Selasa, 30 Julai 2013

NEFTARAKA - ETERNAL HARSH

neftaraka
bungkusan dari sabah akhirnya mendarat juga,mungkin agak lewat aku memiliki album ni,tapi itu bukan satu masalah sebab music ni tiada tarikh luput.dgn harga rm15+pos daftar.tapi aku tambah rm5 lagi hantar dgn pos laju,pos daftar ni leceh sikit dah la lambat bila sampai suruh kita pergi ambil kat pejabat pos,malas aku.muzik dalam kaset ni total layan tiada istilah bagi aku muzik mereka ni tak sedap semuanya masuk saja hahaha.. menghidangkan 9 lagu,cukup memuaskan halwa telinga ku,lepas ni aku nak cari lagi rilisan2 neftaraka yg aku blum miliki.. harapnya ketemulah.

lagu2 dlm kaset ni

1. Into the Dead Confession

2. Eternal Harsh

3. Rassuk

4. From the Unknown Winds

5. S.T.V.R.M

6. Between Wood, Blood & Semen
 
7. Too Old Too Cold (Darkthrone cover)

8. Forgotten (live)

9. Ophoytha


hail NEFTARAKA

Isnin, 29 Julai 2013

TRIUMPH OV FIRE / BVRTAN - Nightside Eclipse (split)

Triumph ov Fire / Bvrtan - Nightside Eclipse
split cd Triumph ov Fire / Bvrtan, aku dpt cd ni dari trooper art regime distro,dgn harga rm25 termasuk pos,aku bank in rm30 tapi dia lupa nak selit baki rm5 hehe,tak apa nanti aku ada rm aku nak angkat cd lain tinggal tambah duit saja.dlm cd ni ada 14trak, dimulakan dgn intro Enchanted Beauty Ov Divinity dari TOf mmg cukup sayu rasanya,kesayuan tadi dikucarkacirkan oleh band bvrtan dgn lagu Pacvl Pvsaka Dari Pak Kades trak kedua,mula2 aku mmg susah nak hadam sebenarnya cd ni,biasalah cd baru,dan hari aku dpt cd ni pun aku deman,jadi fell aku mmg susah nak terima lagu2 mcm ni. bila keesokan hari nya aku dgr balik dgn mood yang begitu baik, aku putarkan cd ni, pergh! aku mula suka dgn lagu2 yg dihidangkan dlm cd ni, lagu kelagu aku dgr dengan teliti hinggalah kelagu trak 13 The True Triumph Ov Fire ni lagu baru tau mmg total awesome lah,dihidangkan dgn alunan melodik ditambah pula dgn lirik dwi bahassa. tak mau cerita byk beli saja cd ni dan rasakan muzik mereka pasti anda suka jika tak suka itu aku tak tau yg aku tau aku suka cd ni.

seingat aku last aku beli stuf TOf ni tahun 2011 masa gig demonic kat publika,itu juga persembahan pertama aku tgk band ni.klu dikira dah byk kali juga aku tgk mereka ni bermain di gig sekitar kl,persembahan mereka mmg total melodik,lepas ni nak tunggu album mereka yg terbaru pula..

