Jumaat, 30 Oktober 2020

Memancing di block Y westport pulau indah

 

haloha.. hari ni aku ada masa nak kongsikan tempat aku mancing di pantai2 pulai indah. aku perna kongsi mancing di jambatan muhibbah pulau indah lama dulu. entri tu mendapat sambutan yang sungguh luar biasa dari pemancing yang singgah di blog ni. walaupun blog ni lebih fokus kepada hobi no 1 aku berkaitan muzik. mancing juga ni salah satu hobi aku. ada tujuh tempat memancing di pulau indah ni tepi pantai. salah satunya block Y westsport ni. tempat ni jarang2 orang masuk sebab utamanya jarak nak ke sini jauh juga. kalau naik kereta payah sikit kena ramai2 kalau berdua memang sangkut lah sebab jalan dia berpasir mudah kereta sangkut. seeloknya naik motor.. kalau korang yang perna ke pantai aceh. mudah sikit jumpa tempat ni.

kat depan sana tu selat melaka.. boleh nampak kapal2 kontena memasuki selangor.. tempat ni syok siap ada pantai cantik kalau air surut..

lihat pantainya.. tak ada orang datang sini mandi2.. sebab utamanya kenderaan susah nak masuk tempat parking pun jauh.......perhatikan gambar atas tu aku dah pasang awal2 perangkap ketam. tunggu air pasang gitu.. hope ada ketam boh..sebab ini percubaan aku pertama nak tangkap ketam suri. sebab perna tengok orang naikkan ketam masa mancing

kapal2 besar begini akan sentiasa lalu sini..

pandangan sebelah kanan pula betul2 kat dermaga blok Y westport.. nampak kaki pancing kat depan tu. hanya pemancing pantai tegar saja yang akan masuk sini. ada tu sampai bermalam pagi baru balik.. aku datang sini tadi pun shif malam sudah otw balik.. huhu

aku tengah tunggu air pasang.. aku silap tengok air pasang aku ingat jam 8 pagi air mula pasangm rupanya jam 12pm baru air pasang. jadi aku tengah santai2 dulu buat perambut.. hari ni aku bawa bubu ketam. nak tangkap ketam sebenarnya tujuan aku kali ni.

ok sambung balik pasal blok Y westport ni. sebenarnya tempat ni tak boleh mancing sebab kawasan ni pelabuhan betul2 kita kat hujung pelabuhan tapi laluan dia kat tepi jadi jika kita mancing pun polis port tak larang sangat asal kita tak masuk ke dermaga sana. seperti gambar di atas ni. kat sebelah tu pantai aceh tau.. kira pantai aceh kat depan. kalau nak ke blok Y ni ambil tepi. ada bekas laluan kereta. 

nampak kilang baru nak buat tu. sampai hujung tu ambil kiri jika nak kepantai aceh hala kedepan. kat situ juga aku parking motor.. ada juga kereta masa aku parking. kereta orang yang mancing bawah jambatan tadi..

air pun mula pasang dan pantai mula dibanjiri air laut..

tempat berteduh ada juga kena angin bertiup lagi syokk tak terasa bahang panas mentari

seperti aku katakan kapal2 tak henti2 masuk..

santai mancing terus tampa ragu2..


okey.. ni aku nak hala balik sudah. masa masuk aku tak ambil gambar pun sebab aku tak terfikir nak tampal kat blog tiba2 masa tunggu air pasang aku terfikir korang yang singgah blog aku ni yang bertanya tempat mancing kat jambatan muhibbah tu....nampak kilang pkfz tu kat situ lah laluan masuknya depan sana sebelum pantai aceh..lepas saja hujung kilang pkfz tu terus ambil kiri tau aku pesan sekali lagi nanti korang ikut je jejak kereta sampai ke hujung.. seperti gambar bawah ni nampak kan kren westport tu.. hujung dia parking lah motor kereta sana pastu lalu sikit kat batu sampai dermaga sana.

ni pula pandangan block Y nampak Kren westport tu. kat hujung tu aku duduk2 tadi mancing. lihat lah jalannya ke sana pasir tu kalau kereta memang tak lepas kena tolak kalau kau bawa 4x4 rasanya no hal.....

