Jumaat, 21 Ogos 2015

Taman buaya sandakan

mari melawat buaya..

  SANDAKAN CROCODILE FARM


Nak cari tempat ni senang saja, kat batu 4, kat roundabout ada satu replika buaya tunjuk arah nak ketaman buaya ni. jalan dalam 5 minit macam tu nampak lah signboard ni..


tiketnya masa aku pergi 26 julai 2015 hari tu, bapak budak rm10, kanak2 bawah umor 12 tahun rm5. hari tu kami pergi 4 dewasa dan 6 kanak2 kot lupa lah aku, jalan2 ngan kakak ipar, ikut kan aku, aku tak nak kesini, disebabkan malam sebelum tu, ada gak saudara datang sini, kakak ipar tu dorang tak ajak, tgk raut wajahnya pun macam kecewa gitu, ditambah2 ngan mak mentua cakap membazir saja datang sini. baik beli makanan. tapi....


ni buaya ori tau.. dorang dah awet gitu..ni kat dalam, lepas bayar baru boleh bergambar, banyak gak buaya di awet ni, besar2 pun ada, gambar family lah banyak tak tampal sini....

sebelum aku masuk bayar tiket tu, aku sempat gurau ngan amoi jual tiket tu, kan ada dalam utube aksi masuk kepala tu, aku tanya lah dia kot2 ada aksi tu, katanya yg tu bahaya, kalau aksi masuk tangan ada,.


selangkah masuk dari pintu... WOWW.... gila lah buaya beb, ni aku pun pertama kali tgk buaya depan mata hidup2 gini.. walaupun kebanyakan buaya ni tido namun amat mengujakan..




 buaya kat atas ni rare.. siap bagi isyarat dio lagi \m/ gitu..




anak2 buaya pun ada...




BESAR GILER BUAYA NI... cam raksasa gitu.

Lepas pusing2 tempat ni, diumumkan akan ada persembahan menari dengan buaya.. wow.. hebat cepat2 kami ambil tempat menarik...


teruja punya pasal, sebelum buaya kecil ni diangkat, dorang bagi lemas dulu.. cian juga buaya ni, tapi kesian lagi pekerja seorang tu, dia pi gendong buaya tu pastu menari, lagu proton saga kelabu... kat akhir catatan ni aku link kat video pekerja tu menari ngan buaya.



selain menari dengan buaya, dorang ada tunjuk cara nak gosok gigi buaya hahaha.. yang ni buaya saiz besar... yang kecil dah habis persembahan mereka., ada tiga buaya ni... lihat tu dia gosok gigi buaya, sekali ngap hancur...


ni buaya paling brutal katanya antara buaya yg kejam dalam muka bumi ni. apa jenis buaya pun aku lupa, ni buaya ketiga. dorang mau buat aksi lain pula.




mereka cuba tunjuk baring di atas buaya brutal.. nampak macam slow, tapi bahaya.



mula2 berdiri, lepas tu baring sambil lambai penonton, lepas tu lambai kat kami pula.. habisss persembahan mereka. selamat utk kali ni tak kena ngap ngan buaya tu.. haha


dalam kandang buaya ni, selain dari buaya. ada juga binatang2 lain mcm burung unta, memerang ikan2, kambing rusa, monyet, ayam serama, dan lupa saya, haha.. memang puas hati bro datang sini, ingatkan rugi lah kan, bak kata mak mentua tu, dapat tgk reaksi bini anak nampak buaya, ada gak lah dorang bagi makan buaya, tak dapat nak snap. kalau dtg sandakan tak tahu mana nak pergi datang tgk buaya pun ok juga, lepas dari sini nak plan p sepilok tgk beruk, tapi tak jadi. mungkin next balik kampung akan pergi lah.

ok aku cuba masuk kan video menari ngan buaya tu. kat bawa ni


senang lah masuk kan video.. yey.. layan bro... k jumpa lagi.

6 ulasan:

  1. tengok show macam ni...teringat taman buaya yang kat melaka tu...

    BalasPadam
  2. terbaik la foto2 dan cerita kamu.
    Foto kau yang dari jauh tu masa pertunjukkan tu, Dahsyat giler, besar sangat buaya tu berbanding ngan staff yang buat persembahan. Mengerikan ok tengok perbandingan size. Sekali dia ngap, cammana nak lepas, terus dia rolling tarik masuk air abis la. Ya Allah tak bleh imejin aku.
    Thank you so much for sharing.
    Anyway, kita semua manusia ada lain2 suka dan tak suka, kalau macam aku, ikut orang pergi shopping mall, atau shopping pada aku buang masa dan membazir, tapi kalau pergi Zoo, aku hidup psal suka tengok haiwan, tapi orang lain mungkin rasa boring...

    BalasPadam
  3. wow tak sangka sandakan ada tempat menarik dan exotic mcm ni

    BalasPadam
  4. mak aih! menari dengan buaya? hahaha! Sabah didalam list aku. Aku teringin nak kesana. Huhuhuhu!

    BalasPadam
  5. Headbanging dengan buaya..heheh..nice post bro

    BalasPadam
  6. www.sweetsouvenirs.com.my for malaysia souvenirs

    BalasPadam