hehe
 lagu dlm cd ni 
1. Triumph ov Fire - Enchanted Beauty Ov Divinity
 
2. Bvrtan - Pacvl Pvsaka Dari Pak Kades
 
3. Triumph ov Fire - In The Name Of Black Principal
 
4. Bvrtan - Lvka Hati Seorang Ketva Kelompencapir
 
5. Triumph ov Fire - Haunted Wood
 
6. Bvrtan - Derita Sartinem Istri Bvrvh Tani Yang Menjadi TKW part I
 
7. Triumph ov Fire - Circle Ov The Tyrant
 
8. Bvrtan - Menantv Biadab Dari Neraka Yang Sangat Dimvsvhi Ibv Mertva
 
9. Triumph ov Fire - Story Ov Rose
 
10. Bvrtan - Tragedi Kegelapan Dalam Serangan Tikvs Ke Sawah Kami
 
11. Triumph ov Fire - Intro 2013 (New Song)
 
12. Bvrtan - Tengkvlak Biadab Dari Neraka
 
13. Triumph ov Fire - The True Triumph Ov Fire (New Song)
 
14. Bvrtan - Koperasi Kegelapan Yang Memonopoli Ekonomi Pedesaan

HARAP Triump ov fire akan lebih sukses lagi!! hail

Rabu, 24 Julai 2013

NEFTARAKA - THE BLISSFUL DELIVERANCE EP 2013


NEFTARAKA - THE BLISSFUL DELIVERANCE EP 2013

bungkusan yang aku tunggu pun tiba,senang deal ngan distro yg cepat buat proses penghataran,banyak distro kat malaysia ni ambil sambil lewa saja main ikut suka hati mereka saja nak hantar bila,sepatutnya barang dah ada sipembeli pun dah bayar apa mau tunggu lama,tak kan tunggu sampai 20 dah bayar baru nak pos sekali,disini aku saja nak ambil peluang ni,nak luahkan kekecewaan aku pada sesetengah distro ni,tampa pembeli siapa lah kamu,banyak sudah aku mark distro kat malaysia,perna satu hari sampai 3 bulan aku tunggu,bayangkan saja macam mana penderitaan,kami pembeli ni tak boleh buat apa hanya mampu menanti dengan penuh seksa.. aku harap ada lah pihak distro yg baca post ni hahahaha

kan dah lari dari tajuk post ni huhu,sebenarnya aku cuma nak kongsikan barang yang aku baru dapat saja dlm blog ni,bermula may 2013 yg lepas2 tu aku malas nak cerita sbb aku dah lupa apa yg nak aku catatkan dalam ni,nak kata review cd,aku bukan pandai dalam bidang tu,aku dah fikir masak2 ini bukan review muzik yg aku dgr ianya hanya perkongsian cerita aku sahaja huhu

cd neftaraka ni aku miliki semalam,balik rumah bungkusan dah ada,aku mmg dah agak sebab distro NEKRO X tu dah infom aku barang dah pos hari isnin,klu pos laju jawabnya hari selasa barang mendarat lah.aku order sekali ngan baju tu,memang berbaloi dengan harga rm40,dapat baju button stiker dan cd..

apa yang menarik lagu2 neftaraka yang aku dgr, memang tidak mengecewakan,cd ni pun total menghiburkan aku,tapi sayangnya rasa 4 lagu tu macam sekejap saja,nak putar 3x baru puas. itu saja lah utk post hari ni,

tiap kali dapat bungkusan mesti gembira
item ni rilis 100 pcs saja no aku 36 hehe
muzik mereka sama seperti band luar.. hail NEFTARAKA

Isnin, 15 Julai 2013

SEARCH tshirt

depan
baju ni aku beli di camble kedai uncle, mulanya saja nak tengok2 cd,tiba2 aku terlihat baju ni tergantung lalu aku tanya uncle tu,bila aku lihat design belakang tampa fikir panjang aku bayar,dengan harga rm30 kira oklah,hari tu kat klang harga rm60 mahal nak mampus,walaupu ni tshirt bukan keluaran rasmi search namun ianya tetap memuaskan hahaha

belakang
belakang ni saiz logo dia besar hampir penuh belakang tu,tengok saja design ni siap ada tajuk lagu2 dari album karisma, kalau peminat search nampak kompom beli lah..hahaha..
seingat aku hampir 6tahun aku tak beli baju2 search ni,semua baju dulu aku dah tak muat,bagi kat anak buah saja,bila tengok dorang pakai rasa jeles dihati menebal, huhu...

SUTERA ATAU RAYON

Rabu, 10 Julai 2013

JUGRA DAN MARUAH - ASAL USUL (promo 02)

JUGRA/MARUAH
cd ni diberi percuma selepas gig DM hari tu,hampir2 saja aku tak dapat apa tidaknya berebut org nak cd ni,sapa tak nak cd percuma tu huhu, promo dalam ni ada 4 lagu,
aku ada juga promo 01 dari jugra ni,tak banyak beza ngan promo 02,cuma lagu anak watan ditambah dan 2 lagu MARUAH tu hehehe

apapun cd memang tidak dijual kalau dijual juga awas!!