ok sampai sini je perkongsian tempat mancing blok Y westport pulau indah.. kalau korang tertanya aku ada hasil ke hari ni. ada satu saja ketam batu masuk dalam sangkar selebihnya ikan buntal berkhemah.. haha rasa kecewa juga tapi nak buat macam mana rezeki tak ada hari ni. ikan pula ada lah dua tiga ekor abang aku dapat gambar dia mancing kat atas tu. tak sempat snap gambar ikannya tak besar ikan kecil2 je. walaupun penat tapi puashati aku sudah cuba perangkap ketam kat sini. jadi aku sudah tahu susah nak tangkap ketamnya atau bukan musimnya ye dak siapa tau..

okeylah kalau aku rajin lagi aku tampal lagi tempat2 lain aku mancing.. lepas ni kalau aku rajin.. kawan2 sekepala aku dulu yang selalu mancing malam2 ke pantai sekitar pulau indah mereka sudah bertukar angin.. mereka sudah seronok mancing kat kolam. aku bukan tak nak mancing kat kolam. aku ada juga cuba memang ikan dia besar2 tapi keseronokan tu aku tak dapat. jadi aku tinggal seorang yang masih cinta mancing tepi pantai ni. hari aku mancing ni pun nasib abang aku teman haha.. 

Khamis, 29 Oktober 2020

METALUCIFER - METALUCIFERIAN NIGHTMARES 1995 - 2013

 

sekali jalan lah entri metalucifer untuk bulan ni. bulan depan aku tampal plak kasetnya haha.. jika rilisan thrashingfist production tu 1995-2005 yang ni plak seperti tajuk entri tu. keluaran label RAWBLACKULT PRODUCTION 2013 bolivia. 

cantik inlay belakangnya.. penampakan situ logo NEAL TANAKA HEAVY METAL HUNTER.. ada 14 lagu..

inlay sekeping tak seperti rilisan yang lain siap ada lirik yang ini tak ada.. tak apa janji metalucifer beli haha..terus jadi metalucifer hunter!!!🤘

Rabu, 28 Oktober 2020

METALUCIFER - HEAVY METAL HUNTING 1995 - 2005

 

yang ni rilisan label thrashingfist production terhad 500 salinan.

ada 13 lagu dalamnya 6 lagu live.

100% PURE METAL PLAY IT LOUD!!!!

Selasa, 27 Oktober 2020

METALUCIFER - HEAVY METAL BULLDOZER

 

hari tu aku ada beli album ni rilisan evildead production dengan kulit album yang berbeza. menariknya rilisan evildead tu memang puashati sebab ada dua cd..aku sudah tampal dalam blog ni. versi ni pula keluaran (C) IRON PEGASUS RECORD 2016. 

japanese line up... 

12 lagu 2 lagu bonus kat bawah tu unreleased katanya.. kesemua lagu tajuk heavy metal siakkk.....

DESTRUCTION - LIVE WITHOUT SENSE

 


kaset vsp boh warna putih gitu. ni kaset masa lockdown masa memula dulu. banyak seller buat live jualan. boleh kata beratus juga aku terbang beli barang masa live. diantara yang aku beli kaset ni. ianya mengujakan tak silap aku harga rm40 belum masuk pos. rasa macam berbaloi gitukan. beli.. 


aku ingat album studio gitu. rupanya album live jajaja.. tak apa walaupun album live tapi sound padu.. memang puashati memilikinya. ohya dorang ni perna datang kl buat show. masa klmetalcamp aku ada turun tengok masa tu. aku rasa itu adalah metalcamp paling gila dan berjaya.. bayangkan saja blackbox kat publika tu penuh padat masa set dorang ni. nak headbanging pun susah sebab terlalu padat... 

k itu je kot.. tengah korek2 lagi.. nampak belum separuh lagi aku tampal koleksi yang masuk selama aku tak aktif blog ni.. senyum aku tengok entri bulan ni makin rancak. bukan apa. tempat kerja aku sekarang sudah tukar pengurusan jadi job orang lama tu bawa lari lepas berenti kat syarikat aku kerja jadi kami sekarang kadang tak jalan kadang jalan satu job. balik pula awal. memang banyak lah masa aku nak menampal kat sini hehe..

