Isnin, 26 Oktober 2020

filem MAEL TOTEY the movie

 


hujung2 minggu tak buat apa. mancing pun tak ada geng. geng mancing aku sudah ubah selera main kolam. jadi aku langgan lah astrofirst ni. aku ada juga tengok video2 drama spontan dekat youtube memang menghiburkan. jadi aku layan lah filem sulung arahan syahmi ni. aku tak nak rebiu banyak2 lah. cuma hanya satu saja dia punya cacat untuk filem ni. masa babak dalam kelas bahasa english tu. syahmi siap bacakan skrip untuk pelakon tu. dia nak bawa cara drama spontan tu dalam filem ni. andainya babak tu dia potong terus saja tak masukkan dalam filem ni. rasanya filem ni tak lah mengecewakan boleh layan. warna filem ni pun cantik.. untuk pengetahuan filem ni guna dua bahasa kelantan ngan english jadi aku sepanjang filem memang baca subtitle jelah.. banyak lawak dia masukkan tapi tak buat aku gelak sebabnya lawak tu memang aku boleh baca lah cemana endingnya huhu.. dengan harga rm15+90sen duit cukai okeylah untuk filem sulung syahmi ni. macam juga filem malam raya pelakun dia orang bajau sabah loghat pun pakai loghat bajau sabah bila orang semenanjung tengok jadi hambar samalah macam filem ni. mungkin orang faham bahasa kelantan senang terhibur gitu..

1 ulasan:

  1. orang rumah aku beria2 suruh aku langgan filem ni bulan lepas kat astro first... tup2 dia tengok satu round je~

    BalasPadam