam
  2. banyak rupanya makanan Sabah yang aku tak tau lagi....harap satu hari nanti aku merasa la jejak kan kaki ke sana...

    BalasPadam
  3. coto tu nmpk best. mmg mcm soto

    BalasPadam
  4. Banyak makanan sabah yg aku tau harini..tq share bro.gamba mizi tgh duduk pandang laut tu mmg art.

    BalasPadam
  5. soto makasar..dia taruk kacang tanah yg dkisar...sedapp

    BalasPadam
  6. penah beli rumpai laut kering. rendam dekat 2 jam baru lembut. pastu bau dia hanyir gila hahahaha!

    BalasPadam