lagi satu aku kena akui. aku play kaset ni kat tape player aku sound tenggelam.. ntah kenapa. syukurlah aku ada walkman. jadi play kat walkman memang sound padu gilababi.. aaaarghhhhh

Isnin, 26 Oktober 2020

filem MAEL TOTEY the movie

 


hujung2 minggu tak buat apa. mancing pun tak ada geng. geng mancing aku sudah ubah selera main kolam. jadi aku langgan lah astrofirst ni. aku ada juga tengok video2 drama spontan dekat youtube memang menghiburkan. jadi aku layan lah filem sulung arahan syahmi ni. aku tak nak rebiu banyak2 lah. cuma hanya satu saja dia punya cacat untuk filem ni. masa babak dalam kelas bahasa english tu. syahmi siap bacakan skrip untuk pelakon tu. dia nak bawa cara drama spontan tu dalam filem ni. andainya babak tu dia potong terus saja tak masukkan dalam filem ni. rasanya filem ni tak lah mengecewakan boleh layan. warna filem ni pun cantik.. untuk pengetahuan filem ni guna dua bahasa kelantan ngan english jadi aku sepanjang filem memang baca subtitle jelah.. banyak lawak dia masukkan tapi tak buat aku gelak sebabnya lawak tu memang aku boleh baca lah cemana endingnya huhu.. dengan harga rm15+90sen duit cukai okeylah untuk filem sulung syahmi ni. macam juga filem malam raya pelakun dia orang bajau sabah loghat pun pakai loghat bajau sabah bila orang semenanjung tengok jadi hambar samalah macam filem ni. mungkin orang faham bahasa kelantan senang terhibur gitu..

Ahad, 25 Oktober 2020

D'CROMOK VII YEARS VII DAYS

 




kalau sudah minat ngan cromok. tak sah lah kalau tak minat dcromok ni. ini rilisan semula oleh universal music untuk tahun 2020 ni. dua album dcromok diriliskan sekali dalam kotak gold disc limited edition.. aku belum buka tau haha.. ntah macam rasa sayang gitu nak buka. bukan apa kalau aku buka plastiknya mungkin sekali saja aku pasang dan akan tersimpan gitu. sebab pertamanya aku ada versi emi dan vsp hehe.. itu saja aku memang selalu layan. masa sampai tu hari aku layan cd yang sedia ada dalam simpanan aku. jadi kiranya ni tunggu lah aku tak ada bungkusan apa2 nak buat mungkin masa tu aku akan buka. aku jarang2 juga beli barang hobi ni tak buka. tapi ni lain lah mungkin beli untuk koleksi je gitu. ini pun aku beli sebab ada promosi hari tu rm50 siap pos apalagi aku pun teruja terus mesej nak hahaha. sedangkan rilisan ni lambat lah aku nak beli sebab berderet lagi rilisan yang ada dlm bakul utk dibeli..  

Jumaat, 23 Oktober 2020

RARKINSON - ABOUT A WAR


tak tau nak cerita apa.. jika rasa stress ngam layan band ni haha.. aku suka aku beli itu je. untuk info lebih boleh terus kesini http://crust-demos.blogspot.com/2009/06/parkinson-about-war-1998.html?m=1

Selasa, 20 Oktober 2020

A TRIBUTE TO THE BOLLOCKS

 

Malaysian punk lagend since 90s.. compilation album double tape ni membariskan 42 band kedengaran agak gila disitu..

boleh lihat gambar untuk senarai band.. sayangnya banyak band yang membawa lagu yang sama walaupun alunan muzik dibawah mengikut gaya masing2... 

dalam banyak2 band dalam album tribute ni aku pilih band Kah kah celaka menghiburkan cara mereka persembahkan lagu.. untuk band paling hampa berak cair HAHAHHAHAHHAHA.... kiayam punya nama band lagu pun macam tak ada. ntahlah. susah sikit dengar kaset ni nak feel satu2 band tu. tapi sekali jalan tu hari aku dapat rasakan kah kah celaka best..