HAFYUKAL - SUMANGAT TOK JANGGUT (kaset)

hafyukal
kaset ni aku dapat masa gig darah maruah tempoh hari,pantang aku trun gig tak bawa pulag stuff walau koyak macam mana sekalipun,

nak cerita sikit pasal kaset ni,dalam kaset ni ada 1 intro dan 3lagu, rasanya klu intro tu tak ada lagi cun,intro dia mcm perna dengar kat filem melayu dulu2, bagi aku 3 lagu tu peneyelamat utk kaset ni, tak ada yang tak bagus tentang kaset ni semuanya ok cuma intro saja aku tak suka.. klu 30saat macam tu aku ble hadam lagi..

suara utk band ni sebijik macam vokalis mistik hehe.. nasiblah lagu2nya ada puisi dipertengahan lau tidak memang sah aku cakap mistik

menariknya kita boleh nyanyi bersama suara pun kedengaran dengan baik tak payah tgk lirik boleh tau dah apa yang disebut,

dengan harga rm1o kira oklah.. dengar cerita dorang ni hanya studio band saja..

Selasa, 9 Julai 2013

DARAH DAN MARUAH gig

flyer

sebelum peristiwa berdarah ni hilang dlm kepala hotak aku lebih baik aku catatkan sekarang,

gig darah maruah jatuh pada hari ahad,memang cukup sandiklah,apa tidaknya lepas gig saja esoknya harus kereja lagi hadoiii,

ceritanya bermula begini,sebelum gig ni ada flyer rasmi,sahabat aku hantu kepalang dah pun mesej aku,mengatakan antaboga bakal beraksi bulan 7 nanti,aku dengan selamba mengatakan padanya aku akan trun kalau tak ada aral melintang...hehe!

bila saja flyer rasmi gig darah maruah ni keluar maka grup klhellbangers sudah membahaskannya dengan rakusnya terutama tan sri ajun benton,yang mengatakan sesiapa yang tak trun gig ni dia adalah true BOBO,anda kenal bobo,kalau tak kenal anda bukan rakyat malaysia hahahaha...

masa flyer ni kuar sahabat aku sitrash berada dikampung,jadi aku tak boleh nak kompomkan lagi apakah aku akan trun,namun begitu bila memikirkan band yang beraksi nanti memang ada diantaranya aku mau menyaksikannya,selain dari antaboga..

seram juga aku nak berjanji sama si mell,aku diamkan saja sebab aku risau seandainya aku tabur janji padanya dah aku pula yang memungkiri memang aku tak boleh terima,begitu juga kalau orang berjanji dengan aku dan tak menepatinya hahaha I HATE OK

BILA tarikh gig makin hampir,aku mesej mell,bagitau dia yang aku blum pasti lagi nak trun ke gig ni,tapi aku bagi harapan padanya andai ada perubahan disaat2 akhir aku akan inform,mell pun faham,bukan apa aku segan nak ajak mell naik motor berdua,silap hari bulan boleh disalah tafsir oleh mereka2 yang rapat dengan aku.

aku plan dari awal memang nak naik motor saja sebabnya bajet aku memang betul2 koyak,yang aku risaukan bayar parking nanti,tak boleh balik aku kalau kereta sangkut,faham2 sajalahkan kuala lumpur tu macam mana cas dia punya bill parking..huhu
TRASH ANGLE mesej aku dengan tiba2 mengatakan yang dia sudah berada di kuala lumpur semula..uikk pelik tapi benar,dulu dia kata bulan sembilan macam tu dia akan datang semula,apapun mesej trash tu menghidupkan kembali keinginan aku untuk kegig ni nanti, mesej trash terkandung dengan ayat yang mengatakan dia betul2 ketagihan sudah untuk menghempaskan kepalanya,aku memang faham mungkin trash terlepas gig as sahar tempoh hari tu hahahaha sabar kau brad..

aku mesej trash dengan mell serentak,mesej aku pada trash berbunyi yang aku dengan dia akan gerak menggunaka motor aku saja,sebab bajet kurang,dan kalau boleh naik keretanya pun cun juga hehe kereta baru tu harus dirasmikan pergi gig jo...mesej aku dengan mell berbunyi yang aku tak dapat mengajak dia bersama sebabkan aku dan trash akan naik motor  saja pergi sana nanti,dan aku explen padanya juga pasal masalah teknikal yang sedang aku hadapi..

