flayer rasmi |
29/12/13 ahad bertempat di water place jalan doraisamy kuala
lumpur satu pesta logam hitam diadakan,kl black fest 2013,satunya gig untuk
tahun 2013 yang memfokuskan untuk satu genre sahaja (black metal),barisan band yang terlibat dengan pesta logam hitam ni
terdiri dari band2 black metal tempatan dan untuk headline di galas oleh band
lagend black metal tanah air nebiras.
antaboga |
Gig yang dijadualkan bermula jam 3 terlewat sedikit dari
masa yang ditetapkan,tak lama sangat,jam 3.40pm gig pun diumumkan bermula dan band
pembukaan,digalas oleh band yang berasal dari klang,antaboga dibarisi oleh
empat pahlawan yang bangkit dari kuburan yang masih belumuran dengan darah,dan
berpakaian kain hitam serta lilitan kain kuning dipergelangan tangan,dan tak
lupa juga ada pocong menemani mereka diatas pentas waargghhh!!!hantu kepalang
vox+gitar tampa membuang masa terus menghamburkan lagu mereka yang pertama,aku
yang janji tak banging terus melanggar janji tadi dan tampa dipaksa aku terus
menghanyunkan rambut ini..hahaha..2 lagu aku banging aku kebelakang sedikit,dan
focus kembali pada persembahan mereka,aku cuba perhatikan gitaris kedua mereka
yang baru saja join kedalam band antaboga ni,hebat juga dia ni main,lepas tu
lagu ketiga dari antaboga,dukun lagu wajib tiap kali buat persembahan dan
disusuli lagu panji timur hitam,dan mereka mengakhiri persembahan hari tu
dengan lagu terakhir upacara kain kuning,aku ringkaskan persembahan mereka amat
bagus.
wraith |
Band kedua yang bakal menghangatkan lagi kehitaman didalam
venue,yang sudah semakin rancak..wraith band berasal dari petaling jaya yang
memainkan irama black/ thrash metal,diangotai oleh tiga orang yang memakai
penutup kepala,dan tak dapat dipastikan sapa gerangan disebalik topeng itu,dan
mereka juga membawa satu kelaian dalam persembahan mereka,seperti antaboga
ditemani pocong,wraith pula membawa tahanan mereka diikat lehernya ntah dengan
apa aku pun tak pasti tali ke plastic hehe..
Aku tak dapat nak tangkap,lagu2 mereka disebabkan aku blum
ada satu pun rilisan mereka,tapi dari segi apa yang aku dengar pada hari
kejadian muzik sound yang mereka persembahkan amat memuaskan walaupun ini kali
pertama aku lihat band ni beraksi.
sindraz |
Band seterusnya atau lebih tepat lagi band no 3,band dari
pasir gudang johor,dibarisi tiga orang yang mengenakan corpse paint,band
sindraz itulah nama band ni,memainkan irama black metal,yang ni memang black
metal sejati,band ni salah satu juga sebab aku turun,seperti band wraith tadi
aku juga belum menghafal lagu2 mereka ni,jadinya aku tak tahu apa tajuk lagu
mereka persembahkan,untuk sound mereka hari tu sesedap rasa dan menepati
frekunsi telingah aku,walaupun aku tak banging namun aku tetap terhibur melihat
band ni beraksi..hail sindraz.