Isnin, 19 Oktober 2020

METALUCIFER - HEAVY METAL TANK

 

Dari pendengar biasa2 muzik metalucifer ni tampa sedar rilisan2 mereka makin bertambah dalam senarai koleksi aku haha.. kaset ni rilisan label EVIL DEAD PRODUCTION.. kalau dilihat pada info dalam inlay tertulis (P) metal proof records 2019 (C) evil dead pro 2019. ada 10 lagu dalam kaset ni. untuk copy aku tertulis 121 aku tak pasti berapa banyak evildead riliskan kaset ni. yang pasti berbaloi untuk dimiliki. disertakan patches sekping.. 

We're Still Metal kids...

EASTERN DAMNATION

 

album kompilasi ni diriliskan tahun 2010 oleh label ETERNIA RECORDS membariskan 4 band black metal. EIBON, NEFARIOUS AZARAK, AS SAHAR dan band pujaan hatiku NEFTARAKA.. antara sebab utama aku beli cd ni.. setiap band menghidangkan 3 lagu 

album kompilasi ni termasuk dalam diskografi neftaraka jadi wajib lah untuk B.M.H legion menyimpan sekeping untuk koleksi emas gitu... 3 band dalam album ni tak kurang juga hebatnya dalam menghidangkan 3 lagu masing2.. memang feel black metal acuan kita tu kuat melodinya... 

THE HYMNS OV DAMNATION

Sabtu, 17 Oktober 2020

HELLSTORM - DECLARATION OF WAR FROM SATAN

tahun 2020 ni memang banyak rilisan2 maut yang rilis dalam pergerakan muzik bawahtanah tempatan. diantaranya album terbaru hellstorm ni. memuatkan 8 lagu yang sangat menghiburkan bagi halwa telinga aku.. sebelum album penuh ni keluar mereka terlebih dulu mengeluarkan single dalam format kaset dua lagu yang amat terhad rilisannya. rasanya aku sudah tampal dalam blog ni atau belum nanti aku tengok balik haha.. jika album pertama dulu halwa telinga aku menyukai satu lagu saduran dari may pelayaran yang di oleh mengikut acuan hellstorm tapi untuk album kali ni aku pilih kesemua lagu dalam album ni. walaupun lagu2 nya penuh maki hamun kata kata kufur. pedulikan sebab halwa telinga menyukai irama yang terhidang.. mendengar 8 lagu dalam album ni tampa skip ianya petanda bahawa album ni total mautttt menghiburkan.. sudah melekat dekat dlm cd player dari semalam. memang jarang2 album baru melekat terus dalam player aku. tapi utk album ni aku bagi 666/666 markah bak kata deaf KDHR

SPEED METAL SATAN ETERNAL...!!!

Khamis, 15 Oktober 2020

IMPIETY - SKULLFUCKING ARMAGEDDON

 


album yang tak perlu di perkenalkan lagi.. album yang mengangkat nama impiety ke seluruh pelusuk bumi haha.. okey ni cd rilisan thrashingfist terhad 500 salinan.. 

album yang sedap di dengar memang menghiburkan ngam dengan halwa telinga aku.. layan kasih headbang sikit.. 

MODAR - LOST FIRDAUSY

 


muzik bawaan modar untuk album ni perlukan masa sesuai untuk di hadam oleh halwa telinga ku. ini adalah album ketiga mereka rilis 2008 dan 2019 di reisu semula oleh musixhub.. 

Ahad, 11 Oktober 2020

Torturer - oppressed by the force

 


nak cerita pasal band ni.. kat tempat kerja aku tu ada seorang kawan kira abang jugalah nampak macam biasa2 saja. rupanya orang lama juga dalam pergerakan metal bawahtanah tempatan.. kerja kami ni pepagi saja boleh bersua muka lepas saja semua panjat lori masing2 terus mengikut haluan sendiri mengikut arahan job yang diberikan.. dia memang tau aku ni penggemar metal sebab kadang aku pakai juga baju2 metal ke tempat kerja. satu hari tu serentak lori kami masuk bengkel. jadi banyak masalah kami bercerita pasal band2 metal ni. aku pun baru tau bila dia kenal bebudak lama metal klang shah alam semua. kiranya dia pun perna join jadi drumer untuk band kat shah alam. kami bertukar2 cerita band2 yang kami minat.  dia syorkan aku dengar band torturer ni aku dengar sekali saja gitu.  pastu aku nampak lah kaset ni ada jual kat fb. aku beli lah walaupun terpakai.  lepas aku dengar makkk aiiii. padu gilababi nya muzik apa kebuasaan dorang hidangkan dalam album ni memang mengujakan untuk di dengar.. sampai sekarang aku dan dia sudah sekepala mungkin masa2 kurang untuk kami lama2 duduk semeja gitu. aku ajak juga lah turun gig sebelum covid dulu. dia pun macam dah tak teruja masa zaman mudanya. tapi masih tetap dengar muzik metal sampai sekarang.