bila aku buka mesej ada dua terus,satu dari trash satu lagi dari mell,bunyi mesej mereka hampir sama wakakakaaka macam berjanji pula,sitrash nak topup minyak dan simell pula sama juga,bila aku fikir2 okey lah boleh jalanlah ni kalu setakat parking tu senang diuruskan sudah.mell bagitau aku yang s eppi lalink mau join sekali juga,aku dengan lapang dada menjemputnya,namun disaat2 akhir eppi lalink tak dapat trut serta disebabkan hal urusan paduka seri baginda yang harus disetlekan olehnya hmmmm.. usah menabur janji jika kita tak pasti werkkkk!!!

panjang juga aku membebelkan hahaha kejap lagi baru aku review gig tu kita cerita dulu peristiwa sebelum bermulanya gig tu hohoho

hari sabtu dan esoknya gig akan bermula,macam biasa si balak pasti call disaat2 akhir,kalau dia call sudah.aku sudah mengerti hajatnya,tampa dia bertanya aku dah ajak pun huhu,aku janji dengan mereka bertiga jam 12.49 petang gerak,namun manzalik mengatakan harusnya kami gerak awal sebab lokasi gig tu jalan nak kesana pasti jem,dan gig bermula pun jam 1pm begitu.. aku pun tukar plan dengan mention nama2 sahabat aku tiga orang tu yang masa gerak telah diubah kepada jam 12 tengah hari huhu

esok paginya aku terbangun dari tido jam 11.30am memang betul2 menjengkelkan,janji tetap janji walaupun tubuh badan ku keras seumpama batu yang tak mau berganjak,namun aku gagahkan juga dan terus melangkah kebilik mandi,lepas saja aku mandi aku buat secawan kopi 3in1 dan pekena biskut muncy sebijik,selesai saja aku trus mencium anak dan isteriku yang masih lagi dibuai mimpi,sempat jugalah aku membisikkan pada isteri ""abang nak gerak dah ni"" dengan nada yang begitu ayu  ""eyalah bang nanti balik call ya'' ok,aku pun melangkah keluar dengan baju antaboga dan seluar hitam 6poket berselipar jepun berwarna merah,dengan rambut yang masih basah aku call trash suruh dia datang block aku sementara aku panaskan enjin kereta,dan sempat hantar mesej pada balak6 dan mell,suruh dorang stemby.

aku dan trash gerak menuju tempat mell,tiba2 balak6 mesej yang mengatakan eko nak join sekali,aku yang tengah memandu menyuruh trash membalas mesej balak tu,(0k saja bah selagi ada kosong kita langgar saja) selepas ambil mell kami gerak ketempat balak6,sampai saja kat tempatnya, trash beli air dan balak ckp eko baru nak mandi,blurr juga,bila aku cakap ngan eko ditelepon memang dia cakap lambat nak siap,dengan berat hati kami meninggalkan eko,bukan apa katanya ada juga next transport yg dia akan ikut.. huh!!

maka perjalanan kekuala lumpur pun bermula.. keadaan lebuhraya utara selatan memang tak jem siuk saja memandu huhu..

kalau aku nak catatkankan peristiwa sebelum gig ni bermula memang panjang berjalah,kita potong disini sajalah.... teruskan membaca hahahahahahahaahaha