battle hymn |
Selepas band sindraz band kali ni memang betul2 solid alunan
black metal nya.. memainkan irama alah2 marduk mendengar sound yang mereka
persembahkan seolah2 dimedan perang,band sekampung dengan wraith tadi berasal
dari petaling jaya juga battle hymn,nama band saja sudah cukup untuk
menggambarkan black metal jenis apa yang mereka mainkan..aku sudah banyak kali
melihat mereka ni,untuk tahun ni saja dah 4 kali,dan apa yang aku suka tentang
band ni drummer siap jadi vokalis lagi..memang jarang2 dilihat tapi itulah
battle hymn..apa yang aku ingat tajuk lagu yang mereka persembahkan hari tu adalah
lagu wajib rasanya bagi mereka ni kaver dari marduk-panzer divesen marduk..dan
lagu kaver dari mayhem juga mereka ada kaver.. cukup bingit sound black
metalnya,selepas battle hymn masa untuk rehat dan aku pun terus keluar cari
santapan terakhir raja bersiong haha
insultor |
Selepas rehat,diumumkan pula band dari USJ insultor band
jahat total kata-kata kufur haha semasa sound chek bermula ada sedikit masalah
teknikal yang dihadapi oleh band insultor ni,bila mereka memulakan lagu pertama
masalah asyik berulang,namun mereka meneruskan juga persembahan sampai lagu
kedua vox+gitar mereka ni dah macam nak hempas saja gitarnya,tak puas hati
dengan persembahan mereka,belum habis lagu kedua mereka dah meninggalkan
pentas. Sebabnya kena Tanya sendiri anggota band..
santau |
Tampa membuang masa band seterusnya santau band yang semakin
digilai oleh daging panas hehe gurau ja!!
Selepas saja lahirnya album sulung mereka,makin aktif band ni aku
tengok..dimulakan dengan intro paramma pole sauro..,dan kelihatan juga
vokalisnya menyembur darah keatas,habis saja intro terus kedengaran petikan
gitar alunan pembuka lagu Easterian Metal Majesta berkumandang dan disambut
dengan banging berjemaah dihadapan pentas,lagu kedua kematian tiba,dihamburkan
santau tuju-tuju lagu ketiga,banging berjemaah tampa henti..santau tidak bagi
nafas terus menghidangkan lagu sumpahan pulau puaka yang diambil dari demo
mereka,lagu Pagan From the East makin menambahkan lagi aura hitam didalam venue
dan mereka mengakhiri persembahan dengan lagu kaver dari watain,namun itu bukan
lah lagu last song bak kata vokalisnya,atas permintaan ramai mereka
mempersembahkan satu lagi lagu kaver kali ni dari band tempatan dark nirrajim
perjanjian syaitan.. memang mengasikkan rentak lagu ni..maka dengan itu santau
harus menyerahkan stage kepada band lagend..
nebiras |
Jam 9 malam lebih kurang macam tu selepas persembahan band santau,band yang ditunggu2 oleh kebanyakan metalhead yang hadir,nebiras nama besar band black metal tanah air,menurut kawan aku hanya satu2nya saja line up asal yang beraksi,untuk gig ni dan dibantu oleh sessionist dpd band Vociferation Eternity, Ephemeral,dan ini adalah pertama kali aku berpeluang menyaksikan nebiras,mereka beraksi lebih kurang 40minit sebelum mengakhiri persembahan,aku yang hanya terpacak hanya mampu untuk focus kearah pentas dan menghanyati muzik mereka,agak sederhana persembahan mereka tapi sound yang mereka hidangkan cukup menghiburkan,selesai saja nebiras beraksi maka pesta logam hitam pun berakhir,walaupun kehadirin crowd aku anggarkan secara kasar,lebih kurang 150 org mcm tu,ianya cukup untuk menjayakan gig kl black fest 2013..semoga acara ini akan terus diadakan tiap2 tahun…itujelah
pahlawan |
Tamat terima kasih sudi baca…
kredit gambar untuk awie dan lain2 rakan2 fb jajaja
dan utk kaler merah dlm perenggan nebiras kredit utk yang mengomen tu hahaha
Karya yang menarik (y) dah semakin maju Dzul...
BalasPadamaku hargai komen mu bun. kalau salah tolong tunjukkan..hehe
PadamKarya yang menarik (y) dah semakin maju teruskan perjuangan Dzul..
BalasPadamaku hargai komen mu bun. kalau salah tolong tunjukkan..hehe
Padamtypo kot pasal Nebiras tu. sorang saja line-up asal, yg lain tu sessionist dpd band Vociferation Eternity, Ephemeral
BalasPadamoh terima kasih utk komennya aku hargainya...nanti aku masuk kan komen kamu ni dlm tu catatan.. makasih sekali lagi,...
Padam