untuk info band ni dari chile dan masih aktif hingga kini. album kaset yang aku miliki ni rilis tahun 1992.. aku ada perna tengok satu label tempatan rilis versi kaset tapi sudah ku pm tapi tak ada jawapan mungkin sudah sold out kali. kalau aku nampak versi cd ada yang jual album ni aku tetap sambar.. 

terima kasih kawan untuk rekomen band ni. aku suka dan terhibur..

MANTAK - IMPURITY OF THE FLESH

 


sabahan blasphemy mantak muncul semula dengan ep terbaru ni.. ianya sangat mengujakan bila dapat tahu band dari sabah ni mengeluarkan sesuatu saat band makin dilupakan.. ep terbaru menampilkan 4 lagu 2 lagu baru dan satu lagu saduran tribute untuk band senseless yang bertajuk E.M.E.. Masih lagi mengekalkan sound gitar tajam seperti rilisan2 mereka sebelum ni. apa yang menariknya lagu terbaru bertajuk Eyesareknives mnyelitkan lirik berbahasa melayu... Tujuh darah dosa... kusaluti tubuhku..ku baptiskan jiwaku..kucemari putih mortal! 🤘 memang padu lagu ni... aku mengharapkan album penuh terbaru keluar.. ep ni agak kuranh memuaskan dengan lagu yang terhidang agak sikit dengan harga yang rasanya untuk sebuah album penuh.. apapun welcome back mantak... 


boleh dapatkan di distro2 tempatan selagi stok masih ada.. 


Jumaat, 9 Oktober 2020

NEFTARAKA - ETERNAL HARSH

 


salah satu rilisan tahun 2020 yang begitu mengujakan bagi aku. adalah rilisan cd neftaraka ni. ini adalah debut album dari neftaraka.. album ni dulu tak perna diriliskan dalam format cd dan hanya diriliskan dalam format kaset terhad 150 salinan saja pada 2010. dan buat pertama kalinya diriliskan dalam format digipack penuh kehitaman..

feel album ni aku tak boleh nak gambarkan betapa aku menyukainya.. tiap kali pasang memamg lain macam feel yang dapat aku rasakan. alunan muzik berat yang dihidangkan dalam album ni betul2 membawa aku ke satu rasa yang begitu tenang penuh melalui lembah hitam sedih sakit dan segalanya memori silam ntah apalagi yang berkecamuk teradun dalam alunan album ni...aarghhh.. cukup memberikan kepuasan yang aku inginkan.. 



versi kaset dan cd... 

keluaran semula ni memamg puashati.. disertakan sekali penampal dan poster.. 

hail neftaraka.. b.m.h legion

Selasa, 6 Oktober 2020

Den - Terima kasih

 


den atau lebih mesra dikenali sebagai den bisa.. ini adalah album kedua den bisa sebelum dia balik ke sabah dan berkarya disana membawahkan lagu2 rakyat gitu.

album kedua ni masih lagi dibawah label universal muzik dipasarkan pada tahun 1998 aku masih sekolah darjah lagi ni. zaman sudah senang dapat info. aku mulanya ingat den bisa ni artis hanya rilis lagu2 berbahasa bajau gitu rupanya dia ada album penuh melayu. kalau tengok kat muka hadapan kaset tu ada mention lagu2 hit ciptaan eddie hamid. dengan album ni juga rasanya dia dicalonkan artis baru pada tahun tu. tiada rezeki dia meletup..

aku pun sekali dengar saja album ni. aku nak arkibkan dalam blog ni. semperna ada sangkut paut dengan nama blog ni. cuma aku ubah kepada V saja. ubian tu haha. ok nanti aku tampal lagi album yang lain.