SAMPAINYA KAMI DIKUALA LUMPUR,selepas saja kami jumpa waterplace lokasi gig yang bakal berlangsung ni,kami pun cari parking,dibelakang tak jauh dari waterplace ada parking.disempanjang jalan menuju parking memang disiring jalan ada sudah kelihatan kelibat2 mudamudi yang aku pasti mereka juga akan turut di gig ni.kami sampai terlalu awal rupanya kami sempat bertemu dengan andika salah seorang orgenizer gig ni,dia ni ada cakap sapa sampai awal dapat cd percuma promo jugra huhu sayangnya kami tak dapat pun katanya nanti2 aku kenal juga muka kamu,sempat juga kami bersalaman dengan budak2 skin dan punk yang sudah berada di tepi2 jalan,ehh aku sorang yang bersalaman dengan mereka balak trash dan mell segan kali.. APALAH ANDA NI huhu.gig pun belum bermula makanya aku ajak mereka bertiga pergi ke camble lepak2 dulu,dan kebetulan si mell pun nda tau lokasi camble dimana dan nda perna sekali pun dia pergi kesana itu katanya ok,macam nda percaya saja aku.kami jalan kaki saja pergi camble,eh lupalah pula band mua aru dah ada kat restoran depan waterplace dan sempat bersalaman dengan mereka hehehe... sampai saja dicamble aku kata stemby camera kot2 jumpa abang jaie nanti dapatlah snap pic seketul.. dalam camble sempat masuk kedai  auntie tengok2 stuff namun tak ada satu tu pun yang berkenan dihati disebabkan rm koyak waaarrrgh!!,kami pergi kedai jaie pula,abang jaie tak ada macam biasalah orang lain yang jaga bukan macam tahun2 aku mula jumpa kedai abg jaie ni,dia selalu saja dikedai tu huhu..selepas saja kami habis meneroka camble aku suruh mell tanya dimana angkatan KLHELLBANGER yang lain janji datang awal.perut aku terasa lapar yang amat sangat aku ajak trash pergi makan,apa tidaknya aku mana ada makan dirumah,kami pun gerak pergi PERTAMA complex,aku ajak mereka kesana sebab aku perna makan disana,balak ajak makan KFC tapi aku tunjuk lihat tu orang bebaris mengalahkan orang beli tiket konsert METALLICA huh.kami pun pesan makanan,nasi goreng yang aku pesan dan mell punyalah lambat sampai,sampaikan trash dan balak dah pun habis makan.. FUCK betul kedai makan tu...selesai makan kami gerak kelokasi gig,dalam perjalan eko call dia dalam camble kami diluar dan kami terus bergabung adam stacy bergambung meletup hahaha


WATERPLACE,sampai saja kami dilokasi kelihatan angkatan KLHELLBANGERS dan budak2 PUNK SKINHEAD hampir memenuhi ruang hadapan waterplace,ada tiga kelompok PUNK METALHEAD DAN SKIN mmg sempoi.. boleh lawan2 dress up sayangnya aku pakai selipar jepun huhu.


MENANTI GIG BERMULA kami duduk direstoran bercerita minum2 dan beromen2 hahaha gig yang dijanjikan start jam 2pm sudah terlewat,muka2 para hadirin pun sudah mula berminyak dan lesu menantikan gig yang ntah bila akan start,jam menunjukkan kat henpon aku 4.20PM pergh.. biasalah gig dikuala lumpur kelewatan tu memang perkara biasa,kalau lah aku sedar benda ni lebih baik aku tidor dulu bangun jam 2 gerak jam 3,apapun nasi sudah jadi BULBUL..




kelihatan ada juga menjual stuff dihadapan pintu masuk salah seorang si lan buka meja sana,aku pun tengok2lah mana tau ada kaset2 yang belum aku ada boleh lah aku support,sayangnya kaset yang aku order masih dalam proses penghataran..next time lan hehe.

RASANYA JAM4.30PM pintu dibuka sudah,dan kami semua pun menghampiri pintu,sempat juga aku tegur si hantu,ada gincu di lehernya,rupanya cop bah pula,bayar tix dan masuk harus kena cop warna merah dileher,aku taknak di cop dileher sebab warnanya sebijik macam warna lipstik...


MAKA ACARA PUN BERMULA..

headbang atas stage
 
ehem2 hahaha

BOOT AXE,band pembukaan gig darah dan maruah,aku tak tau pun band ni band punk,namun bila melihat dresing mereka aku dah tau ni mesti band punk,rambut trojan punk kan,maafkan aku andai aku tersalah jejejeje.. mereka membuka denga irama yang biasa2 saja penggemar muzik punk pun blum kelihatan lagi memenuhi ruang hadapan pentas,tapi sudah kelihatan bebarapa orang yang support band ni.. rasanya mereka bawah tiga lagu saja pastu tu habis.. apapun pembukaan yang menarik dari BOOT AXE


NEON PIRATES,band kedua hari tu,rasanya ni pun band punk juga harap tak salahlah lah sebab anggota band pun macam sama saja macam tadi,hehe,aku time mereka beraksi hanya berdiri macam tunggul saja,tak nak masuk dalam mosh mereka apa tidaknya semua yang mosh tu pakai boot,dah lah aku pakai selipar,terpijak mampus aku.. persembahan neon pirates hampir sama macam boot axe tadi,ramai juga support band ni,mungkin band pembukaan tadi banyak lagi budak2 punk yang masih berada diluar venue atau pun masih belum panas lagi...

jugra


JUGRA,band ni aku memang nak tengok,band ketiga hari tu dlm list kat pintu mereka no4,apa2 sajalah lah layan... tadinya ruang hadapan pentas dipenuhi oleh punk dan skin,tapi kali ini metalhead pula yang mengambil ahli,jugra dibarisi tiga jejaka alah2 tentera komando,aku yang dari tadi dibelakang terus kehadapan bersama2 rakan2 KLHELLBANGERS,jugra mempersembahkan lagu2 dari promo 01 mereka,apa yang aku suka mereka bawah lagu KEBANGKITAN BANGSA memang sing alonglah,metalhead yang dari tadi berdiri kini dirasuk oleh muzik jugra,selesai saja lagu terakhir,andika memberikan CD promo 02 mereka,apalagi kaoslah dihadapan berebut2 cd tu,aku nasiblah ada hantu tolong ambilkan satu cd,,apapu persembahan yang diberikan jugra memang memuaskan DAULAT!!!


XENOPHOBIA,band yang membawakan genre power metal,hehe,masa mereka beraksi aku terasa haus,sempat tengok mereka bawa satu lagu aku keluar beli air..dan berjumpa bun ajak minum2 si kepala lah kono...huhu


band selepas XENOPHOBIA ni aku tak sempat tengok,tak pasti juga band apa yang beraksi,mengikut pengiraan aku band NO DOG BODY rasanyalah hehe

kami patak2 mencari air yang boleh memabukkan utk diteguk,aku doo rabid,pak din,bun laiho dan,trash,dan satu lagi kawan yang aku tak tau namanya hahahaha,lepak2 kat tepi jalan sambil minum2,aku tak minum banyak takut mabuk nanti kaos jadinya lau aku mabuk,aku ni jenis yang tak pandai minum klu mabuk ja polis pun ditumbuk..huhu,selepas saja kami minum aku ajak mereka masuk balik dalam venue,firasat aku kuat mengatakan yang band mu aru yang akan beraksi ni,dengan keadaan doo yang tengah hayhay hahahaha aku ajak masuk...

 
mu aru




MU-ARU,band yang berasal dari muar,sedang soundchek diatas pentas dan aku lihat tiada sorang pun yang berada dihadapan,aku pun trus berdiri dihadapan brader buang dan bertanya mainkah,mestilah hahaha.. bila muzik berbunyi,klhellbanger pun memenuhi ruang hadapan pentas.. dengan ganasnya kepala dihempaskan mengikut rentak lagu yang dipersembahkan oleh band muaru ni.. time ni juga kaki aku terpijak boot sial hahahaha sebenarnya aku ingat band muaru ni band black metal rupanya death metal,itu kata mereka,tapi yang peliknya dorang bawa lagu terakhir lagu dari band MAYHEM freezing moon.. wow apalagi circle lah..kehadiran band muaru meneyelamatkan dahaga metalhead yang dari tadi kehausan headbanging berjemaah hahaha persembahan mantap dari muaru...


SKINS sudah pastinya band skinhead hehe.. tadi metalhead dihadapan sekarang giliran skinhead pula dan punk.. maka mereka bepogo2lah mosh sing along bersama2..itu sajalah untuk band ni aku bukan pakar dalam scene mereka silap taip kena fuck pula.. band seterusnya


CHAOS CITY/BATTLE HYMN antara dua band ni aku tak pasti band mana yang beraksi dulu,yang aku ingat band battle hymn ni,memainkan irama war black metal ala2 marduk,dorang pun ada cover lagu terakhir cover dari marduk.. PANZER DEMISION MARDUK..maaf lau salah ejaannya hehehe...


VERBAL CHAOS band ni main dua lagu saja lagu2 yang mereka persembahkan cover dari band tersohor tanah air SYJ@SOFEA hehe lagu syurga dihujung jarum dan anak liar.. aku memang minat lagu ni,tapi mereka bawa dengan gaya mereka sendiri.. walaupun hadirin minta lagu lagi dari mereka namun terpaksa dibatalkan sebabnya orgenizer memang kesuntukan masa sudah... selepas band ni beraksi band yang aku tunggu2 dari tadi bakal menyihir pentas kejap lagi....hahaha


antaboga

ANTABOGA band sahabat yang menjadi band pujaan hatiku,hadapan pentas diberikan semula kepada metalhead..lampu pun dimalapkan,aku sudah berada dihadapa pentas untuk menghempaskan kepala,intro dari antaboga yang kedengaran tadi berkumandang,heran juga aku selalunya intro berbunyi masa mereka diatas pentas kali ni,mereka dibawah pula.huhu.. sudah tak sabar KLHELLBANGER untuk menghempaskan kepala sambil buat circle.tiga lembaga hitam yang berlumuran darah dihadapan pentas sedang bersiap sedia menghamburkan mantra mereka,aku yang sudah tak sabar dirasuk antaboga dari tadi menanti bunyian dari mereka terus hilang kewarasan tampa memikirkan dunia nyata terus terusan menghempaskan kepala ini diiringi muzik antaboga sehingga masa aku tengah hanyut dibuai lagu antaboga tiba2 badan aku terangkat seolah2 ada hantu jin yang telah mengangkatnya,bila aku buka mata saja aku sudah diudara.. jin ajun dan sehabatnya mengangkat aku dan menghumban aku keluar venue silaka kalian.... aku terus masuk semula dan menyambung balik headbanging tampa belas kasiannnnn!! sehinggalah lagu terakhir...persembahan antaboga malam tu secukup rasa dan aku tak peduli apa kamu kata aku akan tetap headbang hahaha jumpa lagi!!!


 
baru aku nampak gaya ni
layan disco hahaha
 
bersama band antaboga
double circle.. wa salute sama kalian

 
ajun yang maha ganas
selepas band antaboga ada satu band lagi yang tinggal band SPIDERWAR,aku rasa mereka ni skinhead kot huhu... perut terasa lapar selepas berhempas pulas banging utk antaboga tadi aku buat keputusan utk keluar venue..

 
pekena pulut sebelum balik
mata pun dah ngantuk ni,jadi aku ringkaskan saja lah penutup cerita ni.selesai saja gig kami melepak direstoran depan venue ni,pekena pulut yang ajun bawa,aku tengok jam menujukkan 12.08pagi aku pun ajak trash dan bersalaman dengan rakan2 seperjuangan..jumpa lagi lepas raya ni.
jalan keluar kl menuju pj ditutup celaka betul...aku teruskan memandu ikut jalan cheras,nasiblah nampak signbot klang hahaha..punya jauh aku rasa tapi bila keluar,BARU dekat menara TM sial... aku tengok 3 orang kawan ni dah dibuai mimpi.. hahahaha aku ditemani lagu2 yang aku dd sepanjang perjalanan... sampai saja di icity mell dah sedar,dia tidur2 ayam aku tau hahahahaha.... selepas aku hantar mereka bertiga sampai rumah aku mandi,tiba2 aku dengar suara orang kena belasah dibawah,aku blum sempat pakai sampoo terus lap badan,dan keluar dari bilik mandi..bila aku pandang melalui tingkat ada polis membelasah orang,sepak pijak teranjang .. mungkin kes curi ni dalam hati aku,lepastu polis bawa kedepan ketempat terang,aku pun kuar lah tengok dengan masih rambut basah lagi dengan towel aku,polis tu menjerit2 dan mangsa tu dan macam tak bermaya,bila orang cina nak membelasah pencuri tu suara budak sabah dari atas plat menjerit WOIII CINA BABI JANGAN KAMU PUKUL cinababi tadi terkejut namun masih berlagak sebab ada polis,orang tu dah tak bermaya,polis tu terajang lagi memang hilang kewarasan seoarang polis sudah membelasah penjenayah dihadapan orang awan..
aku pun sambung balik mandi,selepas aku mandi ada pula masalah baru,wife aku chek inbox mesej kat henpon,dia terlihat ayat ok bah syg.. mampus aku nak jawap,ni angkara trash ni,tghhari tadi dia balas mesej masa aku memandu... hadoiii no balak6,wife aku call balak6 tak ankat memang trouble malam tu.. aku trus tidor... TAMAT

mell

kredit pic MELL

nota"" catatan ini hanyalah pandangan peribadi penaip hehe segala kesilapan dia yang tanggung werkkk!!!
jumpa lagi dilain acara